Carta Renko

Carta Renko

Carta Renko mendapat namanya daripada perkataan Jepun "renga" yang bermaksud "batu bata". Perbezaan utama antara carta Renko dan carta candlestick Jepun adalah bagaimana carta Renko tidak mengambil kira tentang masa.

Bata Renko (Renko bricks) muncul bila harga menjangkau suatu jarak yang tertentu dan ia tidak mempedulikan seberapa lama masa yang telah berlalu. Sebagai contoh, jika anda pilih 20 pip sebagai saiz bata, suatu bata akan muncul jika harga bergerak 20 pip ke atas atau 20 pip ke bawah. Bata bullish dan bearish mempunyai warna yang berbeza. Bata-bata sama saiznya. Ia tidak pernah muncul bersebelahan dengan bata yang lain. Setiap bata yang menyusul bata lain dilukis pada sudut 45 darjah dari bata sebelumnya. Bata tidak akan berubah lagi setelah ia dilukis.

rrr.png

Cara-cara memasang di carta.

MetaTrader tidak mempunyai carta Renko didalam tetapan default. Anda perlu memuat turun perkakas ini dari web. Ia boleh berbentuk indikator dan juga expert advisor. Indikator tampak seperti opsyen yang lebih mudah dan ringkas. Berikut adalah apa yang anda perlu lakukan:

1. Muat turun indikator di sini.

2. Di MT4, klik pada item "File" di menu dan pilih "Open Data Folder". Buka folder "MQL4" dan seterusnya klik pada "indikator". Letakkan fail indikator di dalam folder ini.

3. Tutup dan lancarkan semula MT4. Klik "Insert", kemudian "Indicators", pilih "Custom" dan seterusnya "LuckScout-Renko".

r.png 

Di tetapan indikator tersebut, anda pilih sendiri saiz bata Renko bergantung kepada kemeruwapan aset serta rangkamasa dagangan anda. Anda perlu bereksperimen dengan pelbagai saiz bata sebelum menemui yang optimal. Carta Renko mempunyai kelebihan seperti yang berikut:

• Ia mudah dibaca

• Ia membantu menghapus hingar pasaran.

• Indikator dan expert advisor boleh berfungsi dengan lebih baik dengan Renko.

Menggunakan carta Renko biasanya disyorkan untuk para pedagang jangka pendek (scalpers). Signal-signal dari Renko di rangka masa intra hari dianggap lebih efisien dari yang ada di carta harian.

Tiada perkakas yang sempurna, jadi kami harus jelaskan juga kekurangan carta Renko:

• Adakalanya satu-satu bata itu mengambil masa yang terlalu panjang untuk terbentuk. Ini boleh terjadi bila harga mengukuh. Pedagang boleh berasa gemuruh di waktu-waktu begini.

• Jika saiz bata adalah kecil, anda boleh mengesan penyongsangan lebih awal. Namun, dengan cara ini anda tidak dapat menyaring hingar dengan berkesan. Pilihlah dengan bijak!

• Ketika suatu trend, ada banyak bata dalam satu arah. Kesannya, titik masuk anda tidak akan setepat yang anda mahukan.

Cara-cara menggunakan carta Renko untuk berdagang

Signal utama yang dihasilkan oleh carta Renko adalah perubahan warna bata: ia menandakan kebarangkalian yang besar tentang perubahn di pasaran. Walaupun ada masa-masanya di mana carta Renko memberikan signal di penghujung trend yang tidak bertahan lama, secara keseluruhannya Renko membolehkan para pedagang menumpang trend-trend besar.Tambahan lagi, carta Renko membolehkan anda mengenal pasti capahan (divergence) di antara harga dan osilator (contohnya RSI), walaupun untuk capahan yang kecil.

renko rsi.png

Kesimpulan

Carta Renko hanyalah satu jenis lain untuk carta. Ia mempunyai kekuatan dan kelemahan. Jika anda menggunakan carta Renko, mungkin lebih mudah untuk anda mengenal pasti trend, aras sokongan dan rintangan, serta capahan dengan osilator. Namun anda mungkin masih lebih menggemari candlestick, dan itu normal-normal sahaja. Ketahuilah bahawa ada sungguh banyak sekali perkakas analitikal untuk para pedagang Forex dan gunakanlah ia untuk kelebihan anda.

Berita terkini

NZ: Jangkaan inflasi jatuh yang merisaukan RBNZ

Penurunan jangkaan inflasi New Zealand agak membimbangkan RBNZ dan akibatnya, mereka kini menjangkakan pemotongan OCR esok…

Australia: Peningkatan kecil dalam keadaan dan keyakinan perniagaan

Keadaan perniagaan Australia mencatatkan peningkatan yang kecil pada bulan Oktober, mencecah paras tertinggi 3 bulan +3…

Keputusan kadar oleh RBNZ: risiko penurunan untuk kiwi

Bank RIzab New Zealand akan mengumumkan penyata dasar monetari dan kadar faedah mereka pada 3:00 MT, 13 November.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera