Bagaimana cara meramal kadar tukaran?

Bagaimana cara meramal kadar tukaran?

2023-04-03 • Dikemaskini

Waktu untuk beraksi! Anda telah mempelajari cara-cara membuka dan menutup pesanan di MetaTrader. Kini anda sudah bersedia untuk berdagang di pasaran Forex. Tetapi bagaimanakah caranya untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan – beli atau jual? Apakah soalan ini ada jawapannya?

Ya, ada! Anda beli suatu matawang jika anda fikir kadar harganya akan meningkat di masa hadapan dan anda menjualnya jika anda meramalkan harganya akan turun. 

Untuk membuat ramalan seperti ini, anda perlu lihat pada dua perkara – carta di MetaTrader dan kalendar ekonomi. Di bawah anda akan menemui panduan pantas tentang bagaimana anda boleh menganalisa pasaran Forex dan berdagang dengan menguntungkan. 

Bagaimana cara membuat wang dengan bantuan analisis fundamental? 

Analisis fundamental bukanlah bermaksud anda perlu anda perlu melakukan kerja yang berat dan sukar. Fundamental bermaksud 'ekonomi' semata-mata. Jika ekonomi sedang baik-baik sahaja, jika tiada apa-apa perkara lain yang berubah, maka nilai matawang akan meningkat. 

Untuk membuat unjuran (ramalan) tentang nilai masa hadapan EUR berbanding USD, kita perlu membandingkan ekonomi-ekonomi zon euro dan Amerika Syarikat, yang mana yang lebih makmur ketika ini matawangnya akan menguat. Sebagai contoh, bayangkan ekonomi Eropah meningkat 0.5%, bila mana ekonomi AS meningkat sebanyak 2% dalam tempoh yang sama. Jelas sekali, AS lebih kuat, jadi pedagang akan menjangkakan EUR akan merosot berbanding USD. Untuk membuat wang dari kemerosotan ini, mereka akan menjual EUR/USD. 

Setiap hari, negara-negara kuasa besar ekonomi dunia menerbitkan siaran statistik ekonomi mereka. Anda boleh menemui kalendar siaran ini, angka-angka ramalan untuknya, dan juga angka-angka sebenar di dalam kalendar ekonomi. Jika anda kerap menyemaknya, anda akan mendapat banyak idea-idea perdagangan yang bagus. 

st1.png

Jom, kita lihat sendiri! Pada 23 Mei 2018, satu indikator British telah diumum di bawah angka yang diunjurkan, sementara angka yang sama untuk Amerika Syarikat baik-baik sahaja. Kesannya, GBP/USD telah merosot hari itu. Jika anda buka dagangan jual (sell trade) hari itu, anda pasti sudah mendapat wang yang banyak! 

Bagaimana cara membuat wang dengan analisis teknikal

Analisis teknikal juga sebenarnya ringkas, tidak seperti namanya. Ia tidak memerlukan pengetahuan matematik atau fizik mekanikal. Apa yang anda perlu tahu adalah bagaimana untuk melukis garisan dan memantau indikator-indikator – sama seperti mana anda memantau speedometer kereta anda.

Prinsip utama di sini, anda perlu membeli pada aras rendah dan jual di aras tinggi. Seperkara lagi, "a trend is your friend". Trend dikata terbentuk bila graf di carta sedang bergerak dalam satu arah – naik atau turun – untuk suatu masa yang agak lama. Para pedagang akan membeli ketika uptrend (trend menaik) dan menjual ketika downtrend (trend menurun). Uptrend adalah situasi bila mana harga terus menerus membentuk harga rendah yang lebih tinggi dan harga tinggi yang lebih tinggi. Downtrend pula adalah situasi di mana harga membentuk jujukan harga tinggi yang lebih rendah dan harga rendah yang lebih rendah. Di bawah, anda boleh lihat contoh downtrend. 

st2.png

Perhatikan, pedagang biasanya menyambung titik-titik tinggi dan rendah menggunakan apa yang dipanggil garisan trend seperti yang telah kami lakukan di gambar ini. Anda boleh melihat bahawa ia adalah downtrend bila anda sambung dua titik tinggi dengan satu garisan menurun (titik 1 dan 2). Analisis teknikal membolehkan anda menjangkakan seandainya harga seterusnya mencecah garisan ini (titik 3), ia akan berpatah balik ke bawah dan anda boleh menjual pada waktu itu. Anda boleh tutup dagangan anda pada titik 4 dan 5. 

Ini hanyalah salah satu teknik yang anda boleh gunakan. Untuk mendapatkan lebih banyak pilihan, dipersilakan lihat tutorial-tutorial kami. 

Analisis jenis yang bagaimana yang harus digunakan? 

Satu soalan yang sering ditanya, bilakah fundamental harus digunakan, dan bila pula untuk analisis teknikal. Sebahagian pedagang bersempena berita ekonomi sahaja, manakala sebahagian lagi berasa mereka hanya perlukan carta harga untuk berjaya. Kedua-dua jenis analisis mempunyai kelebihan masing-masing. Terdapat juga peluang untuk memanfaatkan kelebihan dari kedua-dua kaedah tersebut: pilih untuk beli atau jual dengan bantuan analisis ekonomi dan kemudian tentukan tahap optimal untuk masuk berdagang dengan perkakas teknikal MetaTrader. Cara sebegini menggandakan peluang anda untuk mengaut keuntungan!  

Baca lebih lanjut

Serupa

Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex
Definisi dan Contoh Pelan Perdagangan Forex

Perdagangan mempunyai beberapa tahap kerumitan, bermula daripada yang paling mudah, seperti membeli dan menjual aset rawak, sehinggalah kepada yang lebih komprehensif, dengan pengurusan risiko, masa, dan objektif yang disengajakan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera