Kelebihan dan Risiko Berdagang Forex

Seperti kebanyakan aktiviti perdagangan, perdagangan Forex ada kebaikan dan keburukannya. Pedagang-pedagang yang ingin memasuki pasaran Forex harus mempertimbangkan kelebihan-kelebihan dan kekurangan-kekurangannya untuk memutuskan sama ada pasaran tersebut menarik dan sesuai untuk mereka. Mari bincangkan kesemua sisi perdagangan Forex.

Apakah itu perdagangan Forex?

Pasaran pertukaran asing (foreign exchange) yang juga dikenali sebagai Forex atau FX, ialah pasaran global untuk pertukaran pelbagai matawang nasional. Ia telah menjadi pasaran kewangan yang terbesar di dunia disebabkan oleh kebolehcapaian, kecairan, dan ciri antarabangsanya, antara banyak faktor-faktor lain. Tidak seperti pasaran-pasaran lain, anda boleh membeli dan menjual matawang melalui perantara-perantara untuk mendapatkan keuntungan tanpa sebarang pertukaran fizikal. 

currencies.png

Kelebihan-kelebihan pasaran Forex

Terdapat pelbagai kelebihan Forex yang dinikmati oleh para pedagang dari seluruh dunia. Mari kita lihat sebab-sebab yang paling lazim dinyatakan untuk menceburi dunia perdagangan.

Kebolehcapaian

Kebolehcapaian pasaran pertukaran asing sentiasa berkembang, dan lebih ramai orang berpeluang untuk mencuba sendiri perdagangan Forex. Walaupun institusi-institusi kewangan besar mewakili sebahagian besar pedagang Forex, akses terhadap pasaran dalam talian menjadikan perdagangan Forex juga menguntungkan untuk para pedagang individu. Selain itu, peningkatan penggunaan aplikasi-aplikasi perdagangan dan broker-broker dalam talian menjadikan perdagangan Forex lebih mudah diakses oleh mereka yang mahukan keuntungan jangka panjang dan jangka pendek. Anda boleh membuka akaun perdagangan Forex dengan beberapa langkah mudah.

Pasarannya besar dan global

Forex adalah pasaran kewangan yang terbesar di dunia, dan ia tidak akan melepaskan gelaran ini dalam masa terdekat. Secara purata, $4 trilion hingga $5 trilion didagangkan setiap hari. Ianya kira-kira $200 bilion sejam, $3 bilion seminit, dan $50 juta sesaat. Tambahan lagi, pasaran Forex mempunyai volum dagangan yang besar. Ada sangat banyak transaksi dalam Forex, tidak seperti di tempat-tempat lain. Ini kerana Forex menyediakan kecairan yang tidak dapat ditandingi kepada para pedagang, yang boleh masuk dan keluar daripada pasaran dalam beberapa saat pada bila-bila masa. 

Forex market vs other markets.png

Terima kasih kepada berjuta-juta pedagang dari seluruh dunia, Forex sememangnya pasaran kewangan yang terbesar. Oleh itu, pasaran tersebut boleh digunakan untuk mengakses keseluruhan perdagangan global dan aktiviti ekonomi.

Fleksibiliti

Fleksibiliti dalam pasaran Forex bermakna tiada kekangan bagi jumlah wang yang boleh digunakan dalam perdagangan. Hampir tiada peraturan pasaran juga. Perkara ini, ditambah pula dengan fakta bahawa pasaran beroperasi 24/5, mewujudkan senario yang sangat fleksibel untuk para pedagang, terutama sekali mereka yang mempunyai pekerjaan tetap. Itulah sebabnya para pedagang sambilan memilih Forex, kerana ia menyediakan jadual yang fleksibel dengan gangguan yang paling sedikit dalam pekerjaan sepenuh masa mereka.

Ketelusan

Pasaran Forex adalah besar dan beroperasi merentasi pelbagai zon waktu. Tiada negara atau bank pusat yang boleh mengawalnya atau memanipulasi harga untuk tempoh masa yang panjang. Ini menjadikan syarat-syarat perdagangan adil dan membolehkan para pemain pasaran individu mendapat hasil yang efisien. Walaupun maklumat tentang pasaran Forex sangat tersedia, sesetengah entiti boleh meraih manfaat jangka pendek lantaran dari perbezaan masa atau sedikit kelewatan dalam transmisi maklumat. Walau bagaimanapun, kelebihan ini tidak dapat dikekalkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, Forex ialah pasaran yang benar-benar telus yang mana setiap orang mempunyai peluang untuk mendapatkan keuntungan. 

Pilihan-pilihan perdagangan

Forex menyediakan pilihan-pilihan perdagangan yang luas kepada para pedagang. Para pedagang boleh dagangkan ratusan pasangan matawang. Pasangan kegemaran para pedagang ialah EURUSD. Selain itu, FBS menawarkan peluang perdagangan Kontrak untuk Perbezaan (CFD), yang membolehkan perdagangan komoditi, matawang kripto, logam, saham dan indeks. Sehubungan itu, para pedagang boleh memilih jenis akaun yang sesuai. Oleh itu, pasaran Forex menawarkan pilihan untuk sebarang bajet dan untuk para pedagang yang mempunyai selera risiko yang berbeza.

BIS Triennial central bank survey.png

Kos transaksi

Forex mewujudkan persekitaran yang menguntungkan dengan kos-kos transaksi yang lebih rendah berbanding pasaran lain. Sebabnya ialah pasaran Forex kebanyakannya dikendalikan oleh broker-broker yang menyediakan sebut harga dua hala. Spread yang mereka kenakan menjadi milik mereka agar mereka boleh menampung risiko-risiko yang terlibat. Spread tersebut diukur dalam poin, iaitu perbezaan antara harga jual dan harga beli. FBS biasanya tidak mengenakan sebarang komisen tambahan, kerana ia hanya memerlukan spread yang sangat rendah. Walau bagaimanapun, sesetengah jenis akaun mempunyai sifat-sifat yang khusus dan tersendiri. Sebagai contoh, akaun ECN, sebagai tambahan kepada spread kecil, juga mengenakan komisen sebanyak $6. Selain itu, anda juga membayar komisen untuk perdagangan saham dan kripto.

Leveraj

Deposit yang kecil boleh pergi jauh. Dengan leveraj, anda boleh “meminjam wang” daripada broker anda untuk berdagang sebagai tambahan kepada dana yang anda telah depositkan. Ia adalah alat yang berkuasa dan salah satu ciri yang paling menarik dalam perdagangan Forex. FBS menawarkan leveraj sehingga 1:3000, yang memberikan anda peningkatan kuasa beli dan boleh membawa keuntungan besar, tetapi ia juga membawa risiko kerugian. Sila pastikan anda memahami sepenuhnya risiko-risiko perdagangan dengan leveraj sebelum menggunakannya. Anda seharusnya berdagang hanya dengan wang yang anda mampu kehilangan begitu sahaja.

Kesesuaian Forex untuk pedagang-pedagang pemula

Pedagang-pedagang pemula yang ingin membuat perdagangan kecil boleh memasuki pasaran Forex dengan mudah. Salah satu daripada banyak kelebihan Forex ialah para broker menawarkan akaun-akaun cent.

Akaun cent adalah akaun perdagangan sebenar, tetapi deposit permulaannya bermula dengan $1. Dengan menggunakannya, pedagang-pedagang pemula boleh menggunakan kemahiran mereka dalam latihan sebelum melakukan perdagangan-perdagangan besar. Ini adalah cara yang ideal untuk membiasakan diri dengan alat-alat dan metodologi-metodologi perdagangan, seperti analisis asas dan teknikal, tanpa komitmen kewangan yang serius. Walau bagaimanapun, ini tidak mengubah fakta bahawa kemahiran dan pengetahuan adalah penting untuk perdagangan yang berjaya. 

Meraih keuntungan daripada membuka posisi “long” atau “short”

Dalam pasaran-pasaran lain, CFD sering digunakan untuk membuka kedua-dua posisi long dan short pada suatu instrumen. Dalam dunia Forex, di mana matawang didagangkan secara berpasangan, anda sentiasa membeli satu matawang dan menjual matawang yang lain. Sebagai contoh, pasangan matawang sentiasa dipaparkan dengan matawang asas sebagai tempat pertama dan matawang sebut harga sebagai tempat kedua. Ini bermakna harga pasangan AUDUSD menunjukkan berapa banyak nilai satu unit AUD dalam dolar AS. Jika kami fikir dolar Australia akan meningkat berbanding dolar AS, kita akan membuka perdagangan beli dalam pasangan ini (buka posisi long). Jika kita fikir perkara sebaliknya akan berlaku dan dolar Australia melemah berbanding dolar AS, maka kita akan menjual pasangan itu (buka posisi short).

 

Kekurangan-kekurangan Pasaran Forex

Risiko rakan niaga (counterparty risk)

Pasaran Forex ialah pasaran antarabangsa. Oleh itu, kawal selia pasaran Forex tempatan adalah isu yang rumit kerana ia melibatkan matawang nasional sesebuah negara. Oleh itu, pasaran-pasaran Forex kurang dikawal selia berbanding pasaran-pasaran kewangan lain. Tidak ada pengawal selia global yang tunggal. Hanya institusi-institusi kerajaan dan bebas yang berasingan di kawasan tertentu yang mengawal selia perdagangan Forex. Sebaliknya, para pedagang perlu berusaha untuk memilih broker yang boleh dipercayai. Untuk itu, adalah penting untuk menyemak umur, lesen dan reputasi syarikat. 

Risiko-risiko leveraj

Pasaran Forex menyediakan leveraj maksimum yang secara automatik datang bersama dengan risiko. Tiada had untuk jumlah pergerakan yang boleh berlaku dalam pasaran Forex pada hari tertentu. Itulah sebabnya ada kemungkinan seseorang itu boleh kehilangan keseluruhan deposit dalam masa beberapa minit apabila menggunakan leveraj yang tinggi. Pedagang-pedagang pemula lebih cenderung melakukan kesilapan ini kerana mereka tidak memahami risiko yang dibawa oleh leveraj.

Risiko-risiko pengoperasian

Sukar untuk sentiasa menjejaki masa dalam perdagangan Forex. Pasaran Forex dibuka hampir setiap masa, dan orang ramai tidak boleh memantau perdagangan mereka yang sedang aktif secara berterusan. Oleh itu, para pedagang menggunakan algoritma untuk melindungi nilai perdagangan mereka apabila mereka jauh daripada carta harga. Sebagai alternatif, firma-firma antarabangsa mempunyai jabatan penjualan yang tersebar di seluruh dunia. Jika seseorang tidak mempunyai pengetahuan tentang cara menguruskan posisi, perdagangan Forex boleh mengakibatkan kerugian yang ketara.

Kemeruapan

Semua pasaran kadangkala mengalami kemeruapan, dan pasaran Forex juga begitu. Para pedagang yang mengharapkan keuntungan jangka pendek mungkin menghadapi kemeruapan melampau yang tidak dijangka yang boleh menjadikan strategi perdagangan mereka tidak menguntungkan.

Pulangan sisa (residual return) yang lebih sedikit

Perdagangan Forex biasanya tertumpu terutamanya kepada laba modal daripada kenaikan atau penurunan nilai salah satu daripada dua matawang yang membentuk pasangan matawang. Sebaliknya, posisi Forex yang dikekalkan semalaman boleh menjana pendapatan atau memperolehi faedah. Ia bergantung pada perbezaan dalam kadar faedah yang digunakan di negara yang mengeluarkan matawang yang dibeli dan dijual. Ini selalunya dirujuk sebagai faedah "rollover" atau "carrying". Walau bagaimanapun, situasi tersebut boleh menjadi sebaliknya. Broker boleh mengenakan bayaran kepada anda kerana membiarkan perdagangan dibuka semalaman, jadi ambil perhatian kepada perkara itu. Akibatnya, para pedagang perlu memahami swap jika mereka ingin memastikan perdagangan dibuka lebih dari satu hari.

Mengapa mula berdagang Forex sekarang?

Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan kerjaya sebagai seorang pedagang Forex, adalah penting untuk menilai kelebihan dan kekurangan yang disenaraikan di atas dengan teliti. Jika bagi anda keburukan Forex melebihi kebaikannya, maka mungkin lebih baik untuk mencari cara yang lebih sesuai untuk mendapatkan wang.

Walau bagaimanapun, setiap orang berpeluang untuk membina kerjaya dalam pasaran pertukaran asing. Kebebasan untuk berdagang secara berautonomi dan secara jarak jauh dalam pasaran Forex mengubah hidup mereka yang sedia menghadapi cabaran. Dengan modal berisiko yang mencukupi dan perkhidmatan pembrokeran yang boleh dipercayai dalam pasaran Forex, anda boleh mendapat wang yang baik dengan berdagang pasangan-pasangan matawang major, minor, atau eksotik.

Kesimpulan

Jadi, adakah perdagangan Forex satu kerjaya yang baik? Jawapannya bergantung pada sumber, kebolehan, dan minat. Jika anda ada keinginan, disiplin dan dedikasi, ya, perdagangan Forex boleh menjadi satu cara mencari rezeki yang menguntungkan dan menyeronokkan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera