Cara-cara menggunakan media sosial untuk berdagang dengan sukses

Cara-cara menggunakan media sosial untuk berdagang dengan sukses

2023-04-03 • Dikemaskini

Pasaran Forex masih lagi merupakan pasaran yang paling popular di kalangan para pelabur dan pedagang. Kepopularannya telah meningkat hasil daripada pendedahan menerusi internet. Kehadiran broker-broker dan pedagang di pelbagai rangkaian sosial menyumbang kepada penerimaan terhadap Forex. Bagaimana pun, tidak semua orang mengetahui cara-cara menggunakan sumber-sumber ini untuk perdagangan mereka. Mari kita pelajari cara-cara menggunakan rangkaian sosial seperti Telegram, LinkedIn, Facebook, YouTube, dan Twitter dengan cara yang paling efisien jika anda seorang pedagang.

shutterstock_365700155.png

Telegram 

https://t.me/fbsanalytics

Telegram dianggap sebagai salah satu sumber yang paling sesuai untuk mengikuti analitik Forex. Ada banyak saluran (channels) yang menyediakan signal perdagangan harian. Sebagai contoh, FBS memberikan signal yang terkini dengan kerap di waktu pagi. Tambahan lagi, sumber maklumat ini digunakan untuk mengumumkan peristiwa-peristiwa yang paling penting dan pergerakan pasangan-pasangan matawang utama. Selain dari itu, adalah mudah untuk mengunakan bot untuk mencipta undian dan berkongsi pautan kepada sumber lain termasuk bahan-bahan pendidikan.

Kelebihan:

- ia kerap dikemaskini;

- Terdapat banyak konten;

- Pilihan yang luas unutk sumber maklumat;

- Maklumat pendek yang instan;

- Menjimatkan masa;

- Konten yang mudah;

Kekurangan:

- Tiada interaksi dengan pedagang/broker lain.

Facebook

https://www.facebook.com/FBSanalytics/

Rangkaian sosial terbesar di internet ini juga berfungsi sebagai sumber yang hebat untuk maklumat berguna bagi para pedagang Forex. Banyak syarikat menggunakannya untuk menerbitkan berita, signal perdagangan, dan pelbagai maklumat yang diperlukan. Sebagai contoh, di laman analitik FBS kami, kami membekalkan signal perdagangan harian, bahan-bahan pendidikan, tips, video mingguan, mempromosikan webinar dan menerbitkan topik-topik hangat. Namun, platform ini cenderung menjadi tempat orang-orang berhubung untuk tujuan peribadi, jadi ia tidak begitu menarik untuk para pedagang Forex.

Kelebihan:

- Khalayak yang besar;

- Bilangan konten yang pelbagai dan banyak;

- Komen-komen;

- Soalan secara peribadi kepada penganalisis.

Kekurangan:

- Secara keseluruhannya ia rangkaian sosial untuk hubungan peribadi;

- Susah untuk mengikuti apa-apa data.

YouTube

https://www.youtube.com/c/FBSAnalytics

Kemaskini terkini YouTube menjadikannya tempat yang sempurna untuk mengikuti pelan perdagangan dan video dari penganalisis kegemaran anda. Anda boleh menerima notifikasi di telefon anda dengan melanggan saluran analitikal. Tambahan lagi, ia sumber yang baik untuk bahan-bahan pembelajaran

Kelebihan:

- Sukar untuk anda terlepas dari mengikuti analitik terbaru dari saluran yang anda langgan;

- Konten video.

Kelemahan:

- Tiada material bertulis.

Twitter

https://twitter.com/FBSAnalytics

Rangkaian sosial ini boleh dinamakan sebagai sumber kemeruwapan untuk pasaran Forex yang sentiasa berubah. Tweets dari para presiden dan badan kawal selia kewangan utama, serta nasihat dari otai-otai perdagangan boleh menyebabkan turun naik pada pasangan matawang utama.

Kelebihan:

- Kemaskini yang pantas dan berita instan;

- Komuniti enthusiasts yang berkembang;

- Boleh digunakan sebagai sumber untuk day trading.

Kekurangan:

- Ada banyak bahan-bahan scam dan spam;

- Perlu tapis maklumat

CopyTrade

https://fbs.com/trading/copytrade

Kami rasa perlu kami nyatakan di sini perkembangan terkini di dunia perdagangan sosial. Sebagai contoh, FBS menawarkan peluang yang baik untuk menghubungkan para pedagang – aplikasi CopyTrade. Ia akan membantu anda memasuki pasaran tanpa perlu apa-apa ilmu kewangan. Anda boleh menjana pendapatan dengan memilih pedagang yang henak ditiru aksi mereka. Ia juga membolehkan anda untuk berhubungan dengan para pedagang lain dan berbincang strategi berdagang dengan para profesional.

Kelebihan:

- Kombinasi rangkaian sosial dan platform perdagangan;

- Mudah dipelajari dan sambug dengan enthusiasts lain;

- Boleh digunakan di mana-mana yang anda mahu;

- Peluang untuk belajar dan buat wang dalam masa yang sama.

Kelemahan:

- Tiada sumber maklumat tambahan

 LinkedIn

https://www.linkedin.com/company/fbs-inc-/

LinkedIn biasanya digunakan untuk tujuan profesional. Kebanyakan pakar dan penganalisa di dunia Forex mempunyai profil yang aktif di LinkedIn, di mana mereka menyediakan tip untuk pedagang-pedagang lain. Kadang-kadang mereka membentuk kumpulan, di mana mereka berkongsi wawasan dan perkembangan terbaru di pasaran. Laman ini hampir menyediakan satu persekitaran yang hampir bebas dari spam untuk para pedagang dan broker. Tambahan lagi kedua-dua pihak boleh berkomunikasi antara satu sama lain

Kelebihan:

- Sumber yang sesuai untuk mencari profesional perdagangan atau meninjau wawasan Syarikat;

- Bahan-bahan yang terkandung sangat profesional.

Kekurangan:

- Rumit untuk mencari dan membaca berita di sana;

- Sukar untuk mendapatkan data terbaru;

- Kebiasaannya digunakan oleh profesional sumber manusia.

Dengan banyak sumber maklumat yang berlainan, adalah penting untuk seorang pedagang memproses dan menapis semua maklumat. Berikut adalah pilihan yang terbaik:

  • Jangan ikut secara buta-buta sebarang komen. Tidak kira betapa ramai pengikut yang seseorang itu ada atau berapa lama mereka sudah berdagang atau berapa besar suatu firma itu – sesiapa pun boleh membuat kesilapan. Jadi periksa semua komen dan signal agar jangan tertipu.
  • Fahami bahawa semua orang menyediakan analisis berbeza berdasarkan kepada rangka masa, kaedah dan objektif yang berbeza. Ramai orang menguruskan akaun berdasarkan kepada rangka masa dan objektif yang berbeza dengan anda, jadi mengikuti mereka secara buta-buta tidak produktif. Sebagai tambahan, semua orang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang berbeza.
  • Jangan biarkan ketakutkan untuk kalah mengganggu perdagangan anda. Iaitu, jangan terkesan dengan panik yang dicetus oleh seseorang di media sosial.

Untuk kesimpulan, adalah penting untuk mengikuti semua sumber maklumat dan melihat pada situasi semasa dari pelbagai perspektif berbeza. Mujur, Analitik FBS membuatkannya mudah untuk anda mendapatkan semua maklumat penting dalam pelbagai bentuk untuk membantu anda dengan keputusan perdagangan anda.

Baca lebih lanjut

Serupa

Strategi Perdagangan Pin Bar
Strategi Perdagangan Pin Bar

Ada kalanya carta atau pola candlestick boleh memberikan signal masuk yang baik jika ia terletak pada aras tertentu. Pin Bar salah satu pola candlestick yang paling andal dan terkenal, dan apabila pedagang menemuinya di carta, mereka menjangkakan harga akan berubah arah tidak lama lagi.

Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?
Bagaimana untuk berdagang menggunakan pola candlestick doji?

Kandil doji adalah jarang dilihat, tetapi jika anda berjaya memanfaatkannya, ia boleh menjadi waktu terbaik untuk melakukan urusniaga. Artikel ini akan membincangkan apakah itu kandil Doji. Anda juga akan mempelajari strategi Doji yang boleh memberikan keuntungan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera