Pola-pola Candlestick

Pola-pola Candlestick

Ada banyak pola-pola candlestick yang berbeza. Di sini kami akan menjelaskan beberapa yang paling popular. Signal-signal yang paling boleh dipercayai muncul di carta harian. Di H4 dan H1, kebolehpercayaannya merudum. Di carta Mingguan dan Bulanan, kebolehpercayaan unjuran am trend meningkat, tetapi kebarangkalian lencongan sementara dari trend meningkat juga, sebagai contoh, kandil-kandil boleh memiliki bayang yang panjang.   

Pola-pola Pengunduran

Pola-pola pengunduran menandakan kebarangkalian tinggi bahawa trend akan berubah arah. Pola-pola ini berguna untuk mengenal pasti titik kemasukan yang mungkin di peringkat awal trend.

Perhatikan bahawa untuk pola-pola pengunduran:

  • Lebih panjang suatu trend, lebih kuat signalnya.
  • Lebih curam suatu trend itu, lebih kuat signalnya.
  • Signalnya lebih kuat jika ia muncul berdekatan aras rintangan/sokongan yang kuat. 
  • Signalnya lebih kuat jika Pola Penyepit sudah terbentuk di sessi dagangan sebelumnya.

Pola-pola Bearish

Pola-pola pengunduran Bearish muncul di penghujung trend menaik.

shooting star.png

Tahi Bintang (Shooting Star). Sebuah pola 1 kandil. Tubuh kandilnya kecil. Bayang atasnya panjang dan sekurang-kurangnya dua kali lebih panjang dari tubuh. Bayang atas yang panjang menggambarkan pasaran telah cuba untuk mencari lokasi rintangan dan bekalan, tetapi gerakan ke atas telah dipatahkan oleh bears. Warna kandilnya tidak penting, tetapi jika ia bearish, signalnya dikira lebih kuat. 

evening star.png

Bintang Malam (Evening Star). Pola 3 kandil. Setelah kandil bullish yang panjang, ada senggang (gap) bullish. Bulls mengawal keadaan, tetapi tidak banyak yang mereka mampu capai. Kandil kedua agak kecil, warnanya tidak penting, dan harga bukanya di atas harga penutup kandil pertama. Kandil bearish ketiga buka di bawah penutup kandil tengah, dan ia melangkaui senggang bullish sebelumnya. Kandil ketiga ini biasanya lebih panjang dari yang pertama.

дожи звездный разворот.png

Bintang Doji Malam (Evening Doji Star). Sebuah pola 3 kandil. Polanya sama dengan Bitang Malam, tetapi dianggap sebagai signal yang lebih kuat kerana kandil tengahnya adalah sebuah Doji.

4.gif

Orang Kena Gantung (Hanging Man). Pola 1 kandil.Mengisyaratkan berakhirnya trend bullish, sebuah puncak atau aras sokongan. Kandilnya mempunyai bawang bawah yang panjang, sekurang-kurangnya 2 kali panjang tubuh. Warna kandilnya tidak penting, bagaimana pun jika ia bearish, signalnya lebih kuat. Ia memerlukan pengesahan lanjut trend akan menjadi bearish. Signal jual dianggap sah bila sebuah candlestick bearish tutup di bawah harga harga buka kandil yang lebih kiri dari pola ini.  

5.png

Awan Mendung Menyelimut Langit (Dark Cloud Cover). Pola 2 kandil. Kandil pertama adalah bullish dan tubuhnya panjang. Kandil kedua harus buka jauh di atas harga penutup pertama, dan tutup di bawah 50% tubuh kandil pertama. Tubuhnya juga harus agak panjang.

bearish engulfing.png

Pola Bearish Mengepung (Bearish Engulfing Pattern). Pola 3 kandil. Kandil pertama adalah bullish. Kandil kedua adalah bearish, di mana harga bukanya lebih tinggi dari harga tertinggi kandil pertama dan harga penutupnya harus lebih rendah dari harga terendah kandil pertama (mengepungnya dengan sepenuhnya). Kekuatan signal adalah sederhana.

bearish harami.png

Harami Bearish (Bearish Harami). Sebuah pola 2 kandil. Tubuh kandil kedua berada terkepung di antara harga buka dan harga tutup kandil pertama dan mempunyai warna yang bertentangan.

bearish cross harami.png

Salib Harami Bearish (Bearish Harami Cross). Sebuah pola 2 kandil sama seperti Harami. Bezanya, kandil terakhir adalah sebuah Doji.

3 crows.png

Tiga Gagak Hitam (Three Black Crows). Sebuah pola 3 kandil. 3 kandil bearish berturut-turut dengan tubuh yang panjang-panjang. Setiap kandil harga bukanya terletak di antara harga buka dan harga tutup kandil sebelumnya, jika di bawah garis tengah tubuh kandil terdahulu dikira lebih afdal. Setiap kandil tutup membentuk harga tutup terendah yang baru, tidak jauh dari harga minimumnya (ekor pendek). Pola ini dianggap sangat boleh dipercayai, tetapi pengesahan berbentuk kandil bearish yang harga tutupnya lebih rendah lagi, atau pembentukan senggang bearish (gap down) adalah disyorkan.

Pola-pola Bullish

Pola-pola pengunduran Bullish muncul di penghujung trend menurun.

молот.png

Tukul (Hammer) . Pola 1 kandil. Boleh ditafsir sebagai isyarat bakal berakhirnya trend bearish, jurang, atau aras sokongan. Kandilnya mempunyai bayang bawah yang panjang, sekurang-kurangnya 2 kali panjang tubuh. Warna tukul tidak menjadi masalah, tetapi jika bearish, signalnya dikira lebih kuat. Ia memerlukan pengesahan lanjut trend akan menjadi bullish. Signal beli dianggap sah bila sebuah candlestick tutup di atas harga buka kandil yang lebih kiri dari tukul.

morning star.png

Bintang Pagi (Morning Star). Sebuah pola 3 kandil. Setelah sebatang kandil bearish yang panjang, ada senggang bearish (gap down). Bears mengawal keadaan, tetapi tidak banyak yang mereka mampu capai. Kandil kedua agak kecil, warnanya tidak penting. Kandil ketiga adalah bullish, harga bukanya membentuk senggang bullish (gap up). Kandil ketiga ini biasanya lebih panjang dari kandil pertama.

покинутый ребенок.png

Bintang Doji Pagi (Morning Doji Star). Sebuah pola 3 kandil. Hampir sama dengan pola sebelum ini, tetapi ramai pedagang menganggapnya signal yang lebih kuat.

forex_candles2_01.png

Tukul Terbalik (Inverted Hammer). Sebuah pola 1 kandil. Kandil ini mempunyai tubuh kecil dan bayang atas yang panjang, sekurang-kurangnya 2 kali lebih panjang dari tubuh. Warna tukul tidak menjadi masalah, tetapi jika bullish, signalnya dikira lebih kuat. Ia memerlukan pengesahan lanjut trend akan menjadi bullish.     

5.png

Garisan Penembusan (Piercing Line). Pola 2 kandil. Kandil pertama panjang dan bearish. Kandil kedua buka dengan senggang bearish (gap down), di bawah penutuh kandil pertama. Ia kandil bullish yang besar, harga tutupnya mengatasi 50% tubuh kandil pertama. Tubuh kedua-dua kandil haruslah cukup panjang. Kekuatan signal adalah sederhana.

Harami Bullish (Bullish Harami). Sebuah pola 2 kandol. Tubuh kandil kedua terletak di antara harga buka dan harga tutup kandil pertama, dan warnanya saling bertentangan.

быч крест харами.png

Salib Harami Bullish (Bullish Harami Cross). Sebuah pola 2 kandil, sama seperti Harami. Bezanya kandil kedua adalah sebatang Doji.

бычье поглощение.png

Pola Bullish Mengepung (Bullish Engulfing Pattern). Pola 2 kandil yang terbentuk di penghujung trend menurun. Kandil kedua adalah bullish, dan buka lebih rendah dari harga minimum kandil pertama, harga penutupnya harus lebih tinggi dari harga maksimum kandil pertama (mengepung dengan sepenuhnya). Kekuatan signal adalah sederhana.

3 white soldiers.png

Tiga Askar Putih (Three white soldiers). Sebuah pola 3 kandil. Ia terdiri dari 3 kandil bullish yang berturutan dengan tubuh yang panjang-panjang. Setiap harga buka setiap kandil adalah di dalam julat tubuh kandil sebelumnya, dikira lebih afdal jika di paras tengah kandil terdahulu atau lebih tinggi. Setiap kandil tutup di harga tertinggi yang baru (new high), dan hampir dengan harga maksimum (sumbu pendek). Pola ini dianggap sangat boleh dipercayai, tetapi pengesahan berbentuk kandil putih yang harga tutupnya lebih tinggi lagi, atau pembentukan senggang bullish (gap up) adalah disyorkan.  

Pola-pola Penerusan

Kebanyakan pola candlestick adalah pola pengunduran, tetapi ada juga trend yang menandakan waktu rehat. Pola-pola penerusan mencadangkan bahawa pasaran akan mengekalkan trend yang sedia ada selepas berehat seketika. Pola-pola ini membantu dalam mengenal pasti titik masuk, memberikan keyakinan untuk terus mengekalkan posisi yang sudah pun dibuka atau untuk menambah lagi posisi baru.

Penerusan sebuah uptrend

1.jpg

Senggang Tasuki Atas (Upside Tasuki Gap). Selepas sebatang kandil putih, terbentuk senggang bullish (gap up) diikuti oleh sebatang lagi kandil bullish. Kandil ketiga buka lebih rendah dan tutup lebih rendah dari kandil tengah. Jika senggang itu tidak ditutup, bulls telah berjaya mengekalkan kawalan dan pedagang boleh buka posisi long. Jika senggang itu tertutup, momentum bullish telah pun berakhir.

2.jpg

Rising Three Methods. Selepas kandil putih yang panjang, terdapat serentet kandil-kandil bearish kecil. Bilangan kandil-kandil pengunduran yang optimum haruslah 3, walaupun ada waktu-waktunya boleh dilihat 2, 4, atau 5 kandil pengunduran. Adalah sangat penting kandil-kandil bearish ini tidak tutup di bawah harga buka kandil bullish yang besar itu. Bayang mereka juga mestilah tidak lebih bawah dari harga buka kandil bullish. Kandil terakhir formasi haruslah buka di dalam julat tubuh kandil pengunduran terakhir dan tutup di atas kandil putih pertama yang besar itu.

3.png

Garis Pemisah (Separating Lines).  Terdapat sebatang kandil bearish yang panjang diikuti oleh sebatang kandil bullish yang harga bukanya sama aras dengan harga buka kandil bearish.

4.png

Mat hold. Selepas kandil putih yang besar ada senggang ke atas, diikuti serentet kandil-kandil bearish. Kandil kedua atau ketiga 'mencelup' ke dalam julat tubuh kandil bullish besar pertama. Kandil terakhir pola ini buka dengan senggang bullish dan ia meneruskan pergerakan menaiknya untuk tutup di atas julat harga kandil-kandil sebelumnya. Ini adalah tempat yang baik untuk menambah posisi. Pola candlestick Mat Hold adalah pola penerusan yang lebih kuat dari Rising Three Methods. Dalam tempoh pemulihan, tidak seperti Rising Three Methods, harga bermain sekitar julat atas kandil putih.

5.png

Three Line Strike (The Fooling Three Soldiers). Selepas 3 kandil bullish (3 White Soldiers), yang menandakan penerusan uptrend, ada sebatang kandil yang harga bukanya lebih tinggi, tetapi ia kemudian mengundur untuk tutup di bawah harga buka kandil bullish pertama. Sentimen pengunduran jangka pendek telah reda, dan uptrend berlangsung semula dari saat ini.

6.png.jpg

Upside Gap Three Method. Sama seperti Upside Taksuki Gap. Pola ini terbentuk di dalam pasaran yang kuat trendnya. Ketika sedang uptrend, senggang terbentuk di antara 2 kandil bullish. Kandil terakhir buka di zon tubuh kandil bullish tengah dan tutup di zon tubuh kandil bullish pertama, menutup senggang di antara 2 kandil bullish tersebut.

Penerusan sebuah downtrend

1.png.jpg

Downside Tasuki Gap. Selepas suatu kandil hitam tutup, terjadi senggang bearish yang menjarakkanya dengan kandil hitam kedua. Kandil seterusnya (yang ketiga) buka lebih tinggi dan tutup lebih tinggi dari kandil kedua. Jika senggang tidak ditutup oleh kandil ketiga, beras telah mengekalkan kawalan dan anda boleh buka posisi short. Jika senggang ditutup, maka momentum bearish sudah tamat.

2.jpg

On Neckline. Pembukaan kandil bearish pertama mengakibatkan senggang bawah dan ia mempunyai tubuh yang panjang. Kandil kedua adalah bullish tetapi hanya mampu mencapai harga rendah kandil sebelumnya, bukan harga penutup.

3.png.jpg

In Neckline. Pola ini sama dengan pola On Neckline, tetapi kandil bullish tutup di harga penutup atau sedikit di atas harga penutup kandil pertama. In Neckline menandakan telah berlaku pembelian untuk mengurangkan sedikit pegangan short (short covering), tetapi tidak berlaku perubahan pada trend. 

4.jpg

Thrusting. Pola ini ada iras-iras pola On Neckline dan In Neckline, namun kandil bullish tutup berdekatan, tetapi di bawah sedikit, aras 50% tubuh hitam.

66.jpg

Falling Three Method. Selepas kandil bearish yang panjang ada antara 2 hingga 5 kandil bullish kecil yang berturutan. Adalah penting bahawa kandil-kandil bullish kecil ini tidak tutup di atas harga buka kandil bearish besar yang pertama. Malah, sumbu-sumbu mereka juga tidak harus melepasi harga buka kandil bearish. Kandil terakhir formasi ini harus buka di zon tubuh kandil bullish terakhir dan tutup di lebih rendah dari harga tutup kandil hitam pertama.

Berita terkini

Dagangkan dolar AS ketika pengumuman ekonomi

Paras Jualan Runcit dan Jualan Runcit Teras AS dijadual akan diumumkan pada 14 Disember, 15:30 waktu MT.

Peluang menarik untuk dagangkan EUR

Bank Pusat Eropah (ECB) akan mengadakan sidang media pada 15:30 waktu MT pada 13 Disember.

Dagangkan USD ketika pengumuman penting

Amerika Syarikat akan mengumumkan perubahan Penggajian Bukan Perladangan, juga dikenali sebagai Non-Farm Payrolls (NFP), pada 15:30 waktu MT, 7 Disember.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera