Perdagangan Bawa Ke Hadapan (Carry Trade)

Perdagangan Bawa Ke Hadapan (Carry Trade)

Ini pula adalah jenis dagangan yang mana seseorang pedagang itu menjual suatu matawang dengan kadar faedah rendah dan kemudian menggunakannya untuk membeli matawang lain yang memberikan kadar faedah yang lebih tinggi. Matlamat pedagang bawa ke hadapan adalah untuk menangkap kesenjangan kadar faedah dan meraih keuntungan yang agak besar dengan bantuan leveraj.

Katakanlah anda menyedari kadar faedah Afrika Selatan adalah 7% manakala kadar faedah semasa AS adalah 1%. Jadi anda mengharapkan perolehan dari perbezaan 6% di antara dua kadar tersebut. Untuk merealisasikan ini, anda harus meminjam USD (matawang pulangan rendah, yang pengeluarnya telah menetapkan kadar faedah lebih rendah) dan membeli matawang yang menawarkan pulangan tinggi, di dalam contoh kita ini Rand Afrika Selatan. Anda boleh meningkatkan pulangan menggunakan leveraj. Sebagai contoh, jika anda menggunakan leveraj standard 10:1, anda boleh menerima keuntungan 60%. Tetapi ada risiko di sebalik semua ini – kadar faedah yang tidak boleh dijangkakan. Jika ZAR melemah berbanding USD, anda akan kehilangan sebahagian besar dari pulangan anda.

Jadi, walaupun perdagangan bawa ke hadapan kelihatan sangat menarik, ia agak berisiko terutamanya di waktu yang tidak menentu dan kacau-bilau bila mana para pelabur dengan terburu-buru melepaskan aset kewangan berisiko yang menawarkan pulangan lebih tinggi untuk berpindah ke matawang perlindungan (safe-haven) yang kadar faedahnya rendah.

Kadar faedah dari dagangan bawa ke hadapan mungkin bukan matlamat utama seseorang pedagang, tetapi ia boleh menjadi pendapatan tambahan di samping perubahan turun-naik harga. 

Contoh pedagang

Julian-Robertson.png

Julian Robertson adalah salah seorang pedagang bawa ke hadapan yang paling terkenal dalam sejarah. Beliau pernah berdagang USD/JPY. Di dalam tempoh antara 1995 dan 1998, harga pasangan matawang ini meningkat sehingga lebih dari 66%, sebahagiannya hasil dari pembelian matawang yang tinggi kadar faedahnya dan penjualan yen oleh pedagang bawa ke hadapan. Beliau boleh membuat keuntungan 15% dari perbezaan kadar faedah sebagai tambahan kepada perolehan dari kenaikan 66% USD/JPY. Julian Robertson berdagang USD/JPY dengan leveraj dan beroleh banyak wang di waktu itu, walaupun selepas kenaikan mengejut Yen pada 1998 beliau kerugian $2 billion.

Popular

Mesyuarat & Sidang Akhbar Bank Inggeris (BoE)

Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi