CME Group akan melancarkan niaga hadapan Bitcoin

CME Group akan melancarkan niaga hadapan Bitcoin

Bitcoin telah mencapai paras tertinggi di atas $7,300 di bursa BitStamp yang berpangkalan di Luxembourg Jumaat lalu. Asset ini meningkat nilainya sebanyak 7 kali sejak permulaan tahun. 
Matawang kripto ini melonjak pada minggu ini apabila CME Group, operator tukaran derivatif terbesar di dunia, mengumumkan rancangannya untuk melancarkan niaga hadapan bitcoin pada penghujung 2017. Pengumuman begini mengejutkan kerana baru sebulan lalu CEO organisasi tersebut, Terrence Duffy, mengatakan baahwa beliau tidak dapat melihat mereka akan menyenaraikan niaga hadapan bitcoin dalam masa yang terdekat. Menurut Duffy, permintaan tinggi untuk aset berasaskan bitcoin adalah sebab mengapa operator itu mengubah fikiran mereka.  
CME Group mengikuti jejak satu lagi operator bursa lain, CBOE Global Markets, yang mengisytiharkan niatnya untuk menlancarkan opsyen bitcoin dan sekarang menanti kelulusan dari Commodity Futures Trading Commission (CFTC), yang mana CME Group juga akan perlu dapatkan. 
Swap dan opsyen Bitcoin sudah pun didagangkan di LedgerX, sebuah platform perdagangan matawang kripto, yang baru-baru ini telah didaftarkan di CFTC sebagai pusat penjelasan untuk penyelesaian kontrak derivatif matawang-matawang digital.
Tindakan CBOE Global Markets dan CME Group memberikan lebih kredibiliti kepada bitcoin. Penerimaan rasmi matawang kripto walaupun perlahan tetapi meningkat dengan pasti sekali. 
Sangat jelas sekali bahawa Wall Street menyimpan minat terhadap bitcoin. Niaga hadapan bitcoin didagangkan di CME Group akan membawa merit yang bukan kepalang kepada pemain aktif pasaran. Pertama sekali, ia akan menjadi lebih mudah untuk bertaruh pada kejatuhan harga matawang kripto itu. Para pedagang akan boleh menggunakan strategi-strategi yang neutral pasaran dan mengamalkan perdagangan frekuensi tinggi. Sebagai tambahan, profesional yang sebelum ini tidak mahu terlibat dengan bitcoin kerana bursa yang tidak dikawal selia dan menyangsikan, kini akhirnya boleh menyertai pasaran. Dengan lebih banyak pilihan terhidang, bitcoin tentu akan menjadi lebih popular. 
Satu lagi rangsangan ampuh untuk kumpulan pelabur yang lebih besar agar terlibat dengan bitcoin akan muncul jika US Securities and Exchange Commission (SEC) bersikap lebih mesra terhadap bitcoin. Setakat ini, ini belum lagi menjadi nyata. Pada bulan Mac, SEC menolak sebuah ETF bitcoin yang diusulkan oleh adik-beradik Winklevoss. Kelulusan SEC adalah perlu untuk menjadikan bitcoin lebih diterima di pasaran yang matang dan memberikannya peluang untuk mengamir dengan sistem kewangan global. 
Masalah terbesar tampaknya kerana pasaran bitcoin tidak dikawal selia. Tindakan CME Group dianggap satu langkah penting buat bitcoin, tetapi perjalanan masih jauh sebelum matawang kripto boleh menarik khalayak pelabur-pelabur tradisional.    

Serupa

Jualan Runcit AS

Perubahan pada jualan runcit adalah salah satu indikator ekonomi paling penting untuk ekonomi AS dan USD.

Berita terkini

Penyata kadar RBNZ

Selepas Parti Buruh memenangi pilihanraya New Zealand di bulan September, mungkin akan ada beberapa perubahan pada Bank Rizab New Zealand. Bakal perdana menteri negara itu, Jacinda Ardern, pernah menyebut tentang rancangan untuk mereformasikan akta bank pusat. 

nzd
Mesyuarat ECB

Para pedagang tidak sabar menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada 26 Oktober. Badan kawal selia itu akan menerbitkan keputusan dasar kewangannya pada 14:45 waktu MT. President ECB, Mario Draghi, akan mengadakan sidang akhbar pada 15:30 waktu MT. 

eur
CPI UK

UK akan menerbitkan angka-angka CPI pada 11:30 waktu MT 17 Oktober.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera