Bagaimana menggabungkan berdagang dengan kehidupan anda?

Bagaimana menggabungkan berdagang dengan kehidupan anda?

Jika anda mempertimbangkan untuk menjadikan berdagang sebagai kerjaya anda, anda perlu bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran. Ramai pedagang tidak mampu menangani tekanan psikologi lalu melakukan perkara-perkara yang menjuruskan diri mereka ke arah kegagalan sejak dari permulaan lagi. Seperti mana-mana kerja sambilan atau bidang keusahawanan, kunci kejayaan dalam perdagangan adalah kejujuran dengan diri sendiri. Tidak ramai orang yang sebenarnya bersedia untuk berkerja sendiri.

Mari kita mulakan dengan sebab-sebab mengapa menjadi pedagang sepenuh masa tampak sukar.

  • • Kemandirian. Walaupun untuk sesetengah orang ia jelas satu kelebihan, bagi yang lain ia satu perkara yang berat. Anda perlu mempunyai perancangan, menyusun dan menstruktur kerja-kerja anda, dan juga keyakinan yang kuat. Perkara yang paling sukar adalah mengatasi sikap bertangguh. Bila tiada siapa yang mengawal anda, anda mudah mengelak dari melakukan perkara-perkara yang penting dan beralih kepada hal-hal yang membuang masa.

    • Sifat bertanggungjawab. Menjadi seorang pedagang memerlukan tanggungjawab penuh anda untuk segalanya yang berlaku. Anda perlu mengawal minda dan tindakan anda.

    • Pengurusan masa. Setiap kerja sambilan (freelancer) atau usahawan memerlukan anda mencari titik keseimbangan antara kerja dan masa senggang. Berdagang tidak terkecuali. Namun, ia sebenarnya memerlukan banyak masa kerana anda perlu banyak mengkaji dan belajar. Sebaik sahaja anda membuka satu-satu posisi, anda perlu terus berkerja untuk keseluruhan hari, minggu atau malah bulan.

    • Pendapatan anda bergantung kepada anda sendiri semata-mata. Anda boleh berehat seketika bila makan gaji kerana anda tahu di hujung bulan anda akan menerima sejumlah wang. Namun, bila berdagang itu adalah tugas sepenuh masa anda yang perlu anda fokus dan sentiasa awas.

    • Keterbatasan hubungan sosial. Ini sangat benar, berdagang adalah kerja yang sepi kerana anda tidak berkerja untuk sebuah syarikat atau mempunyai "rakan sekerja".

    • Anda tidak mempunyai impak ke atas orang lain. Jika anda berkerja seorang diri sepanjang hari ia tidak memberikan kesan ke atas sesiapa atau apa-apa benda melainkan poket anda sendiri.

    • Kesan dari satu perdagangan yang berjaya. Ada masanya satu dagangan yang cemerlang membuatkan anda buta dan ia mempengaruhi tidak tanduk anda. Anda harus sentiasa beringat dengan kebarangkalian boleh kerugian.

Senarai ini mungkin agak memurungkan, namun ini tidak bermakna anda perlu berhenti berdagang. Jika berdagang sepenuh masa adalah sukar untuk anda, buat masa ini, anda boleh perbaiki hidup anda menerusi pilihan-pilihan lain.

• Berdagang secara sambilan. Anda boleh gabungkan kerjaya anda dengan berdagang sebagai pendapatan tambahan. Ia akan memberikan anda situasi menang-menang: anda tidak perlu takut dibuang kerja, dalam masa yang sama anda tidak akan begitu terkesan sebagai seorang pedagang.

• Berdagang dan berniaga sendiri. Berdagang juga sesuai untuk pemilik bisnes. Tentu sekali, anda akan berhadapan dengan ketidaktentuan di peringkat awal. Namun jika anda berjaya mempelbagaikan pendapatan anda dengan mempunyai dua aliran masuk tunai, pendekatan keseluruhan anda akan jadi semakin baik. Berdagang sebagai projek sampingan akan membolehkan anda mengimbangi prioriti anda.

• Berdagang dan projek hobi. Sebagi satu pilihan, jika anda mendapat wang dari hobi anda, anda boleh gabungkannya dengan berdagang. Berdagang juga boleh jadi projek hobi anda. Bayangkan asyiknya mempunyai 2 hobi!

Dengan berdagang hanya sebagai aktiviti sambilan, ia membolehkan anda jadi lebih puas dan fokus. Seperti yang anda boleh lihat sendiri, sama ada berdagang sepenuh masa atau secara sambilan, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Anda boleh pilih yang lebih sesuai untuk anda dan mulakan berdagang bila-bila yang anda mahu.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera