Trend

Trend

Salah satu andaian dalam analisis teknikal adalah bahawasanya harga bergerak dalam trend. Mari kita selami lebih mendalam tentang trend.Trend adalah arah am pergerakan harga suatu aset di pasaran. Jika anda lihat carta mana-mana instrumen kewangan, anda akan lihat harga tidak pernah bergerak dalam garisan lurus, tetapi ia terdiri daripada satu siri harga-harga tinggi dan rendah. Harga juga sering mempunyai kecenderungan naik ke atas atau turun ke bawah.

Ada tiga jenis trend:

Uptrend (trend bullish) dibentuk oleh satu siri harga-harga tinggi yang lebih tinggi (higher highs) dan harga-harga rendah yang lebih tinggi (higher lows) (harga-harga semakin menaik). Anda boleh katakan bahawa ada uptrend yang terbentuk bila ada garisan sokongan yang jelas, yang menyambungkan sekurang-kurangnya dua harga trendah dan ia menjadi kekangan bagi pergerakan harga ke bawah. Penembusan ke bawah garisan ini menandakan trend melemah atau berlakunya penyongsangan trend.

12.jpg

  • Downtrend (trend bearish) diklasifikasikan sebagai satu siri harga-harga rendah yang lebih rendah (lower lows) dan harga-harga tinggi yang lebih rendah (lower highs) (harga-harga bergerak semakin rendah). Downtrend boleh diisytihar telah berlaku jika ada garisan rintangan yang jelas, yang menghubungkan sekurang-kurangnya dua harga tinggi dan mengekang pergerakan harga ke atas. Penembusan ke atas dari garisan ini memberikan isyarat bahawa trend melemah atau berlakunya penyongsangan trend.

11.jpg

  • Trend mendatar (horizontal, rata) – tiada trend yang terbentuk jelas ke mana-mana arah.

13.jpg

Dari segi panjang tempoh, trend boleh dikelaskan seperti berikut:

  • Jangka panjang (6 bulan – 2.5 tahun) – trend besar yang boleh dikesan di carta-carta mingguan atau bulanan. Ia terbentuk dari beberapa trend jangka sederhana dan trend jangka pendek yang sering bergerak bertentangan dengan arah pergerakan trend besar.
  • Jangka Sederhana (1 minggu – beberapa bulan) lebih baik dilihat di carta-carta harian dan H4.
  • Jangka pendek (kurang dari seminggu) lebih baik dilihat di carta-carta jam dan minit. 

Setiap trend terdiri dari pergerakan-pergerakan dalam arah trend ini, yang diselang oleh gerakan-gerakan melawan trend (counter-trend moves) yang dipanggil "pengunduran" (retracements) atau "pembetulan" (corrections). Trend dijangka berterusan sehinggalah penyongsangan berlaku dan arah trend berubah.Satu kata-kata yang popular di kalangan para pedagang ialah "A trend is your friend". Idea di sebalik kata-kata ini adalah pedagang boleh mengaut keuntungan lumayan dengan mengikut trend, iaitu berdagang dalam sehaluan dengan arah trend (beli bila uptrend, jual bila downtrend).Demi untuk menentukan trend yang manakah yang ada di pasaran, para pedagang melukiskan garisan trend dan menggunakan indikator teknikal.Garisan trend adalah satu garisan yang dilukis melintasi aras pivot tinggi dan pivot rendah pada carta harga untuk menunjukkan arah harga seterusnya. Bila garisan itu menyambungkan puncak dan lembah harga yang sudah pun terbentuk, ia boleh diekstrapolasikan (diunjurkan, disambung, diteruskan) ke kanan carta harga semasa. Kita mengandaikan bahawa garisan ini akan menjadi halangan bagi harga di masa akan datang.

14.jpg

Di dalam gambar di atas, anda boleh lihat garisan trend dilukis melintasi harga rendah dan harga rendah yang lebih tinggi di suatu uptrend. Harga menghormati garisan trend untuk seketika, meneruskan pergerakan menaik. Kemudian ia bolos ke bawah garisan trend. Ini petanda bahawa uptrend telah tamat dan pasaran menyongsang ke bawah. Para pedagang yang telah membuka urusniaga beli sewaktu uptrend, kini menutup posisi mereka dan membuka urusniaga jual pula.

Berita terkini

Pres AS. Trump: Kami akan memperoleh kemenangan luar biasa dalam pilihan raya

Dalam sidang media White House terbaru, Presiden AS Donald Trump menunjukkan keyakinan terhadap kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden yang akan datang, yang dijadualkan pada 03 November…

Kato Jepun: Tidak ragu-ragu mengenai rangsangan ekonomi tambahan jika diperlukan

Pemerintah tidak akan teragak-agak untuk menggunakan langkah-langkah ekonomi tambahan sekiranya diperlukan, kata Ketua Setiausaha Kabinet Jepun yang baru, Kato dalam taklimat harian pada hari Isnin…

Jabatan Kehakiman AS meminta hakim untuk membenarkan Pemerintah melarang WeChat dari "apps store"

Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat awal memerintahkan hakim persekutuan San Francisco untuk membenarkan pemerintah melarang Apple Inc dan Google daripada menawarkan WeChat untuk dimuat turun di "Apps Store" sementara menunggu rayuan, lapor Reuters, memetik…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera