Polisi Privasi

1. PERATURAN AM

FBS menghormati privasi mana-mana pengguna yang mengakses laman-laman webnya; justeru, syarikat komited melindungi bakal pelanggan atau pelanggan sedia ada, pemohon dan pelawat. Polisi privasi yang ada ini ("Polisi Privasi") menerangkan proses pengumpulan, penyimpanan, perlindungan dan pengagihan maklumat pelanggan yang diperolehi oleh syarikat.

2. KEIZINAN DARI ANDA

DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB INI DAN/ATAU MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI, ANDA SETUJU KEPADA TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG TERMAKTUB DI DALAM POLISI PRIVASI INI, TERMASUK YANG BERKAITAN DENGAN PENGUMPULAN DAN PEMPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA (SEPERTI YANG DITAKRIFKAN DI BAWAH). JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN MANA-MANA TERMA YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN INI, ANDA TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI.

3. BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI

Maklumat dikumpul dari aktiviti anda di laman web FBS

Bila anda memasuki laman web FBS, Syarikat secara automatik mula mengumpul maklumat-maklumat am, termasuk (tetapi tidak terhad kepada):

  • Kepala HTTP
  • Alamat Protokol Internet (IP)
  • Cookies
  • Isyarat web and tag pixel
  • Data pengenalan pelayar
  • Maklumat konfigurasi perisian dan perkakasan
  • Tarikh dan masa pengaksesan laman web dan servis
  • Maklumat lokasi geografi
  • Lain-lain maklumat peribadi yang diperlukan untuk pemprosesan sejajar dengan syarat-syarat laman web
  • Maklumat peribadi yang diterima oleh Syarikat daripada para Rakaniaga FBS sejajar dengan terma-terma dan syarat-syarat perjanjian-perjanjian yang telah dimasuki oleh anda dan Rakaniaga anda serta perjanjian-perjanjian yang dimasuki oleh Syarikat dan Rakaniaga terbabit.

Kami akan menggunakan maklumat mengenai anda yang kami kumpul untuk:

  • Membuka dan menyenggara akaun anda;
  • Membolehkan anda log masuk ke FBS;
  • Menghubungi anda tentang akaun anda dan/atau servis-servis yang FBS tawarkan.
  • Menguruskan hubungan pemasaran kami. Ini secara tidak terhad termasuklah:
    • Mempelajari tentang minat-minat dan keutamaan anda agar kami dapat menghubungi anda dengan maklumat yang relevan kepada anda dan membantu kami menyasarkan komunikasi pemasaran dan pengiklanan supaya ia lebih relevan kepada anda.
    • Menggunakan data anda yang telah disamarkan untuk menunjukkan kepada anda iklan-iklan di platform media sosial, seperti Facebook atau menerusi pengiklanan pihak ketiga yang lain yang mungkin akan terpapar pada laman-laman web yang anda gunakan. Maklumat yang dikongsikan dengan platform-platform ini disamarkan untuk melindungi data peribadi anda.
    • Menganalisa dan mempertingkatkan kualiti laman web dan servis kami secara berterusan dan membantu kami melakukan ujian perintis versi laman web secara dalaman untuk membina ciri-ciri baru dan memastikan pengoperasian servis FBS berjalan dengan efisien.
    • Mengesan dan mengurangkan fraud serta risiko kredit.

Maklumat yang dikumpul dari Laman Peribadi anda di laman web FBS

Bila anda mendaftar untuk akaun-akaun real dan/atau demo dengan FBS, Syarikat mengumpulkan data-data dari jenis yang berikut:

  • Maklumat peribadi yang anda berikan untuk mematuhi kehendak terma-terma dan syarat-syarat Syarikat, seperti nama anda, nombor telefon, umur, alamat fizikal dan alamat emel
  • Maklumat pembayaran
  • Maklumat dokumen pengenalan (pasport atau kad pengenalan)

Kami akan menggunakan maklumat mengenai anda yang kami kumpul untuk:

  • Mengesahkan identiti anda dan menjalankan pemeriksaan yang diwajibkan ke atas kami untuk melakukannya oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada “kenali pelanggan anda”, anti pengubahan wang haram, fraud, sekatan dan individu yang mempunyai pengaruh politik;
  • Menghubungi anda berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan akaun anda termasuk, namun tidak terhad kepada, permohonan sebarang maklumat tambahan dan/atau dokumen;
  • Menyesuaikan produk-produk dan servis-servis yang ditawarkan menerusi laman web kepada anda termasuk, namun tidak terhad kepada, melakukan penilaian kesesuaian dan kewajaran untuk menggunakan servis dan/atau produk kami (contohnya, menerusi emel, notifikasi tolakan, mesej teks, dan saluran pemasaran dalam talian) supaya kami dapat menghantar kepada anda berita-berita FBS, butiran tentang fitur dan kandungan terbaru yang disediakan di FBS, tawaran-tawaran istimewa, pengumuman promosi, kaji selidik konsumer, dan untuk membantu anda dengan permohonan keoperasian seperti permohonan pemulihan kata laluan. Sila lihat seksyen "Pemberitahuan emel" di Tetapan Profil dalam Laman Peribadi untuk mengetahui cara menetap atau mengubah pilihan tetapan komunikasi anda.
  • Menilai risiko kredit anda;
  • Menilai markah risiko anda berdasarkan parameter yang ditentukan oleh FBS;
  • Menyenggara rekod-rekod pentadbiran yang berkaitan dengan bisnes kami;
  • Mengadakan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi akaun anda termasuk, namun tidak terhad kepada, melaksanakan pengesahihan dwi-faktor;
  • Membekalkan kepada anda notis-notis berkaitan dengan akaun anda, berita am, berita terkini pasaran dan lain-lain bahan pemasaran.

4. BAGAIMANA KAMI BOLEH KONGSIKAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Syarikat berhak untuk mendedahkan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda kepada:

  • Sekutu dan syarikat-syarikat yang sekumpulan dengan kami;
  • Penyedia-penyedia servis kepada FBS, termasuk syarikat-syarikat pengehosan IT;
  • Bank-bank, lain-lain institusi kewangan dan agensi-agensi rujukan kredit;
  • Penyedia-penyedia servis pembayaran;
  • Syarikat-syarikat pihak ketiga dalam keadaan di mana FBS terlibat di dalam suatu transaksi korporat yang berpotensi berlaku atau yang benar-benar berlaku, seperti penggabungan, usaha sama, penyatuan, atau penjualan aset;
  • Penasihat-penasihat profesional seperti peguam-peguam, akauntan-akauntan, juruaudit-juruaudit, profesional kewangan dan lain-lain;
  • Pihak berkuasa kawal selia termasuk pihak-pihak berkuasa percukaian;
  • Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah dan lain-lain tribunal yang relevan.
Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera