Average True Range

Average True Range

Average True Range (ATR) adalah sebuah indikator kemeruwapan pasaran. Dalam perkataan lain, ia membantu menentukan saiz purata julat perdagangan harian. ATR meningkat bila perdagangan lebih meruwap (bar-bar harga lebih panjang) dan jatuh sewaktu tempoh kemeruwapan rendah (bar-bar harga adalah pendek-pendek). Gunakan ATR untuk menentukan posisi terbaik untuk pesanan-pesanan Stop.
Kaedah mentafsir:
Lebih tinggi nilai indikator ini, lebih tinggi kebarangkalian untuk perubahan pada trend. Lebih rendah indikator ini, lebih lemah pergerakan trend.
Bila market sedang meruwap, pedagang harus menetapkan jarak stop yang lebih luas untuk mengelakkan stop jadi aktif akibat hingar-bingar pasaran yang rawak. Bila kemeruwapan rendah, pedagang boleh menetapkan stop yang lebih rapat. Adalah disyorkan untuk pedagang menetapkan stop sejauh 2-4 kali nilai ATR. Untuk Trailing Stop pula, ia boleh ditetapkan pada jarak 30%, 50% atau lebih besar, dari nilai ATR. Bila berdagang dengan strategi penembusan (breakout) pada aras tertentu, tetapkan titik masuk pesanan anda sebanyak sekitar 20% ATR untuk mengurangkan risiko penembusan palsu. 
Indikator ini boleh digunakan sebagai penyaring (filter) untuk trend. Untuk melakukan itu, anda harus gunakan garisan tengah. Tidak ada garisan tengah bagi indikator ini, jadi biasanya pakai agak-agak sahaja. Satu alternatif lain, adalah dengan menggunakan purata bergerak (moving average) dengan tempoh yang besar. Bila indikator ini berada di bawah purata bergerak, pasaran adalah tenang. Bila ATR menembusi purata pergerak, suatu trend sudah bermula. 
Untuk mengesahkan trend, adalah berbaloi untuk memasang indikator ini pada beberapa rangka masa. Jika gambaran yang diberi adalah sama dan ATR menembusi purata bergeraknya di rangka masa (timeframe) lebih kecil, pasaran sedang berarak. 

EURUSDDaily atr.png

Berita terkini

Satu lagi peluang untuk dagangkan GBP

Great Britain akan menerbitkan angka jualan runcit pada 11:30 waktu MT pada 15 November.

Bersedialah untuk dagangkan USD berdasarkan data inflasi.

US akan menerbitkan angka bulanan indeks harga konsumer (CPI) bagi Oktober pada 15:30 waktu MT, 14 November.

Bagaimana kesan komen Fed kepada USD?

Rizab Persekutuan (Fed, Federal Reserve) akan mengumumkan kadar faedahnya pada 21:00 waktu MT, 8 November.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera