Bank Pusat Eropah

Bank Pusat Eropah

Bank Pusat Eropah (ECB) adalah bank pusat untuk 19 buah negara dari Kesatuan Eropah, yang mana pada tahun 2002 telah sepakat menggunakan matawang bersama iaitu Euro.

ECB bertanggungjawab mempertahankan nilai Euro dan mengawal kestabilan harganya di rantau euro (dalam lain perkataan, memastikan kadar inflasi rapat di sekitar garis 2%). Tugas utamanya adalah untuk menggaris dan melaksana polisi kewangan untuk wilayah euro, mengawal selia bank-bank nasional negara-negara ahli zon euro, menjalankan operasi tukaran wang asing, menggalakkan kelancaran operasi sistem pembayaran dan memelihara rizab matawang asing wilayah euro.

ECB membuat keputusan polisi pentadbiran kewangan setiap 6 minggu. Keputusan ini akan diikuti dengan sidang akhbar dan mempunyai impak besar ke atas dinamik Euro. Minit mesyuarat ECB biasanya tidak begitu memberikan kesan ke atas pasaran. 

Perkembangan terkini dan cabaran masa hadapan

Selepas krisis kewangan global, ECB telah beberapa kali menaikkan kadar faedah untuk membendung inflasi. Bagaimana pun, bank-bank pusat lain pada masa itu menurunkan kadar faedah mereka untuk membantu ekonomi nasional masing-masing dengan melemahkan matawang negara dan menggalakkan eksport. Ekonomi wilayah euro terpukul teruk, justeru ECB terpaksa mengikut jejak bank pusat lain dan menurunkan kadarnya untuk menjadikan sektor eksport Eropah lebih berdaya saing. Krisis hutang zon euro yang menyusul pada 2010-2012 membuatkan badan kawalselia tersebut melonggarkan lagi polisinya dan malah telah memilih untuk QE. Inflasi yang berterusan rendah di beberapa tahun kebelakangan, dan risiko-risiko politik untuk Kesatuan telah mencegah ECB dari mengetatkan dasarnya di beberapa tahun terakhir ini. Memandangkan adalah masih belum jelas jika zon euro telah menempuh sebuah rentetan krisis politik dan kewangan dengan jayanya, kebarangkaliannya besar ECB akan terus mengamalkan dasar yang longgar untuk suatu masa yang lama.

Popular

Iklim Perniagaan Ifo Jerman

Iklim perdagangan Ifo Jerman adalah indikator utama sentimen ekonomi-ekonomi peneraju di zon euro. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

CPI UK

UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi