Pasaran matawang dan politik. Apa hubungannya?

Pasaran matawang dan politik. Apa hubungannya?

2023-03-28 • Dikemaskini

Pernahkah anda menyedari bahawa peristiwa politik memberi kesan kepada pasaran lebih kuat berbanding data ekonomi? Mengapa ia berlaku dan peristiwa politik apakah yang para pedagang harus pertimbangkan?

Mengapakah politik memberikan kesan ke atas kadar tukaran?

Jawapannya mudah: Para pelabur menyimpan wang mereka di negara yang mempunyai ekonomi yang kuat dan sistem politik yang stabil. Sebarang ketidaktentuan akan menekan matawang domestik. Kesannya, para pelabur akan mengeluarkan aset-aset mereka dan melaburkannya di matawang yang lebih kuat. Justeru, semua ini menjurus kepada kemeruduman ekonomi dan penurunan selanjutnya nilai matawang terbabit.

Bagaimana pun, ini tidak bermakna risiko-risiko politik adalah negatif untuk para pedagang. Kelebihan besar berdagang adalah anda boleh meraih keuntungan bukan hanya pada matawang yang kuat, tetapi dengan matawang yang melemah juga. Yang paling penting adalah untuk mengunjurkan secara tepat bagaimana peristiwa politik akan memberi kesan kepada matawang tersebut.

Peristiwa politik yang bagaimanakah yang mampu memberi kesan kepada pasaran?

Sekarang mari kita lihat kepada peristiwa-peristiwa tersebut dan impaknya terhadap pasaran.

1. Pilihanraya. Pilihanraya adalah salah satu peristiwa paling penting yang memberi kesan ke atas matawang domestik. TIdak kira apa pentadbiran baru akan perkenalkan kepada negara tersebut dan matawangnya, pasaran menganggap pilihanraya satu risiko. Sebarang kelewatan pada pilihanraya akan menjatuhkan matawang kerana kelewatan sinonim dengan ketidaktentuan. Kesan luar jangkaan mempunyai pengaruh terbesar kepada pasaran, mencetus kemeruwapan yang tinggi.

Contoh. Sehingga kini, presiden AS, En. Trump, adalah satu peristiwa politik terpenting di dunia, dan ini bermula sejak dari pilihanraya. Selepas kejayaan En. Trump diumumkan, dolar AS dan pasaran kewangan telah gawat. Pertama sekali, tidak ramai orang yang benar-benar percaya En. Trump akan menjadi presiden. Keduanya, pasaran tidak tahu apa yang mereka harus jangkakan dari ahli perniagaan ini di dalam politik.

2. Ketidakstabilan sosial. Bila rakyat tempatan tidak suka dengan kerajaan mereka, ia boleh menjurus kepada pertembungan kuasa dan kesannya kehilangan pelaburan. Modal memang tidak suka dengan gangguan sosial.

3. Pertikaian antara negara adalah satu lagi peristiwa politik yang negatif. Ia salah satu perkara paling berbahaya untuk pasaran kerana ia memberi kesan terhadap dua matawang.

Contoh. Peringkat paling buruk dalam pertikaian antara negara adalah sekatan. Salah satu contoh adalah sekatan AS terhadap Rusia yang menyebabkan kejatuhan teruk rubel Rusia.

Satu contoh lain yang terkini adalah adalah pemutusan hubungan diplomatik antara Arab Saudi dan Kanada selepas konflik tentang hak asasi. Kesannya, Arab Saudi telah mengusir duta Kanada, merancang untuk membawa pulang ribuan pelajar dan pesakit dari Kanada dan menggantung laluan syarikat penerbangan Saudi ke Toronto. Dolar Kanada kehilangan posisi akibat dari berita negatif sebegitu.

866_article.jpg

4. Referendum. Bila sesuatu mengancam kesatuan suatu negara atau blok politik, pastinya ia akan memberi kesan kepada pasaran matawang.

Contoh. Pada September 2014, Scotland memutuskan untuk mengadakan referendum untuk berpisah dari United Kingdom. Pound British menerima tekanan hebat berterusan sehinggalah sebaik sebelum referendum diadakan. Berita tentang kebarangkalian keputusan mengayun pound turun dan naik.

Sehingga kini, rundingan Brexit adalah peristiwa paling penting yang memberikan kesan kepada pound British, lebih dari sebarang data ekonomi. Walaupun referendum diadakan 2 tahun lalu, ia masih memberikan impak ke atas GBP. Sebarang ketidaktentuan tentang perjanjian antara UK dan EU membenam GBP ke bawah.

5. Mesyuarat antara pegawai-pegawai dari pelbagai negara juga signifikan. Para pedagang boleh mendapatkan pembayang tentang hubungan antara negara dan juga situasi menyeluruh dunia secara am. Mesyuarat tentang isu-isu kritikal seperti krisis Greece atau penyertaan Itali dalam EU boleh memberikan kesan besar kepada pasaran.

Sebagai contoh, spekulasi tentang Itali bakal meninggalkan EU telah menyebabkan trend bearish jangka sederhana ke atas euro.

6. Ucapan dan komentar pegawai kerajaan dan ahli politik.

Pasaran memantau dengan teliti komen-komen dan ucapan-ucapan para pegawai. Ada masa-masanya komen ini boleh menterbalikkan semua jangkaan pasaran.

Sebagai contoh, pada Januari bila USD sudah pun lemah dan pasaran menjangkakan langkah-langkah dari Fed untuk menyokongnya. Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin berkata dolar yang lebih lemah adalah baik untuk AS. Selepas komen itu, USD telah jatuh dan mencapai tahap terendah sesi tersebut.

Sebagai rangkuman, bolehlah kami katakan bahawa peristiwa-peristiwa politik adalah pendorong yang baik untuk pasaran matawang. Pedagang yang berpengalaman boleh mengambil kesempatan dari apa juga peristiwa: positif mahu pun negatif. Hanya ikuti berita di fbs.com untuk membuat ramalan yang betul tentang impak peristiwa tersebut terhadap matawang.

Nota: Biasanya anda dicadangkan untuk tidak masuk ke pasaran sewaktu suatu peristiwa penting. Strategi terbaik adalah untuk berdagang berdasarkan jangkaan pasaran. Kaji apakah antisipasi pasaran dan berdagang selari arah ini!

Baca lebih lanjut

Serupa

Inflasi: definisi, penjelasan dan contoh
Inflasi: definisi, penjelasan dan contoh

Pada masa kini, setiap sumber berita heboh membincangkan tentang inflasi, artikel ekonomi berteriak-teriak mengenainya. Semakin ramai orang menjadi semakin keliru dengan semua maklumat yang diterbitkan.

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera