Candlestick

Candlestick

Candlestick terdiri daripada tubuh (kawasan di antara aras buka dan aras tutup), dan bayang atas serta bayang bawah (jejak harga di atas dan bawah tubuh) yang juga dikenali sebagai "sumbu" (wicks) dan "ekor" (tails).

Jika harga meningkat sepanjang suatu tempoh, kandil biasanya diwarnakan putih atau hijau. Dalam kes sebegini, harga pembukaan berada di bahagian bawah tubuh dan harga penutup berada di bahagian atasnya.

Jika harga jatuh sepanjang suatu tempoh, kandil biasanya diwarnakan hitam atau merah. Di dalam kes sebegini, harga pembukaan berada di bahagian atas tubuh, manakala harga penutup di bahagian bawahnya.

Titik paling hujung bayang atas adalah "nilai tertinggi" yang dicapai sepanjang tempoh, manakala titik paling hujung bayang bawah adalah "nilai terendah". Secara ringkasnya, setiap candlestick memberikan gambaran aksi harga yang jelas.

Lebih panjang tubuh, lebih padu tekanan membeli/menjual. Candlestick yang pendek, sebaliknya, menunjukkan pergerakan harga yang kecil dan mengisyaratkan harga sedang mengukuh di suatu aras atau julat.

Candlestick yang tubuhnya sangat kecil (harga buka dan tutup hampir sama) dipanggil "Doji". Secara bersendirian, doji itu bersifat neutral. Bagaimana pun, jika doji terbentuk selepas serentet kandil bullish yang tubuhnya panjang-panjang, ia menandakan para pembeli sedang melelah dan melemah dan harga mungkin mengundur ke bawah. Jika doji terbentuk selepas sejujuk kandil bearish yang tubuhnya panjang-panjang, itu bermakna para penjual semakin kepenatan dan harga mungkin akan mengundur ke atas.

Ada beberapa jenis doji.

Doji Berkaki Panjang (Long-legged Doji) mempunyai bayang atas dan bawah yang panjang di mana panjangnya pula hampir sama, dan ia melambangkan keadaan pasaran yang sangat ragu-ragu. Doji Pepatung (Dragonfly Doji) adalah pola pengunduran bullish yang signifikan dan biasanya terbentuk di bahagian bawah trend menurun. Doji Batu Nisan (Gravestone Doji)adalah pola pengunduran bearish yang signifikan, dan ia biasanya terbentuk di bahagian atas trend menaik, Doji Empat Harga (Four Price Doji) sangat langka dan ia menandakan keraguan mutlak para pedagang berkenaan arah pasaran.

Candlestick dengan bayang pendek menandakan bahawa kebanyakan aksi dagangan berlaku terbatas, tidak jauh dari harga pembukaan dan penutup. Candlestick dengan bayang yang panjang menunjukkan jangkauan harga jauh di atas dan di bawah harga buka dan harga tutup.

Candlestick dengan bayang atas yang panjang dan bayang bawah yang pendek menunjukkan para pembeli mendominasi sessi tersebut, tetapi di akhir tempoh para penjual berjaya menarik harga turun. Candlestick dengan bayang bawah yang panjang dan bayang atas yang pendek menunjukkan bahawa penjual mendominasi sessi ini, tetapi menghampiri penghujung tempoh para pembeli berjaya merebut kawalan dan menolak harga lebih tinggi.

Candlestick dengan bayang bawah dan atas yang panjang, dan badan yang pendek dipanggil "Gasing Berputar" (Spinning Top). Gasing Berputar adalah tanda keadaan pasaran yang tiada ragu-ragu; kedua-dua bulls dan bears sedang aktif, tetapi tiada yang menguasai. Selepas kenaikan harga yang berterusan lama, atau selepas kandil bullish yang panjang, Gasing Berputar menandakan bulls sudah keletihan dan adanya potensi perubahan atau gangguan pada trend. Selepas penurunan harga yang berterusan lama, atau selepas kandil bearish yang panjang, Gasing Berputar menandakan bears sudah keletihan dan adanya potensi perubahan atau gangguan pada trend.

Kandil tanpa bayang atas mahupun bawah dipanggil "Marubozu". Marubozu bullish terbentuk bila harga pembukaan sama dengan harga terendah, dan harga penutupan sama dengan harga tertinggi, dan ini menunjukkan pembeli mengawal aksi harga sepanjang tempoh ini. Marubozu bearish terbentuk bila harga pembukaan sama dengan harga tertinggi, dan harga penutupan sama dengan harga terrendah, dan ini menunjukkan penjual mengawal aksi harga sepanjang tempoh ini.

Popular

Mesyuarat & Sidang Akhbar Bank Inggeris (BoE)

Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi