Pasaran Malaysia bergoncang di luar dugaan

Pasaran Malaysia bergoncang di luar dugaan

Pada 8 Mei, pasaran Malaysia bergoncang di luar dugaan dengan perkhabaran tentang pertukaran dalam kerajaan Malaysia. Pada hari berikutnya parti pemerintah telah mengalami kekalahan terburuk buat pertama kali dalam 61 tahun. Kemenangan buat pembangkang mengejutkan bukan sahaja pihak kerajaan tetapi termasuk pakar-pakar juga. Kesannya, pakatan Mahathir Mohamad berjaya mendapat majoriti di Parlimen menumbangkan parti Perdana Menteri Najib Razak. Mahathir Mohamad yang berusia 92 tahun dicalonkan untuk posisi Perdana Menteri.

Bagaimanakah pasaran bertindak balas, dan apakah yang boleh dijangkakan dari kerajaan baru?

Para pelabur dan pakar-pakar yakin bahawa bekas Perdana Menteri dan partinya akan mengekalkan kerusi-kerusi mereka dan meneruskan polisi yang telah mendorong pertumbuhan ekonomi yang tertinggi 3 tahun berturut-turut. Inilah sebabnya mengapa kemenangan pembangkang telah mendorong penjualan ringgit di luar negara. Pasaran saham Malaysia (MSCI Malaysia ETF) jatuh ke paras terendah sejak penghujung 2017. Pasaran tidak suka dengan perubahan dan bertindak balas secara dramatik terhadapnya.

Walaupun Mahathir Mohamad bukanlah personaliti baru untuk rakyat Malaysia, beliau telah memimpin parti dan kerajaan negara tersebut dari 1981-2003, namun kemenangan parti beliau telah melemahkan pasaran Malaysia. Terdapat kebimbangan dasar-dasar Mahathir akan menambah kepada bajet defisit negara itu. Di dalam kes ini, matawang Malaysia dan bon-bon kerajaan akan jatuh dengan signifikan.

Tambahan lagi, para pelabur akan mengkaji semula kerjasama dan pelaburan di antara Malaysia dengan Timur Tengah dan China. Mahatir Mohamad telah pun mengumumkan kebarangkalian merundingkan semula beberapa perjanjian dengan Beijing.

Apakah yang boleh dijangkakan?

Ringgit Malaysia pernah menjadi matawang Asia yang berprestasi terbaik. Namun, ia sekarang berada di bawah tekanan yang besar. Mengambil kira semua yang di atas, penganalisa membuat unjuran untuk masa hadapan matawang Malaysia. Sehingga kini, ringgit telah jatuh ke paras 4 bagi setiap dolar AS (USD/MYR). Pembetulan selanjutnya (correction) akan bergantung kepada situasi politik negara tersebut. Namun, penganalisa telah pun mula memangkas unjuran mereka. Contohnya, ING Group NV telah mengurangkan unjuran hujung tahun mereka daripada 3.84 kepada 4.05. Minggu ini pasaran tempatan sedang bercuti. Kesannya, situasi untuk ringgit Malaysia mungkin akan menjadi lebih terus pada hari Isnin. Perdagangan hari Jumat bagi NDF satu bulan (non-deliverable forwards) membayangkan matawang akan menjadi 1.5% lebih lemah.

Снимок экрана 2018-05-11 в 17.16.43.png

Di sebalik kebimbangan para pelabur, Bank Negara Malaysia kekal positif. Walaupun pada 10 Mei, selepas pilihanraya, bank pusat itu mengekalkan kadar faedah tidak berubah, komen-komen dari ahli-ahli bank tersebut boleh memberikan galakan kepada para pelabur. Bank itu mengunjurkan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan kadar tukaran ringgit yang lebih kuat yang akan mengurangkan kos import tahun ini.

Sebagai kesimpulan, kami boleh katakan bahawa di dalam masa terdekat, wujud risiko kejatuhan ringgit Malaysia. Namun, ia dijangkakan tidak berpanjangan kerana para pedagang akan bertenang, mempertimbangkan semua risiko dan mendapat gambaran jelas kerajaan baru. MSCI Malaysia ETF sudah pun mulai pulih dari junaman hari sebelumnya. Tambahan lagi, Perdana Menteri baru telah mengumumkan beliau akan memimpin sebuah pentadbiran yang mesra bisnes dan mencari jalan untuk melonjakkan pasaran saham Malaysia. Jadi pasaran harus bersabar sedikit masa lagi. 

 

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera