Force Index

Apakah Itu Force Index?

Force Index (FI) ialah satu indikator yang dibangunkan oleh Alexander Elder. Ia mengukur daya bear dan bull dalam pasaran yang sedang dalam trend. Indikator ini adalah berdasarkan harga, arah, dan volum dagangan, yang, menurut Elder, merupakan tiga elemen penting pergerakan harga.

FI boleh mengesahkan suatu trend, mengenal pasti pembetulan yang berbaloi didagangkan, dan meramalkan penyongsangan.

Artikel ini akan menerokai Force Index, bagaimana ia dikira, dan bagaimana ia boleh dilaksanakan dan ditafsirkan untuk membuat keputusan perdagangan yang termaklum. Kami juga akan membandingkan Force Index dengan Money Flow Index dan mentafahus had-hadnya.

Memahami Force Index

Untuk memahami indikator Force Index, adalah penting untuk pertama sekali memahami hubungan antara pergerakan harga dan volum dagangan. Trend yang kukuh biasanya disertai dengan peningkatan volum dagangan, manakala trend yang lebih lemah mempunyai volum dagangan yang lebih rendah. Force Index mengukur kekuatan trend dengan membandingkan harga penutupan pada tempoh semasa, harga penutupan tempoh sebelumnya dan volum dagangan dalam tempoh yang sama.

Bagaimanakah Ia Dikira?

Force Index dikira dengan menggunakan formula yang mudah:

Force Index = (Harga Tutup Semasa – Harga Tutup Sebelum) x Volum

Kemudian purata bergerak eksponen digunakan pada nilai yang terhasil agar anda mempunyai histogram dan satu garisan dalam tetingkap indikator.

Pedagang boleh menyesuaikan Force Index dengan melaraskan tempoh yang digunakan untuk purata pergerakan data volum tersebut. Tempoh yang lebih panjang memberikan indikator yang lebih stabil, manakala tempoh yang lebih pendek lebih sensitif kepada perubahan jangka pendek.

Cara-cara menggunakan

Force Index termasuk dalam set lalai MetaTrader. Anda boleh menambahkannya pada carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Force” dan kemudian memilih “Force Index.

force index.png

Bagaimana cara mentafsir Force Index

Indeks akan positif jika harga penutupan semasa lebih tinggi daripada yang sebelumnya. Apabila indikator meningkat, ia menunjukkan daya bull. Sebaliknya, jika harga penutup lebih rendah daripada yang sebelumnya, indikator akan menjadi negatif, menunjukkan daya bear. Oleh itu, anda disarankan memerhatikan detik-detik apabila FI melepasi garisan sifar.

force index 2.png

Di samping itu, indikator juga terdiri daripada data volum. Ini membolehkan anda melakukan pertimbangan yang lebih baik mengenai suatu trend dan momentumnya. Trend menaik semasa berkemungkinan akan berterusan apabila Force Index mencapai aras tertinggi yang baharu. Apabila FI meluncur ke tahap rendah yang baharu, trend menurun akan berterusan. Trend ini mungkin menyongsang arah apabila FI mencapai aras rendah yang lebih tinggi.

force index 3.png

Jika suatu trend itu kukuh, Force Index akan berubah secara mendadak. Kemungkinan besar ia akan menandakan penerusan suatu trend. Pada masa yang sama, jika harga berubah dengan inersia, FI akan bergerak sedikit sahaja. Trend menaik menjadi lemah jika harga semasa meningkat tetapi indikator tersebut tidak.

Berikut kami kumpulkan pelbagai signal yang disediakan oleh Force Index. Gunakan ia secara bijak dan ingatlah bahawa pengesahan daripada alat-alat lain sentiasa dialu-alukan.

Signal bullish yang dihasilkan oleh FI:

  • Force Index sedang mencatat paras-paras tertinggi yang baru di dalam trend menaik (penerusan trend).
  • Force Index jatuh di bawah sifar semasa trend sedang meningkat (beli sewaktu ia jatuh).
  • Force Index meningkat lebih tinggi dari sifar ketika trend menurun (beli sewaktu pembetulan bergerak melawan trend utama).
  • Force Index menyilang MA ke atas (jika anda gunakan MA bersama indikator ini).
  • Capahan (harga mencapai aras rendah yang lebih rendah, tetapi FI mencapai aras rendah yang lebih tinggi).

Signal bearish yang dihasilkan oleh FI:

  • Force Index sedang mencatat paras-paras terendah (new lows) yang baru di dalam trend menurun (penerusan trend).
  • Force Index menjadi positif (naik lebih dari aras sifar) semasa trend sedang menurun (jual ketika pullback).
  • Force Index jatuh lebih rendah dari sifar ketika sedang trend menaik (jual sewaktu pembetulan bergerak melawan trend utama).
  • Force Index menyilang MA ke bawah (jika anda gunakan MA bersama indikator ini).
  • Capahan, atau "Divergence" (harga mencatat tinggi yang lebih tinggi bila FI mencatat tinggi yang lebih rendah).

Capahan Force Index

Capahan (divergence) bullish dan bearish menunjukkan potensi perubahan dalam trend. Signal-signal klasik ini sering dikaitkan dengan osilator. Capahan bullish berlaku apabila indikator bergerak ke atas manakala sekuriti bergerak ke bawah. Ini menunjukkan bahawa kelemahan harga tidak disahkan oleh indikator, yang mungkin menandakan penyongsangan trend menaik yang akan datang. Sebaliknya, capahan bearish berlaku apabila indikator bergerak ke bawah manakala aset bergerak ke atas. Ini menunjukkan kelemahan asas, walaupun dengan harga yang lebih tinggi, yang boleh membayangkan penyongsangan trend bearish.

Pengesahan ialah aspek yang penting dalam mentafsir capahan bullish dan bearish. Walaupun capahan menunjukkan sesuatu yang luar dari kebiasaan, ia memerlukan pengesahan daripada indikator atau carta harga. Capahan bullish boleh disahkan oleh Force Index yang bergerak ke bahagian positif atau penembusan rintangan pada carta harga. Capahan bearish boleh disahkan oleh Force Index yang bergerak ke bahagian negatif atau penembusan sokongan pada carta harga. Untuk pengesahan, para pedagang juga boleh menggunakan alat analisis teknikal seperti candlestick, silang-silang purata bergerak, dan penembusan-penembusan pola.

force index 1.png

Pada carta di bawah, indikator Force Index telah membentuk capahan bullish pada rangka masa harian. Setiap paras terendah indikator adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya, manakala setiap paras terendah kekal pada tahap yang sama. Pedagang perlu mendapatkan pengesahan yang kedua tentang kemungkinan penyongsangan trend untuk mencari poin entri yang terbaik. Dalam situasi ini, ia adalah penembusan harga di atas paras rintangan dan ujian semula penembusan ini. Oleh itu, seseoang pedagang boleh membuka dagangan beli selepas harga berjaya menguji semula paras yang ditonjolkan. 

Force Index vs. Money Flow Index (FI vs. MFI)

Money Flow Index (MFI) dan Force Index menggunakan harga dan volum untuk mengukur kekuatan trend dan mengenalpasti kemungkinan penyongsangan harga. Walau bagaimanapun, pengiraan indikator kedua-duanya amat berbeza. MFI menggunakan formula yang lebih rumit yang menggabungkan harga tipikal (tertinggi + terendah + tutup / 3) dan bukannya hanya bergantung pada harga penutupan. Tambahan pula, MFI terhad kepada julat dari sifar hingga 100. Hasil daripada pengiraan dan hadnya yang berbeza, MFI boleh memberikan pemahaman unik yang berbeza berbanding Force Index.

Had-Had Force Index

Force indeks ialah indikator lamban (lagging indicator) yang menggunakan data harga dan volum terdahulu untuk mengira purata EMA. Walau bagaimanapun, oleh kerana data biasanya dipuratakan, ia mungkin lambat untuk menjana signal dagangan, dan mengakibatkan pedagang terlepas peluang. Menggunakan Force Index pada jangka masa yang pendek (contohnya, 10, 13, atau 20) boleh membawa kepada banyak signal palsu disebabkan turun naik harga atau volum yang kecil. Sebaliknya, Force Index jangka masa yang lebih panjang (contohnya, 50, 100, atau 150) kurang terdedah kepada swing, tetapi ia bertindak balas perlahan-lahan terhadap perubahan harga, yang membawa kepada signal perdagangan yang tiba lewat.

Ringkasan Indikator Force Index

Kesimpulannya, Force Index dianggap sebagai salah satu gabungan harga dan volum yang terbaik. Ambil perhatian bahawa FI menggunakan volum tick dalam perdagangan matawang, sepadan dengan bilangan transaksi, jadi mungkin berlaku herotan (distortion). Force Index menunjukkan hasil yang terbaik apabila ia digunakan pada pasaran yang meruap.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera