Purata bergerak (MA)

Purata bergerak (MA)

Purata bergerak (MA) adalah indikator yang paling popular digunakan untuk mengenal pasti arah trend di dalam pasaran Forex. Ia memberikan ukuran yang mutlak untuk garis sokongan dan rintangan kerana ia boleh dikira secara matematik dengan kejituan yang tinggi. Purata bergerak cenderung untuk menyaring hingar bingar dalam data pasaran dengan melicinkan lembah dan puncak di garisan harga. MA memudahkan kita mengenal pasti dan merajah trend terselindung di carta.

Ada beberapa jenis MA yang berbeza. MA Ringkas adalah yang paling lazim, menunjukkan purata harga sepanjang suatu jangka masa. Bagaimana pun ia ada kekurangannya. Ia adalah sebuah indikator yang lamban (lagging) dan cenderung untuk mengekori di belakang harga semasa. Jadi, apabila harga berubah sangat pantas, sifat lamban ini boleh membawa mudarat besar dan kosnya sangatlah besar. MA Berwajaran cuba untuk mengurangkan kesan lamban ini dengan membolehkan penekanan diberi ke atas harga terkini dan justeru membenarkan MA bertindak balas lebih pantas ke atas perubahan harga. Selain itu, terdapat juga MA Eksponen (EMA) yang mana, seperti MA Berwajaran, ia memberikan lebih penekanan pada harga semasa pasaran berbanding aksi harga sebelumnya.

Pedagang gemar menggunakan MA 200, 100, 50 dan 20. MA 200 membantu analisis trend jangka panjang, di mana MA 20 lebih efektif untuk analisis jangka pendek pergerakan harga. Jika harga pasaran menyilang dengan garisan MA 200 dari bawah ke atas, pandangan teknikal untuk pasangan tersebut adalah 'bullish'. Jika harga menembus ke bawah MA 200, ada penyongsangan trend sedang berlaku.

Bila harga menembusi ke atas garisan MA, itu adalah isyarat 'bullish'. Sebaliknya, jika harga menembus ke bahagian bawah garisan MA, itu adalah signal 'bearish'. Jika MA jangka pendek menyilang ke atas MA jangka panjang (contoh: MA 20 bangkit dan tembus ke atas MA 50) ia adalah signal bullish. Jika MA jangka pendek menyilang ke bahagian bawah MA jangka panjang dari atas ke bawah, itu adalah signal 'bearish'.

Popular

Mesyuarat & Sidang Akhbar Bank Inggeris (BoE)

Mesyuarat Bank Inggeris sentiasa menjadi pendorong kuat pound British. Mesyuarat pada 14:00, 2 November nanti tidak terkecuali.

KDNK Cina & Pengeluaran Perindustrian

Penarafan Global S&P baru-baru ini telah menurunkan penarafan kredit kerajaan China. Kesannya, pasaran akan memberi tumpuan khusus kepada penerbitan data utama China – KDNK dan pengeluaran industri. Data ini akan diterbitkan pada 05:00 waktu MT 19 Oktober. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi