Teori Bill Williams

Teori Bill Williams

Bill Williams adalah pedagang Amerika yang terkenal dengan pendekatan beliau berkenaan pasaran yang menggabungkan psikologi berdagang dan teori huru-hara (chaos theory). Williams telah membangunkan beberapa indikator teknikal (Accelerator/Decelerator Oscillator, Alligator, Awesome Oscillator, Fractals, Gator Oscillator, dan Market Facilitation Index). Anda boleh menemui indikator-indikator ini di dalam MetaTrader (klik "Insert", pilih "Indicators" dan kemudian "Bill Williams").

Bill Williams berpendapat analisis fundamental dan teknikal tidak memadai untuk berdagang dengan baik kerana ia tidak membolehkan para pedagang melihat pasaran sebenar yang bergelora, non-linear dan huru-hara.

Menurut Williams, pasaran mempunyai strukturnya sendiri. Untuk berjaya, seseorang pedagang perlu memahami struktur ini. Struktur pasaran mempunyai 5 dimensi:

  • - Fraktal (Fractals)
  • - Momentum
  • - Pecutan dan Nyah Pencutan (Acceleration/Deceleration)
  • - Zon
  • - Garisan Keseimbangan (Balance Line)

Williams mengatakan bahawa adalah perlu untuk memahami semua dimensi pasaran.

Pasaran mempunyai struktur fraktal. Ini bererti ia terbina dari bentuk-bentuk yang boleh dicerakinkan kepada salinan-salinan bentuk ini yang lebih kecil. Sebarang keputusan yang dibuat oleh seseorang pedagang adalah fraktal perilaku (behavioral fractal). Untuk berdagang dengan menguntungkan, seseorang itu perlu mengenal pasti fraktal perilaku ramai pedagang. Ini akan membolehkan pedagang tersebut mengunjurkan arah gerakan pasaran.

Para pedagang harus fikirkan tentang pasaran sebagai sesuatu yang negatif. Williams menakrifkan kehuru-haraan (chaos) sebagai satu aturan di darjah yang lebih tinggi yang ditadbir bukan oleh sebab dan akibat tetapi oleh kerawakan. Pasaran mematuhi hukum "jalan termudah" (path of least resistance) yang ditakrifkan oleh suatu struktur yang tersembunyi, sebagaimana aliran sungai bergantung kepada struktur di dasar sungai. Pedagang harus menerokai dan menemukan struktur pasaran dan berdagang sejajar dengannya.

Tambahan lagi, pedagang perlu mengetahui "struktur dasarnya sendiri", i.e. rutin dan tabiat harian yang menentukan pendekatan perdagangan beliau, tingkah laku, reaksi terhadap sebarang pergerakan di pasaran.

Sasaran seorang pedagang adalah untuk menggabungkan pengetahuan tentang struktur pasaran dengan pemahaman tentang dirinya sendiri. Bill Williams telah menamakan pendekatan beliau “profitunity”. Menurut pendapat beliau, adalah penting untuk seseorang itu berhenti dari meragui diri sendiri dan nikmati sahaja perdagangan beliau. Secara asasnya, Williams mencadangkan agar anda kekal tenang dan maju terus ke hadapan: berdagang, belajar, timba pengalaman, dan buat duit. Bersedialah untuk mengetahui cara-cara menggunakan indikator-indikator yang dibangunkan oleh Bill Williams untuk mengaut keuntungan!

Berita terkini

NZ: Jangkaan inflasi jatuh yang merisaukan RBNZ

Penurunan jangkaan inflasi New Zealand agak membimbangkan RBNZ dan akibatnya, mereka kini menjangkakan pemotongan OCR esok…

Australia: Peningkatan kecil dalam keadaan dan keyakinan perniagaan

Keadaan perniagaan Australia mencatatkan peningkatan yang kecil pada bulan Oktober, mencecah paras tertinggi 3 bulan +3…

Keputusan kadar oleh RBNZ: risiko penurunan untuk kiwi

Bank RIzab New Zealand akan mengumumkan penyata dasar monetari dan kadar faedah mereka pada 3:00 MT, 13 November.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera