Berdagang sewaktu cuti Krismas

Berdagang sewaktu cuti Krismas

Oleh kerana cuti Krismas sudah hampir, soalan yang paling kuat bermain di minda setiap pedagang: apakah mungkin untuk berdagang sewaktu cuti panjang begini? Jawab FBS: ya, ia boleh dilakukan! Anda hanya perlu tahu beberapa tip dan anda boleh buat wang tatkala orang lain sedang berehat

shutterstock_1209180940.png

Tip #1 – Jangan remehkan kesan "hujung tahun"

Jika anda berdagang untuk suatu tempoh yang lama, anda pasti perasan bagaimana matawang cenderung jatuh pada satu-satu masa tertentu dan meningkat di waktu-waktu yang lain. Ini dipanggil sebagai kecenderungan bermusim forex (seasonal forex tendency). Sesetengah penganalisis mengulas tentang kesan "hujung tahun" kerana ia pola bermusim utama yang anda harus berikan perhatian. Satu contoh kesan "hujung tahun" adalah perubahan harga dolar pada bulan Disember dan Januari. USD cenderung untuk jatuh pada penghujung tahun, kemudian mulai pulih pada Januari-Febuari. Ini berlaku kerana Disember biasanya tarikh akhir untuk percukaian dan laporan kewangan. Juga, mereka yang memegang posisi yang sedang kerugian cuba untuk menutupnya sebelum Disember berakhir dan kemudian pada awal Januari mereka akan membuka posisi yang baru. Kami mencadangkan anda mengambil kira kecenderungan ini bila merancang dagangan anda di minggu-minggu terakhir suatu tahun dan berhati-hati dengan wang anda.

Tip #2 – Nilaikan semula renti rugi dan ambilan untung.

Kemeruwapan biasanya sangat rendah sewaktu cuti Krismas dan Tahun Baru, kerana itulah anda perlu membuat penilaian semula bagi setup renti rugi dan ambilan untung anda. Sebagai contoh, jika anda biasanya memasang ambilan untung 100 pip dari pesanan anda, mungkin lebih baik jika anda untuk memilih sasaran 70 hingga 80 pip sahaja.

Tip #3 – Cuba dagangkan dolar Kanada

Menurut sesetengah penganalisis, USD/CAD cenderung untuk lebih meruwap berbanding pasangan matawang lain sewaktu cuti Krismas. Kesannya, ia boleh memberikan anda peluang untuk berdagang.

Tip #4 – Scalping, jika boleh

Oleh kerana cuti Krismas dan Tahun Baru adalah panjang, perdagangan di Forex sangat terhad. Ia boleh memberikan kaki scalping suasana yang stabil untuk berdagang.

Tip #5 – Semak kalendar

Ketika minggu terakhir suatu tahun, tidak ada banyak acara di kalendar ekonomi. Tambahan lagi, pasaran Forex ditutup pada 25 Disember dan 1 Januari. Untuk mengecilkan risiko, mungkin lebih baik anda tutup posisi pada tarikh-tarikh ini. Anda boleh cari waktu kerja yang lebih konkrit di pasaran Forex dan FBS di seksyen Berita syarikat di laman kami.

Kesimpulan

Anda mungkin pernah terdengar bahawa hujung tahun terkenal seabgai waktu yang tidak begitu menarik untuk berdagang. Namun, jika anda lebih berhati-hati dan memberikan perhatian kepada karakterisitik tertentu pasaran di waktu itu, pastinya anda akan berjaya.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera