Cara-cara berdagang sebelum berita

Cara-cara berdagang sebelum berita

Bila membaca artikel atau berita fundamental, anda mungkin ada terjumpa ayat seperti "Jika CPI AS lebih besar dari yang diramalkan, USD akan meningkat". Adakah ia semudah yang dibaca? Tentu sekali tidak. Ada beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk berdagang dengan jayanya. Kami akan bantu anda memahaminya.

Pernahkah anda terdengar ayat “buy the rumor, sell the fact”?, Ia ayat yang lazim di dunia perdagangan, selazim “trend is your friend”. Ideanya mudah: seseorang pedagang itu harus memberikan perhatian kepada sentimen pasaran dan berdagang selari dengan arahnya. Justeru, jika anda mahu berdagang sempena berita, anda harus fahami mood pasaran. Jika pasaran melihat pasaran dari perspektif yang optimistik, harganya akan meningkat. Jika unjuran tidak memberansangkan, para pedagang akan membuka posisi short.

Bilakan masa yang betul untuk berdagang sempena berita?

Di sini kami harus nyatakan suatu perkara yang penting: sentimen pasaran sudah mulai bangkit sebelum pengumuman berita lagi. Bila membaca ayat seperti, "jika data adalah lebih baik, matawang itu akan meningkat", anda mungkin berfikir lebih baik jika anda tunggu sehingga berita disiar baru anda buka posisi. Namun, ia mungkin satu kesilapan. Seringkali, adalah berbaloi kalau membuka posisi sehari sebelum pengumuman. Kerana itulah anda perlu membaca sentimen pasaran.

Tetapi, bagaimanakah mungkin? Begini, pasaran dibentuk boleh berbilion-bilion pedagang. Mereka membuat keputusan untuk membeli atau menjual, untuk melabur atau keluar dari dagangan mengikut jangkaan apa yang akan terjadi kepada harga. Sasaran kita adalah untuk beli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi. Dalam bahasa yang mudah, jika semua orang menjangkakan berita yang baik datang dari Eropah, mereka akan membeli Euro sebelum berita disiarkan, di waktu harga masih lagi rendah dengan harapan dapat menjualnya pada harga lebih tinggi selepas peristiwa yang positif itu terjadi. Semua ini logik, benar?

Jadi apa yang anda harus lakukan? Penyelesaiannya mudah, anda perlu beri perhatian kepada analisis fundamental. Jika kami bercakap tentang data ekonomi, anda harus semak kalendar ekonomi dan lihat pada angka unjuran. Jika anda lihat unjuran lebih tinggi dari data sebelumnya, pertimbangkan untuk membeli matawang itu. Begitu juga sebaliknya, seandainya unjuran adalah negatif, fikirkan untuk menjual matawang tersebut. Semak rangka masa H1 dan lihat sama ada ada sebarang trend jangka pendek selari dengan unjuran ekonomi yang tersenarai di kalendar. Jika trend sebegitu wujud, anda boleh berdagang sebelum peristiwa sebenar. Dengan cara ini anda akan boleh berdagang sempena sentimen pasaran.

 

sentiment1.jpg

Pengumuman sebenar

Jika anda berdagang sebelum acara tersebut, adalah lebih bijak untuk tutup posisi anda sebelum pengumuman sebenar atas 2 sebab. Yang pertama, jika pengumuman adalah seperti yang dijangkakan, para pedagang mungkin akan “sell the fact", atau dalam perkataan lain, menutup posisi yang mereka telah buka sebelum berita. Proses mengambil untung besar-besaran ini akan menjurus kepada kejatuhan kadar tukaran walaupun pengumuman adalah positif. Ini boleh terjadi jika pengumuman ini sudah pun "priced in" (kesan berita sudah pun diambil kira dalam penentuan harga yang dirasakan patut, jadi asset tidak bertindakbalas kepada keputusan itu).

Anda boleh lihat banyak contoh dari mesyuarat-mesyuarat bank-bank pusat. Jika pasaran mengantisipasikan kenaikan kadar, matawang akan meningkat harganya sebelum bank pusat mengumumkan keputusannya lagi. Bila keputusan sudah pun priced-in, ada kebarangkalian bahawa matawang itu akan jatuh selepas pengumuman kerana para pedagang yang telah mengantisipasikan kenaikan kadar akan mula menjual.

Yang kedua, indikator ekonomi sentiasa mampu mengecewakan. Kesannya, pedagang yang sudah pun membuat taruhan pada keputusan yang baik akan menjual dengan pantas dan harga akan menjunam. Jika anda berdagang sebelum acara, anda tidak perlu risaukan tentang risiko-risiko ini.

Pertimbangan yang sama menjadikannya berisiko untuk masuk ke pasaran sebaik selepas berita diumumkan kerana pasaran boleh meruap dan bergerak tidak seperti yang anda jangkakan.

Ingat bahawa anda boleh sentiasa membaca analisis di fbs.com. Pakar-pakar kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk mengumpulkan maklumat tentang ekonomi-ekonomi dunia supaya anda boleh membuat pertimbangan yang akan membawa kepada perdagangan yang menguntungkan.

Contoh

Mari kita pertimbangkan beberapa contoh. Data Daftar Gaji Bukan Perladangan (NFP, Non-Farm Payrolls, salah satu indikator statistik paling berpengaruh) mempunyai impak yang besar ke atas USD. Pada 3 Ogos, 2018, data NFP diterbitkan. Unjurannya adalah negatif, tetapi data sebenar ternyata lebih buruk dari yang diunjurkan. Kesannya, kenaikan 3 hari telah tergencat. USD telah kehilangan beberapa point hari tersebut dan pada hari berikutnya telah meneruskan peningkatannya semula.

usd rumors.png

Berita-berita yang sudah priced-in.

Bank Inggeris (English: Bank of England) telah menaikkan kadar faedah pada 2 Ogos tetapi ia tidak menyokong GBP. Tambahan lagi, selepas pengumuman, pasangan GBP/USD menjunam. Pertama sekali, pasaran sudah menjangkakan kenaikan kadar. Kedua, adalah penting untuk mengetahui jika ada faktor penting lain yang perlu diambil kira dalam pertimbangan. Ketika menantikan pengumuman berita, anda harus semak sentimen pasaran secara am. Berita penting seperti peningkatan perang dagang, rundingan Brexit, boleh memberikan kesan yang lebih besar terhadap harga berbanding dengan pengumuman data ekonomi. Kerana itulah pound British tidak meningkat sebelum pengumuman dan malah jatuh selepas pengumumannya.

GBPUSDDailyrumors.png

Tip

Jika anda mahu pelajari cara-cara untuk meningkatkan keuntungan anda ketika berita, anda harus ikut peraturan-peraturan berikut:

1. Sentiasa mengetahui perkembangan terkini acara-acara dan pengumuman ekonomi yang akan berlaku.

2. Tingkatkan pemahaman anda tentang sentimen pasaran dengan menyemak pengumuman ekonomi terkini dan reaksi pasaran berkenaannya.

3 Pelajari korelasi antara pelbagai berita (contohnya, bagaimana jualan runcit boleh mempengaruhi KDNK, PPI, CPI, dsb.; jika jualan runcit meningkat melebihi unjuran pasaran, kita boleh mengharapkan pengumuman KDNK yang kuat).

Sebagai kesimpulan, bolehlah kami katakan bahawa perkara paling penting yang setiap pedagang harus ingat bila mahu berdagang sempena berita adalah untuk "catch the market sentiment" dan berdagang sebelum acara berita berlangsung.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera