Berdagang dengan pengumuman NFP

Berdagang dengan pengumuman NFP

Pengenalan

Aras perubahan penggajian bukan perladangan (non-farm employment change), juga dikenali sebagai non-farm payrolls atau NFP adalah salah satu indikator yang paling popular di kalendar ekonomi. Para pedagang dan pelabur meletakkannya setaraf dari segi kepentingan dengan mesyuarat dasar monetari dan ucapan oleh ketua bank-bank pusat. Indikator ini membuatkan pasaran sangat meruwap, dan anda boleh membina strategi yang menguntungkan berasaskannya. Penganalisis FBS akan menjelaskan kepada anda apakah strategi yang lebih sesuai untuk berdagang dengan NFP.

Apakah itu NFP dan bilakah ia diumumkan?

NFP adalah perubahan bilangan orang yang berperkerjaan sepanjang bulan sebelumnya, tidak termasuk mereka yang berkerja di industri perladangan. Lebih ramai orang yang digajikan, lebih baik keadaan ekonomi. Jika ekonomi berkembang, syarikat menggajikan lebih ramai orang. Bila orang ramai mempunyai pekerjaan dan kestabilan, mereka mula membelanjakan lebihan pendapatan dan justerus ia membantu ekonomi. Sebaliknya, keadaan ekonomi yang tidak sihat mendorong syarikat-syarikat untuk menggajikan kurang pekerja dan malah memecat sebahagian darinya. Justeru, rakyat kehilangan sumber pendapatan dan mula mengurangkan perbelanjaan. Ia mengurangkan perbelanjaan konsumer secara keseluruhan, dan kesannya ekonomi akan memperlahan.

Kesan dari itu, indikator ini berperanan sebagai asas kepada keputusan kadar oleh Rizab Persekutuan di masa hadapan. Paras tinggi bagi indikator ini meningkatkan kebarangkalian lebih banyak kenaikan kadar di masa hadapan. Sebaliknya, penurunan angka NFP meningkatkan kebimbangan tentang pelembapan ekonomi dan mengurangkan bilangan unjuran kenaikan kadar oleh Fed.

Angka NFP AS biasanya diumumkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan bersama-sama dengan angka purata pendapatan per jam dan kadar pengangguran. Anda boleh semak jadual pengumuman seterusnya di kalendar ekonomi.

111.png

Apakah yang patut didagangkan?

Oleh kerana NFP adalah indikator Amerika, ia pastinya memberikan kesan kepada dolar AS. Sesetengah penganalisis mencadangkan untuk memilih sama ada GBP/USD atau EUR/USD untuk berdagang. Bagaimana pun, EUR/USD cenderung untuk menjadi lebih meruwap ketika pengumuman ini.

Berdagang sebelum NFP diumumkan

Oleh kerana ia adalah cara yang amat dinantikan oleh semua, kita boleh melihat kemeruwapan reda sebelum NFP diterbitkan. Adalah disyorkan untuk tidak memasuki pasaran di jam-jam awal waktu perdagangan hari Jumaat, kerana anda mungkin akan terjebak dengan perubahan kemeruwapan yang mendadak.

Screenshot_10.png

Strategi berdagang jangka pendek dengan NFP

Untuk strategi jenis ini, kami menggunakan carta 5 minit. Mari kita lihat langkah-langkah berikut.

Langkah 1: 30 minit sebelum NFP diumum, buka carta dan cari harga tinggi tertinggi (highest high) dan harga rendah terendah (lowest low) bagi tempoh 4 jam terakhir.

Langkah 2: Letakkan dua pesanan tertangguh (pending orders) di kedua-dua sisi: pesanan tertangguh beli di sekurang-kurangnya 5-10 pip di atas harga tinggi tertinggi dan pesanan tertangguh jual 5-10 pip di bawah harga rendah terendah di julat tersebut.

Langkah 3: Pasang renti rugi di kedua-dua sisi: renti rugi anda untuk posisi long akan menjadi pesanan tertangguh sell, begitu juga sebaliknya.

Langkah 4: Tunggu berita disiarkan dan ia akan mengaktifkan salah satu pesanan tertangguh anda. Jangan lupa untuk batalkan pesanan tertangguh yang satu lagi.

Langkah 5: Adalah disyorkan untuk menetapkan sasaran harga dengan saiz yang sama dengan jarak antara harga tinggi dan rendah. Anda boleh menggunakan formula ini untuk menentukan sasaran:

Pesanan beli + (harga tinggi sebelum pengumuman - harga terendah sebelum pengumuman)

Pesanan jual - (harga tinggi sebelum pengumuman - harga terendah sebelum pengumuman)

Langkah 7: Nikmati keuntungan

Contoh

Pada carta 5 minit EUR/USD, kami telah menetapkan harga tinggi (high) pada 1.1384 dan harga rendah (low) pada 1.1362. Kami telah membuka pesanan tertangguh beli pada 1.1389 dan pesanan tertangguh jual pada 1.1357. Kemudian kami telah meletakkan renti rugi: renti rugi bagi posisi long adalah pada 1.1357, renti rugi bagi posisi short adalah pada 1.1389. Selepas pengumuman, kami lihat ada candlestick bullish yang besar, yang menunjukkan kekuatan bulls. Kami telah meletakkan ambilan untung pada 1.1411 dan membatalkan pesanan short. Selepas itu, harga mula menyusut. Kami telah mendapat +22 pip.

Untitled.png

Kesimpulan

Strategi yang dijelaskan di atas membolehkan anda memaksimumkan keuntungan anda dan mengurangkan risiko sewaktu kemeruwapan meningkat. Ia akan membantu anda dagangkan EUR/USD dengan lebih mudah ketika pengumuman NFP.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera