Transaksi, keuntungan, kerugian. Jenis-jenis pesanan

Transaksi, keuntungan, kerugian. Jenis-jenis pesanan

Keputusan untuk membeli atau menjual sesuatu pasangan matawang bergantung kepada jangkaan anda tentang harga di masa hadapan. Jika anda fikirkan EUR/USD akan menguat, anda akan membeli pasangan tersebut, atau dalam lain perkataan anda akan membuka posisi "long" bagi pasangan ini. Jika anda fikir bahawa EUR/USD akan jatuh, anda jual pasangan tersebut atau, dalam bahasa pedagang, buka posisi 'short' di pasangan ini. Setelah sekian masa berlalu dan harga EUR/USD berubah, anda tutup posisi dan dapatkan keuntungan jika perubahan harga sejajar dengan jangkaan anda. Jika harga bergerak menyongsang arah, anda menanggung kerugian bagi transaksi ini.

Untuk melaksana operasi-operasi ini, anda perlu membuat pesanan – memberikan arahan khusus kepada broker melalui terminal perdagangan. Ada beberapa jenis pesanan yang berlainan, yang utama adalah: pesanan pasaran (market orders), pesanan tertangguh (pending order), pesanan ambilan untung (take profit order) dan pesanan renti rugi (stop loss order). Mari kita lihat apakah fungsi-fungsinya.

Pesanan pasaran (market orders) beli dan jual - direka agar pembukaan posisi adalah pada harga semasa pasaran. Posisi tersebut akan dibuka sejurus selepas anda membuat pesanan. Pesanan tertangguh, sebaliknya, membolehkan anda menetapkan harga masuk lebih awal. Dalam kes ini, dagangan akan dibuka secara automatik apabila aras harga yang anda pilih dicecah, jadi anda tidak perlu berada di hadapan monitor ketika itu terjadi.

Jika anda fikirkan harga sesuatu pasangan matawang akan meningkat dan kemudiannya berpatah balik, letakkan "Sell Limit" di atas harga semasa. Jika anda menjangkakan pasangan matawang akan melemah dan kemudian berpatah balik ke atas, pasang "Buy Limit" di bawah harga semasa. Jika anda fikir pasaran akan semakin galak menjual apabila harga menembus ke bawah paras tertentu, letakkan "Sell Stop" di bawah harga semasa. Jika anda menjangkakan pasaran semakin galak membeli apabila harga menembus ke atas paras tertentu, pasang "Buy Stop" di atas harga semasa.

Untuk menutup posisi yang keuntungan, gunakan pesanan jenis Ambilan Untung ("Take Profit"). Untuk menutup posisi yang kerugian, gunakan pesanan jenis Renti Rugi ("Stop Loss"). Sebagai contoh, anda memasukkan pesanan Renti Rugi 50 pip dari titik masuk posisi. Sebaik sahaja pasaran bergerak 50 pip bertentangan jangkaan anda, pesanan Renti Rugi anda akan terlaksana secara automatik melindungi anda dari menanggung kerugian yang lebih besar.

Popular

Iklim Perniagaan Ifo Jerman

Iklim perdagangan Ifo Jerman adalah indikator utama sentimen ekonomi-ekonomi peneraju di zon euro. 

Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

CPI UK

UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi