Pengenalan kepada indikator-indikator teknikal

Pengenalan kepada indikator-indikator teknikal

“Kemegahan dan kesengsaraan” indikator teknikal

Komputer dan teknologi maklumat membolehkan para pedagang membuat unjuran harga tanpa kerja yang banyak. Indikator teknikal melangsaikan semua kerja-kerja berat untuk pedagang, membebaskan mereka dari keperluan membuat kira-kira matematik dan statistik yang sulit. Selain itu, ia menjimatkan masa pedagang apabila membuat analisis pasaran. Bagaimana pun, dalam seikat daun sireh pasti ada yang tidak bertemu urat. Kami akur bahawa tidak semuanya indah dengan indikator teknikal; ia boleh gagal dan menyebabkan kerugian. Tetapi jika para pedagang fokus kepada carta yang mampan dan pola candlestick, menerapkan beberapa indikator untuk mengenal pasti aras masuk dan aras keluar yang sempurna, mereka akan sentiasa di hadapan. Jadi kami menggalakkan anda untuk menggunakan perkakas teknikal dalam dagangan intrahari bukan sahaja kerana ia memudahkan, tetapi juga kerana ia akan membantu anda meminimakan impak emosi dalam proses membuat keputusan.

Guru-guru perdagangan mengesyorkan penggunaan sekurang-kurangnya 2 indikator teknikal pada carta untuk menyaring isyarat palsu. Indikator teknikal paling ampuh bila diguna berpasangan, jadi anda harus buka posisi bila anda dapati dua indikator memberikan isyarat yang sama. Di dalam masa yang sama, cuba untuk tidak tamak dan terperangkap kesilapan terlalu menganalisa pasaran. Penggunaan indikator teknikal yang berlebihan akan mendatangkan lebih mudarat dari manfaat, jadi anda mungkin hilang jejak pergerakan harga dan terlepas peluang membuat keuntungan.

Jangkauan khayalan pedagang tiada penghujungnya. Mereka menggabungkan indikator teknikal dengan perkakas-perkakas analisis lain. Ada sebuah petua yang menggariskan bahawa gabungan antara analisis carta dengan indikator teknikal adalah yang paling menguntungkan.

Ada dua jenis indikator teknikal. Yang pertama adalah indikator trend.

Popular

Mesyuarat & Sidang Akhbar Bank Inggeris (BoE)

Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi