Harga Bid dan Ask. Spread

Harga Bid dan Ask. Spread

Berapakah kos untuk anda berdagang di Forex? Cara yang paling lazim digunakan broker untuk meminta pedagang membayar fi sebagai balasan bagi peluang untuk berdagang matawang di pasaran adalah menerusi spread. Kami akan menjelaskan di sini bagaimana spread berfungsi.

Spread adalah sebuah konsep konvensional di pasaran kewangan. Ia adalah perbezaan harga di antara harga di mana pedagang boleh membeli atau menjual suatu aset.

Anda pasti pernah mengalami sendiri spread bila anda ke bank atau pengurup wang untuk mendapatkan matawang asing. Bank sentiasa menunjukkan dua sebut harga bagi matawang – satu harga pada mana ia setuju untuk beli dari anda dan satu lagi harga pada mana ia bersedia untuk jual kepada anda. Spread yang dibentuk dari selisih di antara dua harga ini adalah pendapatan bank dari operasi tukaran matawang yang ia lakukankan untuk anda.

Spread Bid-Ask

Ada 2 jenis harga matawang di Forex iaitu Bid dan Ask. Harga yang kita bayar untuk membeli dipanggil Ask. Ia sentiasa lebih sedikit dari harga pasaran. Harga di mana kita menjual suatu pasangan di Forex dipanggil Bid. Ia sentiasa lebih rendah sedikit dari harga pasaran.

Harga yang kita lihat di carta adalah harga Bid. Harga Ask sentiasa lebih tinggi dari harga Bid sebanyak beberapa pip. Spread adalah perbezaan antara dua harga ini. Dalam perkataan lain, ia adalah komisen yang anda bayar kepada broker anda untuk setiap transaksi.

SPREAD = ASK - BID

Sebagai contoh, Bid/Ask bagi kadar tukaran EUR/USD adalah 1.1250/1.1251. Anda akan beli pasangan ini pada harga Ask yang lebih tinggi iaitu 1.1251 dan menjualnya pada harga Bid yang lebih rendah pada 1.1250. Di dalam contoh ini spread adalah sebanyak 1 pip.

Bila anda klik butang "New Order", satu tetingkap akan terpapar di mana anda boleh memasukkan butiran dagangan anda. Tetingkap ini juga akan menunjukkan harga Bid dan Ask semasa.

Jenis-jenis spread

Jenis-jenis spread bergantung kepada polisi broker. Spread boleh berbentuk tetap (fixed) atau terapung (floating).

Spread tetap

Spread tetap kekal sama tidak kira apa jua situasi pasaran pada bila-bila masa. Dengan cara ini anda mengetahui awal-awal lagi berapa banyak yang akan anda bayar bagi satu-satu dagangan. Satu lagi kelebihannya adalah broker tidak akan boleh membesarkan spread (widen the spread) jika keadaan pasaran berubah.

Spread terapung

Spread terapung pula, sebaliknya, sentiasa berubah. Ia akan melebar atau menguncup berdasarkan kepada bekalan dan permintaan matawang dan kemeruwapan keseluruhan di pasaran. Spread terapung biasanya meningkat sewaktu pengumuman ekonomi yang penting dan sewaktu cuti umum di mana kecairan di pasaran menyusut. Spread terapung menghapuskan keperluan untuk requote dan bila pasaran kembali tenang ia mampu menjadi lebih rendah dari spread tetap.

Bagaimana untuk memilih penyebaran optimum

Jenis spread yang optimal bergantung kepada selera (preference) anda sebagai seorang pedagang. Secara amnya, para pedagang yang mempunyai akaun-akaun yang kecil dan jarang berdagang akan mendapat manfaat dari spread tetap. Para pedagang yang mempunyai akaun yang besar dan kerap berdagang di waktu puncak pasaran (bila spread paling nipis) dan mahu perlaksanaan yang pantas akan meraih manfaat dari spread terapung.

Sila maklum bahawa FBS menawarkan pelbagai akaun dagangan dengan spread tetap dan terapung, jadi anda boleh pilih opsyen yang paling anda gemari atau putuskan untuk miliki beberapa akaun dari jenis yang berbeza.

Pengiraan kos

Sila maklum bahawa kos spread di Forex biasanya sangat kecil berbanding dengan kos di pasaran saham atau opsyen. Oleh kerana spread disebut dalam sebutan pip, pedagang boleh mengira kos setiap dagangan dengan mendarabkan spread di dalam pip dengan nilai setiap 1 pip. Bagaimana untuk mengira keuntungan

Spread satu parameter yang penting untuk dipertimbangkan bila anda memilih broker. Pastikan anda selesa dengan spread yang ditawarkan. Anda boleh lihat spread yang dikenakan oleh FBS. Sila maklum bahawa anda boleh mencuba syarat-syarat perdagangan syarikat ini tanpa melaburkan wang anda dengan membuka sebuah akaun demo.

Lebih singkat tempoh perdagangan anda, lebih penting saiz spread. Contohnya, jika anda mengekalkan suatu posisi untuk beberapa minit dan keuntungan anda adalah 10 pip, spread 3 pip bererti anda membayar 30% dari keuntungan anda untuk perlaksanaan dagangan ini. Jika anda kekalkan dagangan anda aktif untuk seharian, kebarangkalian besarnya pergerakan harga adalah besar – katakan anda memperoleh 100 pip. Dalam kes ini, anda akan membayar hanya 3% dari keuntungan anda sebagai spread.

Lebih popular suatu pasangan matawang itu, lebih kecil spreadnya. Sebagai contoh, spread untuk transaksi EUR/USD biasanya sangat kecil, atau dalam slanga pedagang, "ketat".

Cara-cara untuk menyemak spread di MetaTrader.

Seperti yang disebut sebelum ini, secara default MT hanya menunjukkan harga Bid. Untuk menambah garisan Ask ke carta anda, klik kanan di mana-mana pada carta anda dan pilih "Properties". Kemudian klik pada tab "Common" dan letak tanda semak (check mark) pada kotak "Show Ask Line". Klik pada butang "OK" dan garisan Ask akan dipaparkan di rangka yang kecil (di rangkamasa yang lebih besar garisan Bid akan menindih dan menutup garisan Ask).

Spread MetaTrader

Jika anda masih tidak dapat melihat garisan Ask, periksa jika warnanya ditetapkan dengan warna yang sesuai. Kembali ke "properties" dan lihat sama ada garisan Bid dan Ask diberi warna yang betul.

Bid, Ask masa nyata

Anda juga akan dapat lihat harga Bid/Ask yang live untuk semua instrumen perdagangan jika anda klik "View" dan kemudian pilih "Market Watch". Jika anda mahu lihat spread bagi simbol tertentu, klik kanan di mana-mana di tetingkap "Market Watch" dan pilih "Spread". Sila maklum bahawa sebut harga MT4 menyatakan spread dalam bentuk poin. Untuk mendapatkan spread di dalam bentuk pips, anda perlu membahagikan angka tersebut dengan 10.

Berita terkini

Jabatan Kehakiman AS meminta hakim untuk membenarkan Pemerintah melarang WeChat dari "apps store"

Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat awal memerintahkan hakim persekutuan San Francisco untuk membenarkan pemerintah melarang Apple Inc dan Google daripada menawarkan WeChat untuk dimuat turun di "Apps Store" sementara menunggu rayuan, lapor Reuters, memetik…

Beaune Perancis menolak 'intimidasi' Inggeris mengenai perjanjian pasca Brexit

Menteri Eropah Perancis Clément Beaune menyebut peringatan UK mengenai kelewatan pengangkutan pasca Brexit sebagai sikap taktikal, lapor Reuters, memetik wawancara Financial Times…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera