Apakah maksud 'truncation'?

Apakah maksud 'truncation'?

Adakalanya, gelombang kelima lemah dan berakhir tanpa mencapai penghujung gelombang ketiga. Situasi seperti ini dipanggil 'truncation' (pemangkasan) yang boleh berlaku pada gelombang kelima suatu impuls atau ending diagonal. Sangat jarang sekali, itu pun jika tidak mustahil, berlaku truncation di posisi kelima suatu leading diagonal. Biasanya truncation berlaku selepas gelombang ketiga yang kuat.

Contoh Sebenar

Seperti yang anda boleh lihat di carta di bawah, ada impulse menaik ke atas pada gelombang ((i)) dengan sambungan besar (huge extension) pada gelombang (iii). Gelombang (iv) berakhir berbentuk pola rata (kita akan kaji bab ini di artikel seterusnya). Terdapat juga pergerakan harga lima gelombang dari titik penghujung gelombang (iv), yang diikuti dengan kemerosotan. Lantas, gelombang kelima gelombang ((i)) berkesudahan truncated (terpangkas).

Truncation in wave

Memang agak mencabar untuk mengenal pasti truncation dengan membilang gelombang secara masa nyata (real time), jadi ada beberapa tips. Dalam kebanyakan senario, truncation terbentuk pada impuls dengan gelombang ketiga yang besar, jadi jika kita membuat kesimpulan bahawa itulah senario yang sedang dihadapi, kita harus awas dengan kebarangkalian berlakunya kegagalan pada gelombang kelima.

Pada masa yang sama, kita sentiasa ada pilihan jika kita ada pergerakan harga lima gelombang dari titik akhir gelombang keempat, tetapi pasaran tidak bergerak melepasi titik akhir gelombang ketiga. Di dalam situasi seperti ini, pergerakan harga lima gelombang boleh menjadi gelombang satu untuk gelombang kelima, atau ia menjadi gelombang kelima itu sendiri.

Perkara pokok di sini adalah apa yang berlaku selepas pergerakan harga lima gelombang setelah gelombang keempat. Jika kita ada pembetulan (correction) tiga gelombang tempatan, maka kebarangkaliannya tinggi gelombang kelima akan berterusan. Namun, jika pergerakan harga lima gelombang yang terbentuk, kita harus bersiap untuk menghadapi truncation pada gelombang kelima.

Seperti yang kita boleh lihat di carta berikutnya, adakalanya kita boleh menghadapi truncation walaupun gelombang ketiga tidak besar. Di sini, gelombang ((3)) lebih sedikit dari gelombang ((1)), tetapi gelombang ((5)) tidak dapat menembusi harga terendah gelombang ketiga. Senario sebegini biasanya terjadi bila trend yang lebih besar sudah kehabisan minyak. Ingin ditekankan di sini, percubaan untuk mengecam truncation dalam masa nyata tinggi risikonya, jadi kita boleh membuat tanggapan tersebut hanya bila pergerakan harga gelombang kelima terbentuk pada arah bertentangan.

 Truncation in the fifth wave

Mari lihat pada contoh di bawah, yang mempamerkan situasi truncation yang kecil. Titik tertinggi gelombang ((v)) rendah sedikit dari titik akhir gelombang ((iii)). Penurunan lima gelombang bermula selepas itu, yang mengesahkan bahawa truncation telah berlaku. Berikan perhatian kepada fakta bahawa gelombang ((iii)) sangat panjang, yang memberikan kita bayangan bahawa ada potensi berlakunya truncation.

 Confomation of truncation

Selain dari itu, gelombang kelima suatu pola ending diagonal boleh terpangkas (truncated) juga. Seperti yang anda sudah pun tahu, dalam kebanyakan kes, ending diagonal terdiri dari beberapa zigzag, jadi gelombang kelima yang truncated pada pola ini boleh terbentuk seperti zigzag, bukan pergerakan harga lima gelombang seperti pada impuls. Truncation lazim berlaku pada ending diagonals yang mengembang kerana ia memiliki logik yang sama seperti di gelombang-gelombang impuls. Gelombang ketiga suatu diagonal mengembang (expanded diagonals) biasanya lebih panjang dari gelombang pertama, jadi pasaran kepenatan dan gelombang kelima tidak cukup kekuatan untuk sampai ke titik terakhir gelombang ketiga.

Truncation in the fifth wave of an ending diagonal pattern

Ada satu lagi tip untuk mengenal pasti truncation pada diagonal mengembang. Kerana gelombang kelima adalah zigzag, gelombang C pola ini berkemungkinan suatu ending diagonal. Justeru, titik akhir diagonal pada gelombang C di gelombang kelima tidak mencapai ekstrem gelombang ketiga, ada potensi yang munasabah untuk berlaku truncation. Satu contoh situasi ini adalah pada carta di bawah. Ada pullback dari sebelah atas diagonal, yang menjurus kepada rally bearish yang besar.

 Truncation an ending diagonal pattern

Kesimpulan

Gelombang kelima suatu impuls dan ending diagonals berpotensi untuk mengalami truncation, tetapi ia tidak mempengaruhi bentuk gelombang kelima, yang terbentuk seperti impuls atau diagonal pada impuls atau seperti zigzag pada diagonal. Truncation pada gelombang kelima leading diagonal sangat-sangat jarang berlaku. Konfirmasi truncation adalah pergerakan harga lima gelombang dalam arah yang bertentangan.

Berita terkini

NZ: Jangkaan inflasi jatuh yang merisaukan RBNZ

Penurunan jangkaan inflasi New Zealand agak membimbangkan RBNZ dan akibatnya, mereka kini menjangkakan pemotongan OCR esok…

Australia: Peningkatan kecil dalam keadaan dan keyakinan perniagaan

Keadaan perniagaan Australia mencatatkan peningkatan yang kecil pada bulan Oktober, mencecah paras tertinggi 3 bulan +3…

Keputusan kadar oleh RBNZ: risiko penurunan untuk kiwi

Bank RIzab New Zealand akan mengumumkan penyata dasar monetari dan kadar faedah mereka pada 3:00 MT, 13 November.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera