Analisis Fundamanetal

Analisis Fundamanetal

Sebelum kita mendalami unsur-unsur penting analisis fundamental, mari kita takrifkan pengertian gabungan dua perkataan ini. Analisis fundamental adalah sebuah bidang yang mengkaji faktor-faktor yang mendasari pergerakan pasaran. Ada beribu-ribu faktor yang mempengaruhi kadar tukaran matawang, sungguh banyak sehinggakan anda mungkin pitam jika menganalisa semuanya secara serentak. Tapi jangan khuatir! Kami sentiasa sedia untuk membantu anda. Kami berharap dengan tutorial kami, anda akan pelajari semuanya yang anda perlu tahu tentang analisis fundamental Forex dengan mudah. Baiklah, kami tak akan merimaskan anda dengan cakap-cakap kosong lagi. Mari kita tuju terus ke pokok perbahasan.

Tadi kami nyatakan kepada anda, realitinya ada sangat banyak petunjuk ekonomi yang boleh mempengaruhi harga matawang. Namun mujur, kita boleh saring senarai ini kepada hanya beberapa petunjuk kunci (digelarkan sebagai "penggerak pasaran"). Untuk permudahkan lagi bicara, kami cerakinkan mereka kepada empat kumpulan. 

  1. Petunjuk ekonomi

Petunjuk-petunjuk ekonomi adalah petikan data ekonomi dan kewangan yang diumumkan oleh agensi-agensi swasta dan kerajaan. Statistik-statistik ini membantu kita memantau penggerak pasaran dan bertindak balas terhadap riak perubahannya. Untuk bertindak balas terhadap pengumuman ekonomi dengan sewajarnya, anda perlu memahami hubungkait antara laporan statistikal dan kadar tukaran matawang yang bersangkutan. Sekarang, kami ingin memperkenalkan petunjuk-petunjuk ekonomi paling berpengaruh serta impaknya terhadap harga matawang.

Petunjuk Keluaran: GDP, keluaran perindustrian, jualan peruncitan. Sebarang peningkatan dalam data yang diterbitkan memberitahu kita bahawa ekonomi sedang berkembang. Jika pengumuman menyatakan kekukuhan, anda boleh berharap ada peningkatan nilai pada matawang.

Petunjuk Sentimen: sentimen perniagaan dan pengguna. Kumpulan petunjuk-petunjuk ini berfungsi sebagai barometer mood pengguna dan pelabur. Lebih banyak yang mereka belanjakan/laburkan, maka lebih kuatlah ekonomi negara justeru matawangnya.

Petunjuk Pasaran Buruh: kadar pengangguran, daftar gaji, perubahan penggajian/pengangguran, tuntutan pengangguran. Lebih tinggi jumlah penggajian, adalah lebih baik untuk matawang sesuatu negara (yang sebaliknya untuk pengangguran).   

Petunjuk Pasaran Perumahan: permit/izin/kelulusan bangunan, pembinaan perumahan baru, penjualan rumah yang baru/sedia ada/dalam proses. Jika terdapat tanda-tanda peningkatan aktiviti ekonomi di dalam pasaran perumahan, itu bermakna ekonomi negara adalah sihat. Ini mendorong kadar tukaran bagi matawang negara untuk meningkat.

Inflasi: CPI, PPI, WPI, RPI. Inflasi yang lebih tinggi memberi kesan negatif kepada matawang negara, manakala inflasi yang lebih rendah adalah positif. Bagaimana pun, dalam jangka masa pendek CPI dan lain-lain indeks inflasi boleh membawa kesan sebaliknya kepada matawang. Peningkatan ketara indeks inflasi boleh mendorong bank pusat untuk menaikkan kadar faedahnya. Ini boleh menyebabkan kadar tukaran bagi matawang turut meningkat.

Imbangan Dagangan: Jumlah nilai keseluruhan eksport sesebuah negara ditolak dengan nilai keseluruhan importnyas; >0 bererti lebihan, <0 bererti defisit. Apabila sesebuah negara mengalami lebihan dagangan, permintaan untuk matawangnya dari pembeli asing meningkat, jadi matawang negara juga meningkat. Sebaliknya, defisit dagangan menyebabkan penurunan nilai matawang negara tersebut.

Imbangan Akaun Semasa: imbangan antara sesebuah negara dan rakan dagangnya, mencerminkan semua pembayaran untuk barangan, perkhidmatan, faedah dan dividen; >0 bererti lebihan, <0 bererti defisit. Defisit bermaksud sesebuah negara itu berbelanja lebih dari pendapatannya, dan ia meminjam modal dari luar untuk mengurangkan defisitnya. Kesannya adalah negatif kepada matawang negara tersebut. Lebihan, sebaliknya pula, mempunyai impak positif ke atas matawang.

  1. Polisi kewangan bank pusat

Kadar faedah. Semua bank-bank pusat utama menentukan kadar pembiayaan semula utama. Terdapat 2 jenis polisi kewangan: melonggar (menurunkan kadar faedah jika ekonomi negara perlu dilonjak; impak kepada matawang adalah negatif) dan mengetat (menaikkan kadar faedah supaya kadar inflasi memperlahan; kesan kepada matawang adalah positif).

Pembelian bond. Adakalanya bank pusat memilih jalan untuk membeli bond kerajaan secara besar-besaran bertujuan untuk menambah jumlah wang dalam kitaran; dengan berbuat demikian mereka cuba untuk menjadikan kredit lebih murah dan memperhebat pertumbuhan ekonomi. Kaedah-kaedah tidak konvensional ini membawa kepada penurunan nilai matawang. Pembelian bond oleh bank pusat yang membawa kepada lebih bekalan tunai dikenali sebagai pelonggaran kuantitatif (QE, Quantitative Easing).

  1. Kesihatan Fiskal Kerajaan. Imbangan bajet dan hutang. Jika hutang sesebuah negara itu sudah di paras hidung, negara tersebut akan kelihatan kurang menarik di mata pelabur asing, kerana hutang awam yang besar menjurus kepada inflasi. Tambahan lagi, hutang yang besar terbukti membimbangkan bagi orang asing jika mereka percaya negara tersebut berisiko ingkar menunaikan tanggungjawab hutangnya. Dalam kes sebegini, permintaan untuk matawang negara tersebut akan berkurangan dan kadar tukarannya akan merudum.
  2. Arus berita:
  • Politik, masyarakat dan berita-berita lain.
  • Unjuran ekonomi dari IMF, OECR, Bank Dunia dan lain-lain organisasi.
  • Perubahan pada penarafan kredit perdaulatan oleh Moody's, Fitch, S&P dan lain-lain agensi.

Pelabur asing cenderung mencari negara yang stabil politik dan ekonominya. Itulah sebabnya mengapa berita yang berulang-ulang mengenai pergolakan politik atau rusuhan menjauhkan pelaburan dari negara terlibat. Hasilnya, matawang sesebuah negara menguncup nilainya berakibat dari pengaliran keluar pelaburan asing.   Adakalanya negara-negara yang politiknya stabil pun ada mengalami pergolakan sosial, rombakan kerajaan dan pindaan legislatif yang signifikan. Semua peristiwa ini juga mampu mempengaruhi matawang. Keputusan pilihanraya atau pungutan suara di luar jangkaan juga boleh menyebabkan kemeruapan matawang yang hebat (masih ingatkah anda kesan kemenangan Trump, atau kesan dari undian “leave” di United Kingdom). Ucapan politik oleh pemimpin kebangsaan, interaksi terbuka gabenor bank pusat juga boleh menyebabkan naik turun harga matawang.

Perubahan yang signifikan kadar tukaran matawang juga boleh disebabkan oleh arus berita dari jenis yang lain. Kami merujuk kepada unjuran ekonomi oleh insititusi kewangan seperti IMF, OECR, Bank Dunia, atau perubahan pada penarafan kredit sesebuah negara oleh Moody's, Fitch, S&P dan agensi-agensi lain.

Akhirnya, beberapa peristiwa yang benar-benar tidak disangka seperti gempa bumi dan malapetaka alam lainnya. Peristiwa-peristiwa ini memusnahkan ekonomi dan seterusnya untuk kadar tukaran matawang. Sunggu begitu, hubung kaitnya tidaklah setiap kalinya mudah. Sebagai contoh, pada 2011 dulu Yen Jepun sebenarnya menguat selepas gempa bumi di Jepun: rasionalnya adalah pelabur melihat yen sebagai matawang perlindungan yang selamat dan nilainya meingkat di waktu selera pasaran menjunam.

Popular

Iklim Perniagaan Ifo Jerman

Iklim perdagangan Ifo Jerman adalah indikator utama sentimen ekonomi-ekonomi peneraju di zon euro. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

CPI UK

UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi