Analisis fundamental vs. analisis teknikal

Analisis fundamental vs. analisis teknikal

Terdapat beberapa topik yang mencetuskan debat berterusan dan menyemai perseteruan antara golongan tertentu. Perlu beli yang mana satu – iPhone atau Android? Pasukan bola sepak yang mana hendak disokong – Manchester United atau Liverpool? Nah, anda mungkin perasan bahawa tiada jawapan konkrit untuk permasalahan-permasalahan tadi. Bak kata pepatah: Tepuk dada, tanya selera. Citarasa setiap orang berbeza: lain dulang lain kakinya, lain orang lain hatinya. Oh, mungkin anda ada kata pepatah lain yang dirasakan lebih sesuai, mari kita teruskan sahaja dengan topik pokok kita. Apa yang kami ingin sampaikan adalah, para pedagang dilanda perdebatan berterusan seputar kaedah terbaik untuk membuat keuntungan di pasaran kewangan.

Sebilangan pedagang meletakkan diri mereka di dalam golongan "pedagang teknikal". Kumpulan ini bergantung kepada pola pergerakan harga dan perkakas teknikal di dalam analisis mereka dan kurang memberikan perhatian kepada arus berita ekonomi. Satu-satunya perkara yang penting, menurut pendapat mereka, adalah harga matawang atau aset kewangan. Lain-lain perkara hanyalah hingar yang menggangu.

Sementara itu, sebuah golongan lain pedagang tidak bersetuju dengan para "juruteknik" ini dan mengesyorkan kaedah fundamental dalam menganalisa pasaran. Golongan ini mentahafus pengumuman perangkaan makroekonomi, memantau berita dengan teliti untuk mengungkai arah pergerakan pasaran di masa hadapan – inilah kumpulan pengikut fahaman analisis fundamental.

Golongan pertama tadi secara amnya terdiri dari pedagang swing dan pedagang harian jangka pendek yang membuka dan kemudian menutup posisi (pesanan) dalam sehari, selang beberapa jam, bahkan sependek beberapa saat sahaja. Golongan kedua pula bertindak lebih strategik; orang-orang ini lebih gemar memeram posisi selama beberapa hari, minggu, bahkan sehingga berbulan-bulan lamanya. Mereka adalah orang-orang yang jantan, memilik karakter yang kuat.

 

Analisis Teknikal

Analisis Fundamental

Takrifan

Menggunakan pergerakan harga itu sendiri untuk meramalkan pergerakan harga di masa hadapan.

Menjelaskan faktor fundamental (ekonomi) mana yang telah menyebabkan harga bergerak seperti yang terlihat di carta, dan apakah faktor-faktor yang menentukan pergerakan harga di masa hadapan.

Sumber data

Carta harga

Pengumuman ekonomi, peristiwa berita

Isyarat Dagangan

Formasi harga dan isyarat indikator teknikal

Beli (jual) apabila aset dagangan sudah terkurang (terlebih) nilai

Jenis-jenis Pedagang

Pedagang swing, pedagang harian jangka pendek

Kebiasaannya pedagang jangka panjang

Selang Masa

Posisi diperam aktif untuk tempoh beberapa hari, jam, minit, saat

Posisi diperam aktif untuk beberapa hari, minggu, bulan

Konsep Utama

Teori Dow, sokongan & rintangan, pola harga

Perbandingan antara perangkaan ekonomi sebenar berbanding bacaan jangkaan/silam

 

Kedua-dua analisis fundamental dan teknikal mempunyai kelebihan dan kekurangan, jadi yang terbaik adalah dengan menggabungkan 2 kaedah ini. Dengan cara ini anda akan mendapat gambaran menyeluruh apa yang sedang berlaku di dalam pasaran. Ketika berdagang secara intra-hari (dalam tempoh kitaran harian), gunakan analisis teknikal dahulu untuk menentukan keadaan pasaran, harga masuk berdagang (buka posisi) dan harga keluar (tutup posisi). Kemudian, gunakan analisis fundamental untuk menyesuaikan strategi anda, mengambil kira acara-acara di dalam kalendar ekonomi. Untuk perdagangan jangka panjang, pertama sekali tentukan trend dengan bantuan analisis fundamental, kemudian tentukan titik masuk dan keluar menggunakan perkakas-perkakas analisis teknikal. 

Anda akan mempelajari lebih mendalam tentang analisis fundamental dan teknikal dari kursus ini.

Popular

Iklim Perniagaan Ifo Jerman

Iklim perdagangan Ifo Jerman adalah indikator utama sentimen ekonomi-ekonomi peneraju di zon euro. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

CPI UK

UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi