Leveraj Dan Margin: Bagaimana Anda Boleh Manfaatkannya Dalam Perdagangan Forex?

Terdapat dua perkara yang para pedagang harus tahu berkenaan bagaimana Forex berfungsi sebelum mereka memulakan perdagangan. Ia adalah leveraj dan margin.

Apa itu leveraj dalam Forex?

Leveraj ialah modal yang dipinjamkan. Ia adalah sejumlah wang yang dipinjamkan kepada anda oleh pihak broker yang mana ia memberikan anda lebih fleksibiliti apabila berdagang dalam Forex. Oleh kerana pasaran Forex sangat besar, nilai satu lot juga sangat besar. Leveraj membenarkan pedagang untuk memperdagangkan lot yang lebih besar dan membuka lebih banyak posisi tanpa meletakkan kesemua ekuiti pedagang dalam satu urusniaga yang besar.

Contoh leveraj

Di sini kami berikan satu contoh untuk membantu anda memahaminya. Anda telah memilih untuk menggunakan leveraj perdagangan 1:100. Ini bermakna daripada 100% wang tersebut, anda cuma menyediakan modal sebanyak 1% sahaja, manakala pihak broker akan menyediakan baki sebanyak 99%.

Anda barangkali juga sudah tahu bahawa apabila anda berdagang Forex, ini bermakna anda berdagang dalam kiraan lot. Satu lot biasanya bersamaan dengan 100,000 unit monetari dalam matawang asas urusniaga tersebut. Volum minimum urusniaga kebiasaanya bersamaan 0.01 lot atau 1,000 unit monetari matawang asas.

Jika anda membeli EURUSD, pembelian minimum ialah 1,000 dolar. Ia mungkin terlalu besar untuk sesetengah pedagang, dan mereka hanya boleh membuka satu posisi sahaja dengan jumlah ini. Namun, jika pedagang tersebut menggunakan leveraj 1:100, mereka hanya perlu menyediakan 1% ataupun $10 (pihak broker akan menyediakan $990 yang selebihnya). Namun, keuntungan atau kerugian akan dikira berdasarkan keseluruhan jumlah yang dileveraj.

Perubahan nilai matawang diukur dalam unit poin. Bergantung pada matawang, kemeruapan dan kecairannya, pasangan yang berbeza boleh mempunyai poin yang berbeza: untuk EURUSD, satu poin bersamaan dengan 0.00001.

Jika suatu acara besar kewangan mempengaruhi harga USD, dan ia jatuh sebanyak 500 poin. Jika pedagang membeli 0.01 lot EURUSD ($1,000), keuntungan mereka akan bersamaan dengan saiz posisi (0.01) didarab dengan bilangan poin (500). Keuntungan untuk urusniaga tersebut ialah $5, atau 0.5% (0.01 * 500 = 5).

Jika pedagang tidak mempunyai leveraj, mereka meletakkan $1,000 dalam urusniaga dan untung sebanyak $5 atau 0.5% sahaja. Jika pedagang tersebut menggunakan leveraj 1:1000 dan melakukan urusniaga yang sama, pelaburan beliau hanyalah $10, tetapi keuntungan tetap sahaja sama $5, memberikan beliau keuntungan sebanyak 50%. Pada masa yang sama, menggunakan semua leveraj anda (1:100) dan membuka urusniaga sebesar 1 lot penuh akan menghasilkan keuntungan bernilai $500.

Broker Forex menawarkan pelbagai saiz leveraj dan juga mempunyai syarat leveraj yang berbeza. Sebagai contoh, FBS menawarkan leveraj 1:50, 1:100, 1:200, 1:500, 1:1000, 1:2000, dan 1:3000. Di FBS, leveraj akan berbeza mengikut jenis akaun yang anda ada dan ia boleh diakses pada Laman Peribadi dan ditukar di tetapan Akaun. Anda perlu memilih leveraj yang paling sesuai dengan tahap kemahiran anda.

Risiko leveraj

Leveraj meningkatkan turun naik portfolio anda. Ringkasnya, dengan leveraj anda boleh memperoleh pendapatan yang lebih banyak dengan jumlah modal yang sama. Namun, jika anda rugi, anda juga akan rugi lebih banyak.

Contohnya, dengan leveraj 1:100, anda boleh membuka urusniaga $10,000 dengan hanya $100 pada akaun anda. Jika harga bergerak 1% seperti yang anda jangkakan, anda akan mendapat keuntungan $100. Sebaliknya, pergerakan 1% ke arah yang bertentangan pula akan mengakibatkan kerugian sebanyak $100.

Apa itu margin dalam Forex?

Kini anda sudah tahu apa itu leveraj, margin pula sangat mudah: dalam perdagangan Forex, margin adalah sejumlah wang yang diperlukan untuk anda membuka satu posisi pesanan. Dalam contoh di bawah, $111.50 ialah margin yang perlu disediakan oleh pedagang sekiranya dia menggunakan leveraj 1:100.

1.png

Dana yang anda punyai di dalam akaun perdagangan adalah wang yang anda akan gunakan sebagai margin apabila berdagang dalam Forex. Jika anda menjangkakan untuk mendapat keuntungan, anda boleh menggunakan nisbah leveraj yang besar dan margin yang lebih kecil untuk mengawal saiz urusniaga yang lebih besar.

Margin yang diperlukan

Syarat margin Forex bergantung pada nisbah leveraj yang dipilih oleh pedagang dan juga berdasarkan saiz lot dan instrumen. Biar kami tunjukkan kepada anda contoh leveraj FBS dan margin yang diperlukan untuk menggunakannya:

Leveraj

Margin yang diperlukan

Margin yang diperlukan untuk satu lot EURUSD (atau $100,000)

1:50

2%

$2000.00

1:100

1%

$1000.00

1:200

0.5%

$500.00

1:500

0.2%

$200.00

1:1000

0.01%

$10.00

1:2000

0.05%

$50.0

1:3000

0.033333333% atau 1/30%

$33.33333 atau $3 dan 1/30

Platform perdagangan anda juga akan menunjukkan angka margin bebas (atau margin yang boleh digunakan) dan paras margin . Margin bebas adalah wang yang anda ada di dalam akaun yang boleh digunakan untuk mengekalkan posisi sedia ada atau untuk membuka pesanan baharu. Aras margin adalah peratusan wang pedagang yang belum digunakan pada masa tersebut.

Panggilan Margin

Jika posisi urusniaga anda yang aktif sedang mengalami kerugian, paras margin anda akan menurun, dan untuk mengelakkan anda kehilangan semua wang, pihak broker akan menggunakan apa yang dipanggil margin call. Panggilan margin ialah suatu tahap margin yang tertentu (di FBS, ia bersamaan dengan 40%) yang, apabila dicapai oleh pedagang, akan memicu amaran untuk memastikan pedagang menutup urusniaga yang rugi atau mendepositkan lebih banyak dana ke dalam akaun. Baca tentang definisi panggilan margin dalam Glosari FBS.

Aras stop-out

Sebaik sahaja tahap margin turun ke tahap minimum yang dibenarkan, atau paras stop out (di FBS, iaitu 20%), beberapa posisi dagangan, bermula dengan yang paling rugi, akan ditutup secara automatik untuk mengelakkan pedagang mempunyai baki akaun yang negatif.

Ekuiti, paras margin, dan margin bebas berubah secara masa-nyata, jadi anda perlu memberi perhatian terhadap angka-angka tersebut, terutama sekali apabila anda menggunakan nisbah leveraj yang lebih besar. Leveraj boleh menghasilkan keuntungan yang besar dengan pelaburan yang kecil. Dan, formula yang sama akan digunakan apabila mengalami kerugian, jadi sila berhati-hati apabila memilih leveraj: semestinya, keuntungan anda akan berganda, tetapi jika diambil kira kerugian pula, ia juga akan berganda.

Margin dan leveraj: perbezaannya

Leveraj dalam Forex ialah modal yang dipinjam yang membolehkan anda meningkatkan volum perdagangan anda dan potensi pulangan. Ia adalah sejumlah wang yang dipinjamkan oleh broker kepada pedagang untuk memberikan fleksibiliti yang lebih besar apabila anda berdagang di Forex.

Margin pula adalah sebaliknya, margin adalah jumlah wang yang diperlukan daripada pedagang untuk membuka posisi. Dana yang disimpan dalam akaun pedagang adalah wang yang digunakan sebagai margin. Ia diperlukan untuk menampung potensi kerugian yang mungkin berlaku semasa berdagang. Keperluan margin bergantung pada nisbah leveraj, saiz lot dan instrumen, dan ia boleh dilihat dalam akaun pedagang.

Kedua-dua leveraj dan margin adalah penting. Leveraj memberi anda lebih kuasa dalam perdagangan anda dan margin melindungi baki anda daripada menjadi negatif. Gunakanlah pengetahuan ini untuk mendapatkan keuntungan, dan semoga berjaya!

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera