Apakah Perisian Yang Anda Perlukan Untuk Berdagang?

Memilih platform perdagangan yang berkesan menjadi salah satu daripada tugas utama pedagang. Ketahui lebih lanjut tentang MetaTrader 4, 5 dan FBS Trader serta perbezaannya.

Artikel ini memberikan tinjauan umum tentang alat perdagangan teknikal untuk pasaran Forex. Ia juga menjawab persoalan yang biasa diajukan tentang platform perdagangan dan menyediakan pandangan tentang alat teknikal yang paling penting yang akan anda temui dalam penerokaan perdagangan anda.

Tujuan Menggunakan Platform Perdagangan

Platform perdagangan adalah jambatan komunikasi utama di antara anda dan broker anda. Dalam bahasa mudahnya, takkan ada perdagangan forex tanpa platform perdagangan, dan ia digunakan untuk semua perkara yang berkenaan dengan perdagangan. Bagaimanapun, antara tujuannya yang paling popular ialah:

  • Analisis dan berurusniaga. Platform perdagangan biasanya digunakan untuk menganalisis dan berdagang instrumen kewangan, seperti Forex, logam, kripto, saham dan komoditi. Platform-platform ini menyediakan pelbagai alat kepada pedagang, seperti indikator teknikal, alat pencartaan dan suapan berita untuk membantu anda berdagang.
  • Strategi perdagangan, video dan kandungan-kandungan lain disediakan untuk membantu anda meluaskan pengetahuan perdagangan anda. Cara terbaik untuk menjadi pedagang yang berjaya adalah dengan memahami pasaran dengan lebih baik berbanding orang biasa. Disinilah pentingnya ilmu pengetahuan.
  • Pengurusan risiko. Ringkasnya, dengan menggunakan platform perdagangan, anda boleh menetapkan pesanan Renti Rugi dan Ambilan Untung, yang membantu untuk meminimumkan kerugian dan melindungi keuntungan. Tambahan pula, sesetengah platform menawarkan kawalan margin dan leveraj, yang boleh membantu pedagang menguruskan dedahan risiko mereka secara keseluruhan.
  • Perdagangan Automatik: Sesetengah platform perdagangan boleh mengautomasikan perdagangan dengan menggunakan expert advisor (EA) dan robot perdagangan. Ini boleh membantu pedagang untuk memperkemas strategi perdagangan mereka dan menjimatkan masa untuk aktiviti lain.
  • Suapan berita dan kalendar ekonomi. Mudah bukan apabila semuanya berada di satu tempat? Meletakkan kalendar ekonomi ke dalam platform perdagangan adalah cara terbaik untuk pedagang membuat keputusan dengan lebih pantas.

Bagaimana Hendak Memilih Platform Perdagangan Yang Betul

Berikut adalah beberapa faktor penting yang boleh membantu anda memilih platform perdagangan yang sesuai.

Ketersediaan

Ketersediaan merujuk pada kebolehcapaian platform perdagangan tersebut. Adalah penting untuk memastikan bahawa platform tersebut tersedia 24/7 dan mempunyai masa henti yang minimum supaya anda boleh mengaksesnya pada bila-bila masa sahaja apabila anda perlu melaksanakan perdagangan. Jika terdapat masalah teknikal, platform perdagangan tersebut sepatutnya mempunyai sistem khidmat pelanggan yang boleh diakses dengan mudah dan boleh menyelesaikan masalah secepat mungkin.

Keandalan

Keandalan juga merupakan satu faktor penting dalam pemilihan platform perdagangan. Anda perlu memastikan bahawa platform tersebut selamat dan maklumat peribadi dan perdagangan anda dilindungi. Selain itu, platform tersebut juga harus mempunyai rekod prestasi yang kukuh dan telus tentang operasi dan dasarnya. Ini boleh membantu membina kepercayaan dan keyakinan terhadap platform tersebut dan perdagangan yang dilaksanakan menggunakannya.

Kefungsian

Ia merupakan aspek penting dalam platform perdagangan kerana mempunyai kesan secara langsung kepada keupayaan anda untuk melaksanakan perdagangan yang menguntungkan. Platform tersebut perlu mempunyai antara muka yang mesra pengguna dan menawarkan pelbagai alat serta fungsi bagi membantu anda membuat keputusan berdasarkan maklumat. Ini termasuk alat carta, data pasaran masa nyata dan pelbagai jenis pesanan. Selain itu, ia sepatutnya menyediakan pengalaman perdagangan yang lancar dan cekap, membolehkan anda melaksanakan perdagangan dengan cepat dan berkesan.

Perisian Dan Alat Forex Untuk Berdagang

Segalanya yang anda perlukan untuk berdagang matawang adalah akses internet dan perisian untuk berdagang. Terdapat beberapa pilihan yang tersedia: dapatkan perisian yang dibangunkan oleh broker yang terpilih atau gunakan platform perdagangan MetaTrader yang terkenal di seluruh dunia.

FBS Trader

FBS Trader ialah platform perdagangan daripada FBS, sebuah broker perdagangan global. Perdagangan adalah kecintaan kami, dan kami mahu menjadikan FBS Trader platform yang terhebat untuk pedagang. Pada aplikasi ini, anda boleh menemui kalendar ekonomi, pertukaran mudah antara akaun, beratus-ratus instrumen perdagangan dan banyak lagi, semuanya dalam satu antara muka yang mesra pengguna. FBS Trader adalah platform perdagangan matawang kripto terbaik kerana anda boleh bertukar antara akaun dengan mudah secara terus dalam aplikasi.

Real Account.png

Dalam aplikasi ini, anda boleh mengurus kewangan anda dengan mudah melalui halaman Kewangan. Deposit dan pengeluaran juga dilakukan di sini! Perdagangan kripto tersedia 24/7 manakala pasaran Forex pula dibuka 24/5, dan aplikasi ini mempunyai masa gendala yang minimum. Alat pengurusan risiko juga ada di sini. Dengan FBS Trader, anda boleh berdagang di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Aplikasi ini tersedia untuk dimuat turun melalui App Store dan Google Play.

MetaTrader

Platform perdagangan untuk Forex dipanggil MetaTrader 4 dan 5 (juga disebut MT4 dan MT5). Ia adalah platform perdagangan forex terbaik. Anda boleh memuat turun platform ini dengan mudah dari laman web rasminya atau pergi ke halaman kami untuk membaca lebih lanjut mengenai pelbagai pilihan platform perdagangan. Anda juga boleh menonton video tutorial mengenai cara-cara memuat turun, memasang dan log masuk ke MetaTrader untuk berkerja menerusi broker kegemaran anda.

Sebagai broker, FBS menawarkan alat Forex yang hebat untuk berdagang, termasuk MT4 dan MT5 untuk peranti mudah alih. Aplikasi mudah alih untuk Android ini sangat mudah untuk digunakan tetapi adalah platform perdagangan yang berkuasa. Ia memberi akses kepada instrumen perdagangan paling popular terus dari poket anda.

Platform perdagangan adalah tempat di mana pedagang boleh membuat wang secara dalam talian. Anda akan menggunakannya untuk melihat dan menganalisis carta harga instrumen kewangan dan membuat urusniaga anda. Anda boleh lihat contoh tetingkap terminal di bawah.

Tetingkap terminal perdagangan

MT4 vs. MT5

Salah satu soalan yang sering ditanya dalam kalangan pedagang pemula ialah MetaTrader yang mana satu harus dipilih – versi ke-4 atau ke-5?

Ramai yang berfikir bahawa MT5 hanyalah MT4 yang dikemaskini, tetapi itu sebenarnya tidak benar. MT4 direka khas untuk perdagangan Forex dan CFD manakala MT5 memberi pedagang akses kepada instrumen-instrumen ini dan juga saham. MetaTrader 5, secara keseluruhan, menawarkan lebih banyak instrumen.

Mari kita bandingkan dua versi platform perdagangan ini untuk melihat perbezaannya.

MT5 menawarkan lebih banyak rangka masa.

Sebagai contoh, ada 11 jenis carta minit dan 7 rangka masa jam. Secara keseluruhan, MetaTrader 5 mempunyai 21 rangka masa, sementara MetaTrader 4 pula hanya mempunyai 9.

Jika anda suka menganalisis dan berdagang di beberapa rangka masa, MT5 adalah pilihan yang tepat untuk anda.

MT5 mempunyai bilangan jenis pesanan tertangguh (pending orders) yang lebih banyak.

MT4 mempunyai 4 jenis pending order: Buy Limit, Buy Stop, Sell Limit dan Sell Stop. Pada MT5 ada tambahan 2 jenis lagi: buy stop-limit dan sell stop-limit.

Kedua-dua versi MetaTrader menampilkan banyak alat analisis.

MetaTrader 4 mempunyai 30 indikator yang terbina dalam, lebih dari 2 000 indikator "custom" percuma dan 700 indikator berbayar, serta 24 objek analisis.

MT5 menawarkan 38 indikator teknikal dan 44 objek grafik. Anda juga boleh memuat turun indikator tambahan.

Tidak seperti MT4, MT5 mempunyai kalendar ekonomi yang terbina dalam yang boleh anda akses dengan mudah.

Lindung nilai (hedging) dibenarkan di kedua-dua terminal. Kedua-dua versi platform menyokong penggunaan Expert Advisors (robot perdagangan EA) dan indikator teknikal.

Secara keseluruhan, MetaTrader 4 ialah perisian yang lebih ringkas untuk berdagang. Ia bagus untuk pemula dan pedagang yang ingin memberi tumpuan kepada pasaran Forex dengan antaramukanya yang agak ringkas. Anda juga boleh mengautomasikan perdagangan anda menggunakan expert advisor (EA) dan robot perdagangan. MT4 ialah penyelesaian terbaik untuk perdagangan algo disebabkan popularitinya.

MetaTrader 5 pula, sebaliknya, adalah pilihan yang terbaik untuk pedagang yang memerlukan analisis yang mendalam dan pilihan instrumen perdagangan yang lebih meluas.

Soalan tentang platform perdagangan

Bagaimana Cara Untuk Saya Cari Platform Perdagangan Yang Terbaik Untuk Forex?

Untuk mencari platform perdagangan terbaik untuk Forex, anda boleh menyelidik platform yang berbeza, membaca ulasan dan membandingkan ciri-ciri, yuran dan keselamatan platform tersebut. Anda juga boleh mendapatkan cadangan daripada pedagang Forex yang berpengalaman.

Bolehkah Perisian Untuk Perdagangan Menjana Keuntungan?

Perisian untuk perdagangan boleh menyediakan analisis dan sokongan pasaran, tetapi ia tidak dapat menjamin keuntungan. Kejayaan perdagangan bergantung kepada beberapa faktor, seperti keadaan pasaran, strategi, dan disiplin peribadi.

Apakah Perisian Yang Digunakan Pedagang?

Pedagang menggunakan pelbagai perisian, antaranya termasuklah MetaTrader 4, 5, dan FBS Trader. Pilihan perisian bergantung pada matlamat perdagangan individu, keutamaan, dan jenis perdagangan.

Bolehkah Saya Menggunakan Platform Perdagangan Secara Percuma?

Platform perdagangan paling popular, MetaTrader 4 dan 5, adalah percuma. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli EA (Expert Advisor) dan tambahan lain untuk platform anda. FBS Trader adalah percuma sepenuhnya dan akan kekal percuma.

Kesimpulan

Kesimpulannya, platform perdagangan adalah alat penting untuk pedagang kerana ia menyediakan akses kepada instrumen kewangan dan berfungsi sebagai jambatan komunikasi antara pedagang dan broker. Platform perdagangan yang baik harus mempunyai alat analisis, pendidikan perdagangan, pilihan pengurusan risiko, suapan berita dan kalendar ekonomi.

Kami menganggap ketersediaan, keandalan dan kefungsian sebagai faktor utama dalam membuat keputusan bagi pemilihan platform. Kesimpulannya, platform yang betul bergantung kepada keperluan dan keutamaan pedagang itu sendiri, dan kedua-dua FBS Trader dan MetaTrader menawarkan pilihan yang sangat baik untuk semua keperluan perdagangan anda.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Berita terkini

EMAS Dijangka Akan Mendaki Sementara, Dijangka Sambung Penerjunan!

Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…

Yen Tersungkur kepada Paling Rendah Sejak 1990 , Betul Ke Ni?

Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…

XAU/USD Berundur Selepas Menguji $2,200, Mana Arah Tuju USD?

Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera