Federal Reserve

Federal Reserve

Federal Reserve adalah bank pusat Amerika Syarikat yang ditubuhkan untuk menjaga sistem kewangan negara. Matlamat mutlak Fed adalah untuk merangsang kemakmuran ekonomi AS. Ia mensasarkan kadar penggajian maksimum dan kadar inflasi 2% (diukur menggunakan indikator perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE)). 

Federal Reserve merangkumi 12 cawangan bank Federal Reserve wilayah yang terletak di kota-kota besar serata negara. Ia mengumpul maklumat ekonomi untuk membolehkan Fed menentukan polisi kewangan yang memadai. Penetapan dasar kewangan di Fed dibuat oleh Majlis Pasaran Terbuka Persekutuan (Federal Open Market Committee, FOMC) yang terdiri dari 7 ahli Lembaga Gabenor dan presiden Bank Rizab. Ahli-ahli FOMC, kecuali Pengerusi dan Timbalan Pengerusi (yang sentiasa disandang oleh presiden Bank Rizab Persekutuan New York) bertukar setiap tahun melalui kaedah giliran.

Mesyuarat FOMC adalah salah satu agenda paling dinanti-nantikan di kalendar para pedagang. Fed mengumumkan keputusannya berkenaan kadar faedah, menyiarkan unjuran ekonomi yang mempengaruhi keputusan kadar faedah dan menawarkan petunjuk tentang akibat dari perubahan yang diumumkan. Semua pemain dalam pasaran meneliti peristiwa ini untuk tindakbalas yang sesuai. Sesetengah mesyuarat Fed diikuti dengan sidang akhbar (biasanya di bulan Mac, Jun, September dan Disember). Mesyuarat tersebut dianggap sebagai yang paling penting kerana kemungkinan adalah tinggi Fed akan mengubah polisi di situ. Sebagai tambahan, sila ambil perhatian bahawa 3 minggu selepas setiap mesyuarat bank pusat akan menerbitkan minit mesyuaratnya. Dokumen ini mungkin mendedahkan nawaitu Fed berkenaan polisi kewangannya di masa hadapan, jadi para pedagang memantau rapi penerbitannya.

Perkembangan terkini dan unjuran masa hadapan

Dari 2004 sehingga 2007, Federal Reserve telah menaikkan kadar faedahnya untuk membendung kenaikan inflasi. Kadar faedah meningkat secara eksponensial sehingga 5.25%. Kemudian di ekonomi AS terpukul hebat dengan krisis ekonomi. Untuk melonjak pertumbuhan ekonomi, pentadbiran Federal Reserve terpaksa melembutkan pendirian kewangan mereka yang agresif sebelum itu. Walhasil, Fed telah terpaksa menurunkan tanda arasnya kepada 0.5% dan mengumumkan beberapa program QE. Dengan kadar faedah yang lebih rendah, meminjam wang menjadi lebih mudah, dan nilai Dollar Amerika mulai melemah berbanding lain-lain matawang utama.

Dengan peredaran masa, kesan kemusnahan akibat krisis semakin pudar dan ekonomi AS menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan, pendirian Fed mula berganjak menjadi agresif dan tegas. Kebimbangan kadar inflasi akan melonjak telah mendorong Federal Reserve untuk meningkatkan kadar faedah.

Popular

Mesyuarat & Sidang Akhbar Bank Inggeris (BoE)

Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi