TESLA, PFIZER, APPLE: perkembangan terkini di pasaran saham

TESLA, PFIZER, APPLE: perkembangan terkini di pasaran saham

Pharma: tiga peserta perlumbaan

Musim panas kali ini menyaksikan harga saham Moderna melonjak dari $55 di bulan Jun kepada $95 di bulan Julai hanya untuk kembali ke harga yang sama, $55. Dalam masa yang sama, Pfizer gagal membolosi rintangan $39 yang telah mengekang gerakannya sejak dari peringkat permulaan krisis koronavirus lagi. Pada masa ini, ia didagangkan kurang dari $36. Pesaing ketiga dalam perlumbaan menghasilkan vaksin adalah Novavax, yang jatuh dari $187 di bulan Ogos ke paras di bawah $87 pada masa ini.

Seperti yang anda boleh lihat, ketiga-tiga saham ini mengalami lonjakan harga yang serupa di pertengahan musim panas dan kemudian merudum ke paras sekarang. Mengapa? Unjuran jualan yang tidak jelas. Oleh kerana pembangunan vaksin di Moderna, Pfizer, dan Novavax semakin menghampiri peringkat akhir, syarikat-syarikat ini sedar bahawa bukan sahaja mereka akan bersaing dengan satu sama lain, tetapi bahkan dengan kontraktor-kontraktor yang lebih kecil juga. Selain dari itu, tidak ada di antara mereka yang pasti jika tekanan politik akan berhenti dari cuba memberikan kelebihan kepada mana-mana satu vaksin bila ia dibenarkan untuk konsumsi masyarakat awam. Justeru, biar pun syarikat yang pertama menerima kelulusan untuk vaksinnya akan menikmati lonjakan harga saham, keterujaan bulls mungkin akan dikekang oleh saingan dari vaksin-vaksin lain. Namun siapakah syarikat tersebut? Ikuti berita dari kami.

1.png

Kenderaan elektrik: padang kini lebih meriah

Tesla telah memecahkan saham mereka baru-baru ini, jadi kita tidak akan melihat lagi harga seperti $1500 – buat masa ini. Selain dari itu, kejatuhan sektor teknologi S&P baru-baru ini membuatkannya merosot dari $500 ke julat semasa $330-340. Biarpun syarikat terkenal yang ditubuhkan oleh Elon Musk ini cuba mendorong jualan Cybertruck mereka, pesaing-pesaing mereka tampak seperti sedang bersatu untuk melawan semula.

General Motor baru-baru ini mengumumkan bahawa ia sedang memperoleh saham bernilai $2 juta dalam sebuah start-up kenderaan elektrik, Nicola (ya, benar biar pun ironis – Nicola Tesla). Itu membuatkan saham mereka melonjak dari sekitar $20 ke paras $33 sekarang ini – dalam perkataan lain, membuatkannya pulih sepenuhnya ke paras pra-virus. Itu satu tindakan yang amat membantu untuk saham ini kerana ia sudah beberapa tahun tidak berada di dalam trajektori berkembang. Adakah Tesla akan mampu bertahan dengan kehadiran pesaing ini? Kita akan menyaksikannya tidak lama lagi.

2.png

Peranti: Apple kesayangan ramai

Bila sektor teknologi S&P menjunam baru-baru ini, Apple jatuh dari $138 ke sekitar $112. Kemerosotan yang tidak pernah dilihat tetapi agak lunak untuk industri berkenaan. Malahan, ia tampak lebih seperti pembetulan harga lantaran dari hype yang tidak munasabah dari harga di atas $130 yang menggayatkan kembali uptrend normal yang telah terbentuk sejak Mac.

Malahan, 15 September akan menyaksikan satu lagi acara taklimat tahunan dari Apple. Jika pengumuman produk-produk baru mengatasi jangkaan pasaran dengan ketara, harga saham boleh naik kembali. Untuk itu, biarlah harga tenang kembali untuk seketika dan mari kita lihat apa yang Apple akan sampaikan – ada kemungkinan besar kita akan melihat $138 dilanggar tidak lama lagi.

3.png

Rancangan anda sekarang: belajar, cuba, berdagang

Sejajar dengan pemerhatian-pemerhatian ini, kami cuba untuk terus memaklumkan perkembangan terkini kepada anda dengan analitik terkini, serta memberikan anda fundamental-fundamental dan pelbagai strategi perdagangan. Juga berikan perhatian kepada spesifikasi setiap saham – anda boleh temui semua maklumat tersebut di laman spesifikasi.

                                                                                                  LOG MASUK

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera