Analisis Fundamental di dalam perdagangan Forex dan saham

Mari kita pelajari apakah itu analisis fundamental Forex dan bagaimana cara menggunakannya di dalam perdagangan saham dan pasangan matawang. Kita akan melihat asas-asas analisis fundamental kemudian beberapa teknik lanjutan. Sedia untuk ke tahap selanjutnya!

Apakah itu analisis fundamental?

Sebelum kita mendalami unsur-unsur penting analisis fundamental, mari kita takrifkan pengertian gabungan dua perkataan ini. Analisis fundamental ialah kajian tentang faktor-faktor asas yang mendorong pasaran. Jenis analisis ini adalah berdasarkan data-data ekonomi, berita dan laporan perolehan.

Jenis-jenis analisis fundamental

Sebagai seorang pedagang, anda mungkin pernah dihadapkan dengan istilah analisis fundamental “Kualitatif” dan “Kuantitatif”. Mari kami terangkan mengenainya kepada anda dalam bahasa yang mudah.

Analisis Fundamental Kualitatif

Analisis fundamental kualitatif ialah sejenis analisis yang meneliti data bukan angka seperti pengurusan syarikat, trend industri dan faktor makroekonomi yang mempengaruhi potensi pertumbuhan syarikat. Analisis seperti ini melibatkan penyelidikan kualiti produk dan perkhidmatan syarikat, menganalisis tingkah laku dan pilihan pengguna, dan menilai reputasi jenama syarikat.

Salah satu contohnya adalah seperti melihat pasukan pengurusan syarikat, pengalaman, serta rekod prestasi mereka. Seorang pedagang mungkin menganalisis syarikat untuk melihat sama ada pengurus mereka mempunyai sejarah projek perniagaan yang berjaya atau jika mereka mempunyai sebarang tanda amaran, seperti sejarah kebankrapan atau masalah undang-undang. Analisis ini adalah kualitatif kerana ia melibatkan pertimbangan subjektif dan bukannya data yang objektif.

Analisis Fundamental Kuantitatif

Analisis fundamental kuantitatif pula melibatkan analisis data berangka seperti penyata kewangan, kunci kira-kira dan penyata pendapatan yang bertujuan untuk menentukan kemantapan kewangan syarikat. Jenis analisis ini melibatkan penilaian pendapatan, perolehan, aliran tunai dan metrik-metrik kewangan syarikat yang lain untuk menentukan nilai intrinsiknya.

Salah satu contohnya adalah dengan mendapatkan penyata kewangan syarikat, seperti kunci kira-kira atau penyata pendapatan, dan menganalisisnya. Pertumbuhan pendapatan syarikat, margin keuntungan, tahap hutang atau metrik-metrik kewangan lain menentukan sama ada syarikat itu terkurang nilai atau terlebih nilai.

Secara keseluruhan, kedua-dua jenis analisis tersebut adalah penting untuk para pedagang dan pelabur. Anda tidak boleh hanya bergantung pada pasukan pengurusan profesional dan tidak membuat sebarang analisis kewangan yang objektif. Sebaliknya, tidak akan cukup jika anda hanya melihat pada nombor dan bukan pada pasukan di balik tabirnya.

Faktor-faktor Analisis Fundamental

Terdapat banyak faktor berbeza yang boleh digunakan oleh para pedagang dalam analisis fundamental mereka, bergantung pada sama ada mereka menganalisis saham atau pasangan matawang. Berikut adalah beberapa faktor yang paling penting untuk dipertimbangkan:

  • Data ekonomi: Ini termasuk data seperti kadar inflasi, pertumbuhan KDNK dan angka pekerjaan, yang boleh memberikan gambaran tentang kemantapan keseluruhan suatu ekonomi.
  • Peristiwa berita termasuk pengumuman oleh bank pusat, perkembangan geopolitik dan berita-berita lain yang boleh memberi kesan kepada pasaran kewangan.
  • Laporan perolehan: Bagi pedagang saham, laporan perolehan boleh menjadi faktor utama dalam analisis fundamental kerana ia memberikan gambaran tentang kesihatan dan prospek kewangan syarikat. Pasaran Forex tidak ada laporan perolehan.
  • Trend industri: Pedagang juga boleh melihat trend yang lebih luas dalam industri tertentu, seperti perubahan dalam tingkah laku pengguna atau perkembangan teknologi, untuk lebih memahami pergerakan akan datang dalam mana-mana instrumen.
  • Perkembangan politik: Faktor-faktor politik, seperti perubahan dalam dasar kerajaan atau anjakan kawalselia, juga boleh memberi kesan pada pasaran kewangan dan harus dipertimbangkan dalam analisis fundamental. Perang dagangan, ketegangan geopolitik dan peristiwa-peristiwa lain adalah sebahagian daripada perubahan politik dan biasanya mempunyai kesan yang besar terhadap harga.

Analisis fundamental Forex

Apabila seseorang itu berdagang Forex, dia mengambil kira dinamik indikator ekonomi seperti inflasi, kadar faedah, jualan runcit, data pekerjaan, dll. Semua laporan ekonomi ini dikumpulkan dalam kalendar ekonomi. Laporan berita termasuk pengumuman gabenor bank pusat; perbincangan isu-isu antara negara, contohnya, Brexit; penggantian ahli kerajaan, perubahan dasar monetari dan banyak lagi. Walaupun anda boleh meramalkan beberapa berita, ia tidak akan betul setiap kalinya – dalam kes ini, pedagang perlu menyesuaikan diri dengan situasi yang baharu.

Bagaimana cara berdagang sempena berita?

Salah satu cabaran dalam membuat analisis fundamental adalah belajar cara-cara mentafsir perubahan pada data ekonomi dan ucapan dari pihak berkuasa. Kami akan menerangkan kepada anda dengan lebih terperinci bagaimana perubahan pada data ekonomi mampu mempengaruhi kadar tukaran matawang dalam pelajaran seterusnya. Ingat beberapa peraturan logik penting di bawah.

  • Suatu matawang domestik akan meningkat sekiranya data ekonomi negara berkenaan bertambah baik dan menepati jangkaan.
  • Sebaliknya, jika data ekonomi negara tersebut ternyata lebih buruk daripada yang dijangkakan, nilai matawang domestiknya akan jatuh.

Ketika anda berdagang pasangan matawang di mana dua matawang terlibat, anda menggunakan analisis fundamental untuk membandingkan ekonomi negara-negara ini. Mana-mana yang lebih kukuh, matawang tersebut akan meningkat berbanding yang lain.

1521788070-5181ef83a560cc59931305b193c71296.gif

Alat-alat analisis fundamental Forex

Kalendar ekonomi, juga dikenali sebagai Kalendar FX, adalah alat yang membolehkan para pedagang membuat analisis fundamental mengenai pasaran kewangan berdasarkan berita ekonomi. Anda boleh melihat senarai peristiwa-peristiwa makroekonomi yang mampu menggerakkan pasaran dan membuat keputusan perdagangan Forex berdasarkan data.

Ia adalah alat analisis fundamental Forex yang paling penting yang boleh anda gunakan setiap hari dalam perdagangan anda. Semak kalendar ekonomi untuk mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku di pasaran dan cara berdagang berita sempena berita di pasaran forex.

Satu lagi alat yang hebat untuk analisis fundamental ialah meter kekuatan matawang (CSM, currency strength meter). Meter Kekuatan Matawang (CSM, Currency Strength Meter) membandingkan setiap silang antara matawang-matawang major (USD, GBP, EUR, CHF, JPY, CAD, NZD dan AUD) dan menghasilkan kekuatan matawang yang relatif.

Ia bertindak sebagai indikator ekonomi yang bernilai yang memberikan gambaran tentang kemantapan kewangan dan kestabilan ekonomi sesebuah negara. Bank-bank juga menggunakan data ini untuk membuat keputusan berkenaan dasar monetari. Baca artikel kami tentang kekuatan matawang.

Analisis fundamental saham

Apabila seseorang berdagang di pasaran saham, dia membuat keputusan urusniaga berdasarkan jangkaan terhadap perolehan syarikat, yang menunjukkan bagaimana prestasi syarikat tersebut pada suku tahun sebelum itu. Ada empat musim laporan perolehan dalam setahun, dan setiap musim tersebut berlanjutan selama beberapa minggu. Laporan perolehan diterbitkan atau diumumkan pada bulan pertama selepas suku tahun berkenaan (Januari, April, Julai, dan Oktober). Pada masa inilah anda harus menyemak kalendar perolehan untuk mengetahui masa untuk berdagang.

Laporan perolehan menggambarkan peluang yang terbaik untuk mempelbagaikan pelaburan dari matawang kepada saham dan meraih keuntungan daripada pergerakan besar harga yang akan berlaku di masa terdekat, sepanjang hari, dan setelah pengumuman laporan. Harga boleh melonjak atau jatuh puluhan peratus selepas pengumuman ini, jadi pedagang boleh mengaut keuntungan dengan cepat daripada analisis fundamental pasaran saham.

Bagaimanakah cara berdagang dengan laporan perolehan?

  • Sekiranya laporan kewangan (suku tahunan atau tahunan) menunjukkan bahawa keuntungan atau jualan syarikat meningkat, pelabur akan berasa tertarik dengannya. Permintaan untuk saham syarikat berkenaan meningkat, dan harganya meningkat.
  • Sekiranya syarikat tersebut mengumumkan bahawa keuntungannya telah merosot, sahamnya akan jatuh bila berita mengenainya tersebar.

Suatu kelebihan besar bagi pedagang FBS ialah mereka boleh berdagang saham dengan melakukan kedua-dua jenis urusniaga, jual dan juga beli. Justeru itu, pedagang berpeluang meraih keuntungan walau apa juga laporan yang dikeluarkan.

Kepentingan Analisis Fundamental

Analisis fundamental ialah alat penting untuk para pedagang dan pelabur menilai nilai intrinsik sesuatu aset. Analisis fundamental membantu para pedagang membuat keputusan secara bermaklumat tentang membeli, mengekalkan pegangan atau menjual sekuriti dengan menganalisis faktor-faktor asas yang mendorong pasaran. Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa analisis fundamental penting:

  • Memahami kesihatan kewangan sebuah syarikat atau seluruh negara untuk memutuskan mana satu saham atau matawang yang berbaloi dan mana yang tidak.
  • Mengenal pasti trend pasaran dan menyertainya. "A trend is always a friend", jadi anda boleh menikmati swing harga yang besar dan melakukan perdagangan yang hebat dengan mengenalpastinya dengan betul.
  • Strategi pelaburan jangka panjang yang tidak akan memberi anda wang serta-merta tetapi memberikan anda lebih banyak keuntungan setelah sekian masa.

Contoh Analisis Fundamental

Pedagang boleh menjalankan analisis fundamental, termasuk kadar inflasi, data pekerjaan, keputusan kadar faedah bank pusat dan imbangan perdagangan. Dengan menganalisis faktor-faktor ini, pedagang dapat lebih memahami keadaan ekonomi yang asas yang mempengaruhi matawang.

Sebagai contoh, EURUSD jatuh selepas data yang positif untuk ekonomi AS diumumkan, seperti dalam rajah di bawah. Dengan menganalisis data fundamental, anda boleh meramalkan bagaimana pengumuman baharu akan mempengaruhi harga dan dapat bersedia untuk pergerakan tersebut.

pic1.png

Kesimpulan

Ada beribu-ribu faktor yang mempengaruhi kadar tukaran matawang, sungguh banyak sehinggakan anda mungkin pitam jika menganalisa semuanya secara serentak. Tapi jangan khuatir! Kami sentiasa sedia untuk membantu anda. Kami berharap dengan tutorial kami, anda akan pelajari semua yang anda perlu tahu tentang analisis fundamental Forex dengan cepat. Baiklah, kami tak akan merimaskan anda dengan cakap-cakap kosong lagi. Mari kita teruskan.

Tadi kami sudah nyatakan kebenaran kepada anda: ada banyak indikator ekonomi yang boleh mempengaruhi harga matawang. Namun mujur, senarai ini boleh dipendekkan kepada hanya beberapa indikator utama (digelarkan sebagai “penggerak pasaran”). Untuk mempermudahkan lagi perbincangan ini, kami cerakinkan mereka kepada empat kumpulan. Lihat semua ini di dalam pelajaran seterusnya, Faktor-faktor Fundamental.

Pelajari analisis fundamental dengan FBS!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera