Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan perolehan?

Bagaimana cara-cara berdagang dengan laporan perolehan?

Musim perolehan (earning seasons) menawarkan peluang unik untuk para pedagang. Sekarang adalah masanya di mana syarikat-syarikat terbesar Amerika Syarikat menerbitkan laporan perolehan mereka bagi suku tahun sebelum ini. Harga boleh melonjak atau jatuh sehingga 10 peratus selepas terbitan ini, jadi para pedagang mampu meraih keuntungan dalam masa yang sangat singkat.

Yang bagusnya, perolehan tidak hanya mempengaruhi harga saham tetapi juga meningkatkan kemeruwapan pada pasangan matawang. Kesannya, keseluruhan pasaran kewangan bergelora dan waktu ini ideal sekali untuk berdagang.

Adakah anda berminat? Di bawah, anda akan menemui lebih banyak maklumat tentang berdagang sewaktu pelaporan perolehan.

Tahukah anda bahawa anda boleh dagangkan saham syarikat-syarikat terbesar dunia dengan FBS? Buka sebuah akaun MT5 di dalam Laman Peribadi anda, muat turun terminal perdagangan dan raih manfaat dari musim perolehan di AS!

shutterstock_1222079767.png

Ada 4 musim perolehan setahun, setiap satunya berlangsung selama beberapa minggu. Pendapatan diumumkan pada bulan kalendar selepas suatu suku tahun (Januari, April, Julai, Oktober). Inilah masanya di mana anda harus memeriksa kalendar perolehan untuk tahu bila anda boleh berdagang.

Teori untuk berdagang sempena perolehan syarikat sangat mudah sekali:

  • Jika laporan kewangan (tahunan atau suku tahunan) menunjukkan peningkatan pada jualan atau keuntungan, ia menarik minat pelabur. Permintaan terhadap saham syarikat ini meningkat dan harganya juga akan naik.
  • Jika syarikat ini mengumumkan bahawa keuntungannya menurun, sahamnya akan jatuh selepas pengumuman.

Rahsia berdagang sempena laporan perolehan

Anda mungkin mendapati terdapat banyak yang sama antara berdagang ketika perolehan syarikat dilaporkan dan berdagang ketika berita dari kalendar ekonomi Forex.

Penganalisa membuat unjuran mereka tentang angka-angka yang dijangkakan beberapa minggu sebelum musim perolehan bermula. Biasanya, mereka mengunjurkan perolehan per saham (EPS, earning per share) dan penghasilan. Maklumat ini boleh didapati dari laman web FBS sebelum pengumuman perolehan. Selepas unjuran diterbitkan, harga akan bergerak berdasarkan unjuran ini dan jangkaan pelabur. Jika unjuran bagus, harga saham menaik. Jika unjuran buruk, harga akan menurun.

Screenshot_5.png

Tip 1. Jika anda mahu membuat analisis yang lebih mendalam tentang laporan suatu syarikat untuk meningkatkan keberuntungan anda, periksa laman web syarikat yang sahamnya anda mahu dagangkan. Untuk akses yang pantas, google "[nama syarikat] investor relations" dan anda akan mendapat masa yang tepat bagi pengumuman perolehan, laporan sebelum-sebelum ini, dan laporan sebenar yang lengkap sebaik sahaja ia terbit.

Perkara yang paling menarik bermula bila laporan perolehan diterbitkan. Elemen kejutan sangat penting: lebih besar perbezaan antara bacaan sebenar dan unjuran, lebih besar pergerakan di pasaran. Sebagai tambahan, senario yang dipanggil "buy the rumour, sell the fact" boleh terjadi: harga boleh jatuh walaupun angka-angka yang terbit adalah kuat jika pasaran sudah pun "priced in" hasil yang positif, dan para pelabur yang telah membeli saham sebelum pengumuman mula menjualnya selepas itu.

Facebook.png  

Berikut adalah contoh bagaimana harga bergerak ketika perolehan dilaporkan. Saham Facebook jatuh sekitar 25% pada 25 Julai 2018. Pendapatan syarikat mengecewakan ($13.23 bilion vs. $13.36 bilion berdasarkan anggaran konsesus Thomson Reuters) dan bilangan pengguna aktif global setiap hari lebih rendah dari yang dijangkakan (1.47 bilion vs. 1.49 bilion, menurut anggaran StreetAccount dan FactSet). Perhatikan saham ini terus-menerus naik sebelum pengumuman lagi dan akhir sudah terlebih beli (overbought).

Para pedagang yang bijak memberikan perhatian bukan hanya pada EPS dan hasil syarikat tetapi menganalisa gambaran yang lebih besar. Berikut adalah lifehacks yang akan membantu anda berdagang atas perolehan dengan berjaya.

  1. Lihat bagaimana saham didagangkan sewaktu beberapa minggu terakhir. Bandingkan dinamik harga dengan unjuran penganalisa pada kalendar pendapatan. Jika harga naik terlalu tinggi, anda boleh bersiap sedia untuk menjual saham bila berita keluar. Jika harga jatuh terlalu rendah, anda boleh bersedia untuk membeli.
  2. Lihat bagaimana pasaran bertindak balas selepas pengumuman sebelumnya. Setiap saham mempunyai karakter unik yang tersendiri, dan anda boleh mendapatkan wawasan berharga dengan mengkaji sejarahnya.
  3. Lihat pada RSI. Indikator teknikal ini menunjukkan sama ada pasaran sudah terlebih beli atau terlebih jual. Jika RSI tinggi, saham ini sudah terlebih beli dan boleh turun walau apa pun yang berlaku. Perkara sebaliknya benar jika RSI terlalu rendah. Saham yang terlebih jual dianggap menarik untuk dibeli.
  4. Baca artikel media. Jika semua orang obses dengan suatu syarikat dan menjangkakan keuntungan yang besar gadang, harga saham berkebarangkalian terlalu tinggi dan terdedah kepada risiko selloff (jualan besar-besaran). Jika semua orang marah dengan suatu syarikat, sahamnya boleh terkurang nilai (undervalued).

Tip 2. Berita dari syarikat-syarikat besar mempunyai impak besar terhadap keseluruhan pasaran saham Amerika. Jadi jika saham Microsoft atau Amazon melonjak, S&P 500 cenderung untuk naik juga. Sebagai tambahan, saham boleh mempengaruhi kadar tukaran USD juga. Kenaikan harga saham boleh meningkatkan permintaan untuk greenback kerana pelabur akan menantikan Rizab Persekutuan menaikkan kadar atau menggalakkan selera risiko dan permintaan untuk matawang yang lebih menguntungkan seperti AUD dan NZD. Reaksi pasaran Forex akan bergantung kepada dorongan terkini USD.

Sebagai kesimpulan, jika unjuran perolehan ternyata benar, harga suatu saham akan cenderung berpatah balik di dalam arah yang berlawanan berbanding dengan dinamiknya di dua minggu yang terakhir. Jika angka sebenar overshoot/undershoot unjuran dengan jurang yang besar, pasaran yang overbought/oversold akan melakukan pembetulan ke atas jika kejutan adalah positif, dan ke bawah jika data mengecewakan.

Berikut adalah tarikh beberapa laporan perolehan paling mengujakan bagi tahun 2019:

Amazon.com Inc. - 31 Januari, 27 Julai, 10 Oktober

Facebook Inc. - 30 Januari, 24 Julai, 30 Oktober

Alphabet Inc. - 4 Februari, 24 Julai, 26 Oktober

Pfizer Inc. - 29 Januari, 30 Julai, 29 Oktober

Visa Inc. - 30 Januari, 26 Julai, 31 Oktober

Sekarang anda sudah siap untuk membuat duit di musim perolehan! Pastikan anda sudah siapkan MT5 dan mula merancang dagangan anda!

 

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera