Pengurusan risiko

Pengurusan risiko

Pengurusan risiko adalah unsur kunci perdagangan Forex. Adalah lebih baik untuk memahami fakta mudah ini sekarang berbanding kemudian, dan memperbanyakkan usaha bagi memahirkan diri dengan sains ini. 
Mengikut definisi, pengurusan risiko adalah mengenal pasti, menganalisa, mengawal, dan mengelak, meminimakan, atau menghapuskan risiko yang tidak boleh diterima. Risiko-risiko yang wujud untuk para pedagang Forex adalah mudah untuk difahami: ia risiko dagangan buruk yang ditutup dengan kerugian, yang sentiasa wujud.  
Seseorang pedagang tidak boleh mengawal pergerakan harga dan tidak boleh 100% pasti apakah hasil dari dagangan beliau kelak, Namun, beliau boleh mengawal banyak lagi perkara lain: bila untuk berdagang, bila untuk tidak berdagang, bila harus keluar dari dagangan, seberapa besar posisi hendak dibuka. Bila anda membuka suatu pesanan, anda boleh tahu senario terburuk yang mungkin, jika anda mempunyai mekanisma keselamatan terpasang. Sebagai contoh, jika anda mempunyai pesanan Renti Rugi, anda tahu bahawa kerugian maksimum anda pada dagangan ini tidak akan melebihi saiz Renti Rugi. Ini bererti anda tidak perlu berasa khuwatir tentang kerugian, tetapi hanya fikirkan tentang kemenangan. 
Lebih dari itu, pengurusan risiko membolehkan pedagang untuk mendapat lebih keuntungan walaupun hanya 30% dagangan yang berjaya. Bagaimana mungkin? Mari kita rungkaikan. 

Jadi pedagang yang terkawal

Kami membezakan antara dua pendekatan perdagangan Forex: perdagangan yang semberono dan yang terkawal. Seorang pedagang yang semberono tidak mempunyai pendekatan yang sistematik dan tidak menggunakan pesanan Renti Rugi. Pedagang sebegini mempertaruhkan wang yang beliau tidak mampu untuk hanguskan. Kesannya, pedagang ini sentiasa tertekan – sesuatu yang mendorong beliau untuk membuat keputusan yang buruk.   
Pedagang yang terkawal pula, mempunyai sebuah sistem perdagangan yang sesuai dengan personalitinya. Beliau menggunakan peraturan pengurusan risiko dan berdagang dengan wang lebihan. Pedagang seperti ini aktif belajar, secara psikologinya stabil dan justeru dari itu, akan mampu bertahan di dalam pasaran untuk masa yang lama untuk menjadi seorang profesional. 
Sila perhatikan juga bahawa lebih besar kerugian yang akaun anda tanggung, lebih sukar untuk pulihkan modal anda ke posisi permulaan. Sebagai contoh, jika anda ada $100 dan kerugian $50 (50% dari modal anda) anda akan perlu meningkatkan baki $50 itu sebanyak 100% agar akaun anda kembali ke $100. Kesimpulannya, adalah perlu untuk berhati-hati dan cermat, serta tidak membiarkan kerugian terus membesar. 

RM1.png

Kepentingan pensaizan posisi

Rahsia mengekang kerugian terletak pada triad Pensaizan Posisi – Leveraj – Renti Rugi. Pensaizan posisi adalah teknik yang menentukan berapa unit yang anda harus dagangkan untuk mencapai aras risiko yang dimahukan. 
Ada sangat penting untuk memilih saiz posisi dengan bijak. Terimalah satu petua berharga dari pedagang berpengalaman: risikokan tidak lebih dari 1-2% deposit dalam 1 dagangan. Sila lihat jadual di bawah. Ia menunjukkan 2 pedagang dengan jumlah modal permulaan yang sama – $20,000. Bezanya, pedagang pertama merisikokan 2% dari akaunnya bagi setiap dagangan, sementara yagn satu lagi merisikokan 10% dari akaunnya pada setiap dagangan. Jika setiap pedagang mempunyai 10 dagangan yang rugi berturut-turut, pedagang pertama masih mempunyai $16,675 sebagai baki, sementara yang kedua akan mempunyai hanya $7,748.

RM2.png

Leveraj dan Margin

Broker-broker Forex menyediakan peluang kepada pedagang untuk berdagang dengan lebih banyak wang dari yang ada di baki akaunnya. Ini dipanggil perdagangan berasaskan margin. Margin adalah jumlah yang yang anda perlu ada di dalam akaun untuk membeli suatu matawang secara kredit, atau dalam perkataan lain, untuk membuka dagangan dengan jumlah yang lebih besar dari yang ada di baki anda. 
Seperti yang kami sudah sebutkan di dalam kursus untuk pemula, broker-broker Forex menetapkan keperluan margin untuk pelanggan. Biasanya margin bersamaan dengan 1-2% dari saiz posisi. Margin 1% boleh juga disebut sebagai leveraj 100:1.
Leveraj = Kuasa Membeli / Modal Dilaburkan
Sebagai contoh, jika anda berdagang 1 lot standard EURUSD ($100,000) bila mana anda mempunyai hanya $1,000, ini bererti anda menggunakan leveraj 100:1. Dalam lain perkataan, bagi setiap $1 yang anda ada di dalam akaun, anda boleh membuat dagangan berharga $100. Di dalam pasaran Forex, para pedagang berdagang dengan leveraj 50:1, 100:1, 200:1 atau lebih tinggi bergantung kepada broker dan undang-undang. Kebolehan untuk menggunakan leveraj tinggi membezakan Forex dari pasaran lain.  
Anda boleh melihat kuasa leveraj di dalam jadual di bawah: dengan leveraj yang berbeza anda boleh mendapat kuasa membeli dan jumlah keuntungan yang berbeza. 

RM3.jpg

Mari kita kaji contoh yan glain. Jika anda berdagang dengan $1,000 dan leveraj 100:1, anda boleh membuka posisi sebesar $100,000. Dalam kes ini, laba $1,000 bermakna keuntungan 100% untuk anda. Jika anda tidak menggunakan leveraj dan memperoleh laba $1,000 yang sama, anda perlu membekalkan keseluruhan amaun ($100,000) ke akaun anda. Peratusan keuntungan anda akan menjadi lebih kecil ($1,000\$100,000 = 1%). Hal yang sama dengan kerugian, posisi yang dileveraj lebih besar kerugiannya. 

RM4.png

Anda boleh lihat betapa walau pun leveraj itu mempunyai merit, para pedagang perlu berhati-hati. Leveraj ibarat pisau yang memotong kiri dan kanan: ia meninggikan keuntungan dan juga kerugian. Hasilnya, kami mencadangkan penggunaan Renti Rugi untuk menghadkan potensi kerugian bila berdagang dengan leveraj. 
Berikan perhatian kepada parameter yang dipanggil "aras margin" (margin level). Aras margin adalah bilangan berapa kalikah margin digunakan (used margin) boleh ditampung oleh nilai akaun anda. Ia adalah indikator utama kebarangkalian seberapa meruwap hasil perdagangan anda. Lebih rendah aras margin anda, lebih besar swing pada ekuiti yang akan anda hadapi. Jika aras margin anda kurang dari 500%, ini bermakna anda mungkin mengambil terlalu banyak risiko pada akaun anda. 

RM5.png

Nisbah Risiko/Ganjaran

Nisbah risiko/ganjaran adalah amaun keuntungan yang anda rancang untuk dapatkan relatif kepada apa yang anda risikokan seandainya berlaku kerugian. Secara mudahnya, jika Renti Rugi anda bersamaan dengan 10 pip dan Ambilan Untung adalah 150 pip, nisbah risiko/ganjaran anda adalah 1:5. 
Nisbah risiko/ganjaran adalah satu lagi perkara yang anda boleh kawal. Untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan keuntungan, adalah disyorkan untuk sentiasa mempunyai ganjaran yang lebih besar dari risiko. Lebih besar prospek ganjaran, lebih banyak dagangan gagal yang akaun anda boleh hadapi dalam satu-satu tempoh. Jika anda mempunyai nisbah risiko/ganjaran 1:5 satu dagangan berjaya akan membuat anda mampu bertahan 5 dagangan yang buruk dengan nisbah yang sama.
Nisbah risiko/ganjaran yang harus dipilih bergantung kepada gaya perdagangan anda, dan juga keadaan pasaran (tahap kemeruwapan, keadaan pasaran dalam trend atau menjajar). Tiada jawapan universal di sini. Kami cadangkan agar menetapkan ganjaran lebih tinggi dari ganjaran, bagi kebanyakan pedagang. Bila berdagang di dalam trend, nisbah risiko/ganjaran boleh jadi 1:2 atau 1:3. Bila anda masuk pasaran pada penembusan aras tertentu, mungkin ianya bijak untuk memilih nisbah risiko/ganjaran 1:4 atau 1:5. Bila berdagang dalam jajaran, 1:1 lebih sesuai. 

Kepelbagaian

Pemelbagaian adalah satu prinsip kunci pelaburan. Anda tidak boleh meletakkan terlalu banyak telur di dalam satu bakul, kerana sesuatu mungkin tidak kena dengan bakul ini. Penyelesaiannya adalah untuk mengaplikasikan prinsip portfolio dan berdagang beberapa pasangan matawang. Namun pastikan, anda kenal pasangan-pasangan matawang tersebut (apa faktor-faktor yang mendorong pergerakan matawangnya). Setiap matawang mempunyai sifat khususnya sendiri. Mungkin ia satu idea yang bagus untuk cuba berdagang di akaun demo dahulu untuk melihat bagaimana suatu pasangan bertindak balas terhadap pelbagai berita.  
Waspada dengan korelasi matawang. Sebagai contoh, EUR/USd dan USD/CHF mempunyai korelasi songsang. Jika anda menjual EUR/USD dan membeli USD/CHF, anda terdedah kepada USD dua kali dan di dalam arah yang sama. Ia bersamaan dengan long 2 lot USD. Jika USD melemah, kedua-dua posisi anda akan kerugian. 

RM6.png

Patuhi pelan

Apa yang membuatkan perdagangan berisiko adalah mindset perlaksanaan yang salah. Kerugian dan drawback adalah perkara biasa. Anda tidak bolehmengawal dagangan mana yang bagus dan yang mana akan gagal. Risiko wuijud bila anda tidak tahu apa yang anda lakukan, bila anda menyimpang dari pelan perdagangan anda.
Pelan perdagangan adalah suatu yang sangat peribadi: setiap pedagang perlukan pelan perdagangan yang diukur khusus untuk dirinya. Pelan sebegini harus termasuk dengan jangkaan peribadi, peraturan pengurusan risiko, dan sistem perdagangan. Seperti yang dikatakan oleh Benjamin Franklin (atau seseorang yang lain), "dengan kegagalan merancang, anda merancang untuk gagal". 
Mempunyai sebuah pelan akan membantu anda mengurus fikiran anda, mengawal emosi dan mengelakkan keputusan yang terburu-buru. 

Jadilah pedagang yang belajar sepanjang hayatnya

Laburkan masa untuk belajar lebih lagi tentang perdagangan dan analisis pasaran. Baca artikel dan bukul, tonton video, ambil bahagian di dalam webinar dan seminar. Penambahan berterusan pada koleksi ilmu anda tentang pasaran adalah insuran terbaik mendepan keputusan yang buruk.  

Berita terkini

Satu lagi peluang untuk dagangkan GBP

Great Britain akan menerbitkan angka jualan runcit pada 11:30 waktu MT pada 15 November.

Bersedialah untuk dagangkan USD berdasarkan data inflasi.

US akan menerbitkan angka bulanan indeks harga konsumer (CPI) bagi Oktober pada 15:30 waktu MT, 14 November.

Bagaimana kesan komen Fed kepada USD?

Rizab Persekutuan (Fed, Federal Reserve) akan mengumumkan kadar faedahnya pada 21:00 waktu MT, 8 November.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera