Osilator

Osilator

Dia bahagian terdahulu tutorial ini, kita telah melihat indikator-indikator teknikal trend yang paling popular. Isunya, di sebahagian besar waktu harga merayau-rayau tanpa arah yang jelas (ia menjajar). Walaupun pergerakan harga tanpa arah ini membuatkan sesetengah pedagang naik gila, pedagang yang lain mampu mencari nafkah dengan situasi seperti ini. Para pedagang ada segudang perkakas teknikal yang boleh diguna untuk pasaran yang menjajar. Perkakas ini dipanggil osilator. Kami akan menyajikan kepada anda beberapa yang paling popular.

Osilator membantu kita mengenal pasti titik pivot pasaran – zon dengan potensi penyongsangan. Indikator-indikator ini menampilkan jalur dengan dua nilai ekstrim yang menandakan zon di mana pasaran sudah terlebih dibeli atau terlebih dijual. Bila suatu osilator berada di dalam zon terlebih beli, itu bererti daya pergerakan bullish telah melemah dan penyongsangan ke bawah mungkin berlaku. Begitu jugalah apabila osilator berada di dalam zon terlebih jual, itu bererti aktivit menjual menjadi semakin lemah, dan trend mungkin akan menyongsang naik. 

Berdagang dengan osilator berasaskan prinsip pengulangan; selepas satu nilai extreme dicecah, osilator akan kembali ke bacaan pertengahannya. Bagaimana pun, ada perbezaan besar antara dinamik harga dan osilator: walaupun ia bergerak secarfa berpasangan, pergerakan ini mempunyai mempunyai nisbah berbeza. Hasilnya, apabila indikator pulang semula ke nilai normal, harga biasanya tidak kembali ke titik yang sama.  

Osilator paling efektif digunakan bila harga bergerak menjajar. Oleh kerana kegunaan semua osilator adalah sama, tidak banyak gunanya kita menambah beberapa osilator ke satu carta. Gunakan osilator bersama perkakas teknikal lain.

Kami mengesyorkan anda untuk memilih tetapan asal indikator di MT4, kerana tetapan itu dicadangkan oleh pencipta perkakas tersebut sendiri.  

Popular

Mesyuarat & Sidang Akhbar Bank Inggeris (BoE)

Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi