Ichimoku Kinko Hyo

Ichimoku Kinko Hyo

Ichimoku Kinko Hyo (IKH) adalah satu indikator teknikal yang sangat berguna dan informatif. Ia menunjukkan arah trend dominan; garisan-garisannya berfungsi sebagai garisan sokongan dan rintangan; dan awannya membantu anda membayangkan momentum dan kekuatan trend. Sekilas pandang, Ichimoku Kinko Hyo kelihatan menakutkan dan menserabutkan minda, tetapi sekali anda sudah tahu bagaimana untuk membacanya, anda akan terus dapat melihat bahawa maklumat dan signal-signal yang terkandung di dalamnya adalah sangat-sangat membantu. Di dalam tutorial berikut, kami akan memberitahu anda tentang bagaimana garisan-garisan Ichimoku memberikan signal-signal berbeza, awan-awan Kumo dan juga garisan lamban (lags). Kemudian, kami akan menjelaskan bagaimana anda boleh menganalisa pasaran dengan perkakas teknikal menakjubkan ini. Jadi mari kita "memandang sekilas sebuah carta di dalam keseimbangan" (terjemahan langsung nama Ichimoku Kinko Hyo).

Komponen-komponen Ichimoku

Kijun Sen (garisan biru, garisan dasar); ia adalah komponen petunjuk utama bagi indikator Ichimoku Kinko Hyo. Ia digunakan untuk mengukur momentum tempoh sederhana. Ia dihitung dengan mendapatkan purata nilai puncak tertinggi dan lurah terendah bagi 26 tempoh terdahulu. Dalam bahasa yang mudah, ia adalah titik tengah untuk julat 26 kandil terakhir.

Tenkan Sen (garisan merah, garisan ulang-alik); ia adalah garisan perubahan yang terhasil dengan mempuratakan puncak tertinggi dan lurah terendah untuk 9 period terakhir. Ia menunjukkan titik tengah bagi julat yang mengandungi 9 kandil terakhir.

Chikou Span (garisan hijau): bersifat lamban, satu garisan yang tertangguh. Harga penutupannya boleh dicari dengan menganjak ke kiri 26 tempoh. Fikirkannya sebagai cerminan silam apa yang sudah pun terjadi, dalam erti kata yang sama seperti 'repaint'.

Senkou Span (garisan oren): Garisan Senkou yang pertama adalah purata Tenkan Sen dan Kijun Sen, yang kemudiannya dianjak 26 tempoh ke depan. Garisan Senkou kedua adalah purata puncak tertinggi dan lurah terendah untuk 52 tempoh kebelakang dan ia diplotkan 26 tempoh ke hadapan.

Kumo (awan): Ia adalah kawasan berlorek di antara 2 garisan Senkou Span. Awan ini dianggap sebagai umpan yang menarik harga. Harga cenderung untuk mengundur ke sempadannya, yang dianggap sebagai aras formal harga. Dalam lain perkataan, harga sangat sering kembali ke aras yang telah diuji sebelumnya.

Bagaimana berdagang dengan komponen-komponen Ichimoku

Sekarang, mari kita lihat apa yang komponen-komponen ini boleh beritahu kepada kita

Garisan keseimbangan (Kijun-Sen dan Tenkan-Sen)

Garisan-garisan keseimbangan ini boleh menunjukkan kepada kita arah trend semasa. Awan pula adalah ramalan arah trend di masa hadapan. Persilangannya adalah isyarat bahawa tanda-tanda pasaran akan berpatah arah telah dikesan.

Signal-signal berdagang Kijun-Sen

Signal dagangan bearish terhasil bila harga menyilangi Kijun-Sen dari atas ke bawah.

1_1.jpg

Signal bearish yang lemah terbentuk bila persilangan berlaku di atas Kumo

1_2.png

Signal bearish yang neutral terbentuk bila persilangan berlaku di dalam awan

1_3.png

Signal bearish yang kuat terbentuk apabila persilangan berlaku di bawah awan

 Signal dagangan bullish terbentuk bila harga menyilang Kijun-Sen dari bawah ke atas 

2_1.png

Signal bullish yang lemah terhasil bila persilangan berlaku di bawah awan

2_2.png

Signal bullish yang neutral terbentuk apabila persilangan berlaku di dalam Kumo

4_3.png

Signal bullish yang kuat terbentuk apabila persilangan berlaku di atas awan.

Signal-signal dagangan Tenkan Sen

Signal bearish terhasil apabila Tenkan Sen menyilang dari atas ke bawah garisan Kijun Sen.

4_1.png

Signal bearish yang lemah terbentuk apabila persilangan berlaku di atas awan

4_2.png

Signal bearish yang neutral terbentuk apabila persilangan berlaku di dalam awan

4_3.png

Signal bearish yang kuat terbentuk apabila persilangan berlaku di bawah awan

Signal bullish terhasil apabila Tenkan Sen menyilangi Kijun dari bawah ke atas.

3_1.png

Signal bullish yang lemah terbentuk apabila persilangan berlaku di bawah awan

3_2.png

Signal bullish yang neutral terbentuk apabila persilangan berlaku di dalam awan

3_3.png

Signal bullish yang kuat terbentuk apabila persilangan berlaku di atas awan

Signal-signal dagangan Kumo (Awan)

Garisan sempadan awan (Senkou Span) adalah garisan rintangan dan sokongan yang bagus.

Lebar jalur awan adalah ukuran kemeruwapan pasaran yang sudah terbukti. Lebih lebar jalur awan, kemeruwapan adalah lebih tinggi dan kepastian tentang arah pergerakan harga di masa akan datang adalah lebih rendah. Awan yang tipis dan rata adalah petanda pasaran sedang menjajar (sideways). 

Anda juga boleh menggunakan Kumo untuk mengenal pasti arah trend yang dominan. Jika harga di atas awan, itu bermakna waktu itu trendnya menaik, lantas ada banyak peluang membeli. Jika harga sedang berada di bawah awan, adalah lebih baik mencari peluang untuk short berbanding long. Awan itu sendiri lkerap berfungsi sebagai sokongan/rintangan.

Persilangan Senkou Span (dua garisan yang membentuk Kumo) biasa digunakan sebagai petanda pertukaran arah.

bearish_strong.png 

Signal bearish terjadi apabila Senkou Span A menyilang Senkou Span B dari atas ke bawah - dalam lain perkataan, apabila awan bertukar dari bullish ke bearish. Signal bearish adalah kuat apabila harga di bawah awan

bullish_strong.png

Signal dagangan bullish terjadi bila Senkou Span A menyilang Senkou Span B dari bawah ke atas. - dalam lain perkataan, apabila awan bertukar dari bearish ke bullish. Signal bearish adalah kuat apabila harga berada di bawah awan (seperti di dalam gambar).

 Sesetengah signal timbul apabila harga tembus keluar dari awan. 

price breaks above kumo.png

Signal bullish terjadi apabila harga bergerak ke atas dan menembusi sempadan atas Kumo

price breaks below kumo.png

Signal bearish terjadi apabila harga jatuh dan memecahkan benteng bawah Kumo

Signal-signal dagangan Chinkou Span

Jika Chinkou Span menyilang harga dari bawah ke atas, anda haru beli. Dalam masa yang sama, anda harus lihat dengan rapi kedudukan harga relatif kepada Awan: Signal bullish kuat bila harga di atas Awa; signal neutral jika harga di dalam Awan; dan signal adalah lemah jika harga berada di bawah Awan. Sila ambil perhatian, signal ini hanya sah jika Chinkou Span melintasi badan kandil.

Di sini kita ada contoh signal bullish yang kuat. Cuba anda jawab mengapa kami kata begitu:

Chinkou goes above price.png

Jika Chinkou Span menyilang harga dari atas ke bawah - anda harus jual. Juga, anda harus teliti dengan rapat lokasi harga semasa relatif kepada Awan: signal bearish kuat jika harga di bawah Awan; neutral jika signal terjadi ketika harga di dalam Awan dan ia adalah lemah jika harga sedang berada di atas Awan.

Lantuan dari Chinkou Span dari harga adalah signal kelestarian trend. Contohnya, di sini Chinkou Span melantun dari harga ke arah atas menandakan trend menaik akan berterusan. Continuation.png

 

 

Popular

Mesyuarat & Sidang Akhbar Bank Inggeris (BoE)

Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi