
Laporan perolehan akan menunjukkan prestasi syarikat pada suku tahun ketiga.
2020-05-22 • Dikemaskini
S&P 500 dan indeks-indeks saham lain telah meningkat naik sejak 12 bulan yang lalu biarpun berhadapan dengan kemelesetan global. Haruskah anda membelinya sekarang?
Wabak koronavirus telah mencapai hampir 5 juta kes. Sungguh pun begitu, ia hanya data rasmi, tiada siapa yang berani menyatakan apakah gambarannya yang sebenar. Tambahan lagi, tuntutan bantuan pengangguran telah merecup naik ke satu paras yang tidak pernah dicapai sebelum ini, aktiviti ekonomi telah jatuh ke paras terendah dalam sejarah. Senarai ini boleh dilanjutkan lagi, lagi dan lagi. Tetapi para pelabur tidak mengendahkan itu semua. Mengapa?
Sebab paling utama ialah betapa Fed telah melakukan semua usaha untuk mengurangkan kerosakan dari koronavirus. Ia memotong kadar faedah menjadi sifar, mencurahkan trilionan dolar menerusi pakej-pakej bantuan, membeli bon-bon korporat baik yang berpenilaian tinggi mahupun yang sampah. Walaupun setelah melakukan ini semua, Jerome Powell menegaskan bahawa masih ada banyak "peluru" yang boleh Fed gunakan jika perlu. Jadi, tidak ada keraguan bahwa ekonomi akan selamat tidak kira apa jua yang terjadi. Komen-komen tersebut, pasti sekali, telah mengangkat harga S&P 500 naik ke atas.
Kita sedang menuju ke pengakhiran pandemik koronavirus, selangkah demi selangkah. Ada banyak syarikat bioteknologi yang berkerja siang dan malam untuk mencipta vaksin yang diperlukan. Semalam kita telah mendapat keputusan yang baik dari salah satu syarikat tersebut – Moderna, Inc.! Selepas berita yang optimistik tersebut, harga saham telah naik.
Menurut Ned Davis Research, kira-kira 58% syarikat saham S&P tidak menerima impak yang signifikan dari koronavirus. Tambahan lagi, 5 syarikat terbesar seperti Microsoft, Apple, Amazon, Facebook, dan Alphabet berprestasi unggul tahun ini. Jadi S&P 500 telah meningkat justeru dari 5 syarikat ini.
Pada masa ini S&P menaik, tetapi kebanyakan penganalisis percaya bahawa tidak lama lagi S&P akan menyongsang. Oleh kerana lockdown dilonggarkan dan bisnes-bisnes kecil mula dibuka semula, kes koronavirus boleh meningkat semula. Tambahan lagi, musim laporan pendapatan Q2 akan membawa data paling buruk yang pernah disaksikan sebelum ini. Sentimen negatif akhirnya akan menekan saham-saham ke bawah.
S&P telah meningkat sejak 23 Mac, kemudian harga membeku dan memasuki koridor mendatar. Ia mencecah 2950 dua kali dan bergelut untuk naik. Itulah sebabnya mengapa, ada kemungkinan yang besar harga akan jatuh tidak lama lagi ke 2784. Jika ia benar-benar jatuh, ia akan jatuh lebih jauh sehingga 2705. Sungguh pun begitu, jika ada faktor-faktor yang mengangkatnya lebih tinggi dari 3000, ia akan melonjak ke paras 3135.
Laporan perolehan akan menunjukkan prestasi syarikat pada suku tahun ketiga.
Analisis fundamental EUR/CHF
Matawang negara-negara membangun seperti RUB, TRY, dan MXN secara definisi adalah tidak stabil. Itulah sebabnya mengapa ia turun naik lebih dari matawang-matawang utama, menawarkan peluang meraih keuntungan yang lebih besar.
GBPUSD kekal melemah dengan kemerosotan sekitar 82 pips dari rintangan
GBPCAD dijangka terus membuat penurunan ke arah harga terendah Disember 2020
AUDJPY terus buat penurunan namun masih ada sokongan yang perlu ditembusi
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.