Akaun demo

Akaun demo

Anda tidak perlu terus melaburkan wang anda sendiri ke dalam Forex. Kebanyakan broker menawarkan akaun latihan demo, yang membolehkan anda menguji pasaran Forex dengan wang maya menggunakan data pasaran sebenar. Menggunakan akaun demo adalah yang baik untuk belajar berdagang. Anda akan boleh berlatih dengan menekan butang dan memahami semuanya dengan lebih pantas. Plih Demo bila mendaftarkan akaun di FBS. 

Akaun Demo

Kelebihan dan kekurangan

Namun, setiap sesuatu pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga dengan akaun demo.

Seperti yang sudah kami katakan tadi, sebuah akaun demo akan membolehkan anda berlatih kemahiran anda tanpa memerlukan wang sebenar. Walaupun anda telah melakukan kesilapan, anda tidak akan kehilangan apa-apa. Bunyinya menggoda, tetapi ia ada keburukannya.

Pertama sekali, akaun-akaun demo menawarkan lebih banyak wang daripada apa yang seseorang pedagang akan gunakan dalam perdagangan sebenar. Pedagang boleh memilih sebarang amaun wang untuk latihan. Namun, orang ramai kerap memilih lebih dari apa yang mereka akan gunakan untuk berdagang. Mereka melakukan kesilapan dengan meletakkan wang maya yang lebih. Tetapi di akaun real (live), para pedagang tidak akan mempunyai wang untuk menyerap kesilapan mereka. Tambahan lagi, dengan modal yang besar, pedagang tidak akan memahami kerugian sebenar kerana ia lebih mudah digantikan semula dengan modal besar berbanding dengan modal yang sedikit.

Keduanya, satu lagi kelemahan lain akaun demo adalah kurangnya keterlibatan emosi yang nyata. Ini boleh dijelaskan dari perspektif psikologi. Bila anda tidak akan rugi apa-apa, anda tidak akan mengalami rasa takut. Ketakutan mempengaruhi tingkah laku pedagang dan tidak ramai pedagang yang mampu mengawal emosi mereka. Justeru dari itu, tidak munasabah untuk berlatih dan mengasah kemahiran anda bila anda tidak tahu bagaimana tindak-tanduk anda akan dalam situasi tegang.

Bagaimana untuk mendapatkan faedah daripada akaun demo?

Namun jika anda ikuti beberapa peraturan, akaun demo mampu menjadi alat yang berguna untuk berlatih.

  1. Pilih modal yang sama besar dengan pelaburan anda di akaun real.
  2. Cuba bayangkan wang yang anda ada di akaun demo adalah benar, dan keuntungan serta kerugian juga benar.
  3. Ingat bahawa jika anda gagal mendapatkan keuntungan di akaun demo, anda tidak akan mampu mendapatkannya di akaun sebenar, jadi cubalah untuk memahami unsur-unsur kunci dalam berdagang bila anda menggunakan akaun demo.

Bila perlu menggunakan akaun demo?

Tambahan lagi, ada beberapa situasi di mana anda memang perlu menggunakan akaun demo.

  1. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak berdagang di platform perdagangan. Akaun demo akan membantu anda mempelajari fitur-fiturnya dan mengelakkan dagangan secara tidak sengaja.
  2. Jika anda mahu mula menggunakan strategi perdagangan baru dan mahu melihat jika ia berkesan buat anda. Anda boleh menggunakan akaun demo untuk backtest strategi ini: anda aplikasikan strategi ini di carta dan lihat jika ia boleh menghasilkan dagangan yang menguntungkan di masa lalu. Selepas itu anda boleh cuba strategi ini di masa sebenar. Ini tentu sekali tidak memberikan jaminan 100% bahawa strategi ini bagus, tetapi ia lebih baik dari tiada apa-apa langsung.
  3. Jika anda memutuskan untuk menggunakan program perdagangan automatik, anda boleh uji ia di akaun demo. Program perdagangan adalah robot atau expert advisor yang tidak terkesan dengan emosi. Ia tidak peduli sama ada anda memasangnya pada akaun demo atau real.
  4. Jika anda datang ke pasaran Forex hanya untuk melihat kemahiran anda dan bermain dengan kadar tukaran. Bila anda tidak terlalu serius berdagang, ia boleh membawa kepada kerugian besar di akaun real. Jika anda melihatnya seperti sebuah permainan, mainkannya di akaun demo.

Sebagai kesimpulan, bolehlah kami katakan bahawa akaun demo adalah pilihan yang baik untuk berlatih. Anda boleh uji strategi anda tanpa kehilangan wang jika ia tidak menguntungkan. Tetapi anda harus ingat tentang kelemahan-kelemahan perdagangan demo.

Sila maklum betapa deposit real minimum di FBS bermula dari hanya $1. Ini bermakna anda boleh mula berdagang dengan amaun wang yang kecil, justeru menghadkan risiko anda, dan dalam masa yang sama berpeluang untuk meraih keuntungan di akaun live!

Berita terkini

KDNK Kanada: titik noktah untuk pengukuhan loonie?

Kanada akan umumkan KDNK bulanannya pada 31 Julai, pukul 15:30 masa MT.

Adakah ekonomi AS akan membantu greenback?

Amerika Syarikat akan menerbitkan kadar pertumbuhan KDNK awalan untuk suku tahun yang lepas pada 30 Julai, pukul 15:30 masa MT.

Pembeli WTI menyerang $ 42.00 di tengah ketakutan geopolitik, data API dilihat

WTI mencatatkan keuntungan 0.30% sambil mengambil tawaran hampir $ 41.85 di tengah sesi awal Asia pada hari Selasa. Emas hitam baru-baru ini mendapat manfaat daripada ketakutan akan peningkatan ketegangan geopolitik global. Walaupun begitu, ketakutan bahawa stok AS dapat terus meningkatkan sebut harga.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera