Pasangan matawang. Matawang asas dan sebutharga. Pasangan major dan pasangan silang

Pasangan matawang. Matawang asas dan sebutharga. Pasangan major dan pasangan silang

Matawang di pasaran Forex sentiasa didagangkan secara berpasangan. Untuk mencari nilai relatif sesuatu matawang, anda perlukan suatu matawang lain untuk dijadikan perbandingan. Bila anda beli suatu matawang, anda juga menjual matawang lain secara automatik.

Pasangan matawang di Forex disebut secara singkatan. Sebagai contoh, EUR/USD bermaksud Euro berbanding Dollar AS, dan USD/JPY bermaksud Dollar AS berbanding Yen Jepun. Jika anda membeli EUR/USD, anda membeli Euro dan menjual Dollar. Jika anda menjual EUR/USD, anda menjual EUR dan membeli Dollar.

Matawang pertama pada pasangan dipanggil matawang asas, sementara matawang kedua dipanggil matawang sebutharga atau matawang imbalan. Harga matawang asas sentiasa dikira sebagai bilangan unit matawang sebutharga.

Sebagai contoh, kadar tukaran pasangan EUR/USD adalah 1.1000. Itu bermakna kos 1 Euro adalah 1.1000 Dollar AS (satu dollar dan 10 sen).

Pasangan-pasangan matawang selalunya dibahagikan kepada pasangan major, silang dan eksotik. Semua pasangan major mengandungi Dollar AS dan sangat popular di kalangan pedagang: EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD dsb.

Pasangan silang terdiri dari 2 matawang popular tetapi tidak mengandungi Dollar AS. Pasangan silang paling lazim mengandungi Euro, Yen, dan Pound British: EUR/GBP, EUR/JPY, GBP/JPY, EUR/AUD, dsb.

Pasangan matawang eksotik terdiri dari 1 matawang major dan satu matawang dari ekonomi membangun (Brazil, Mexico, India, dsb.) atau ekonomi kecil (Sweden, Norway, dsb.). Pasangan eksotik jarang-jarang didagangkan di Forex dan biasanya mempunyai syarat-syarat yang kurang menarik.

 

Popular

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

CPI UK

UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.

Mesyuarat RBA

Dasar Bank Rizab Australia (RBA) adalah pendorong utama AUD. Badan kawal selia ini akan sekali lagi menyampaikan keputusan dasar monetarinya pada 05:30 waktu MT, 7 November nanti. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera