Divergence: satu kajian kes

Divergence: satu kajian kes

2023-01-27 • Dikemaskini

Matlamat

Divergence sering digunakan sebagai petunjuk untuk meramalkan pergerakan harga di masa hadapan. Seperti formasi carta harga yang lain, ia tidak memberikan kebarangkalian kebenaran ramalan yang 100%. Itulah sebabnya mengapa kita perlu ketahui dengan tepat tentang keandalan perkakas ini bila membuat dagangan bersandarkan kepadanya. Inilah intipati artikel ini – ia menyelidik keandalan divergence (capahan). Kita akan mengkaji seberapa sering capahan berlaku di carta dan seberapa sering harga mengikuti arah yang diramalkan olehnya.

Subjek

Untuk carta harga, kami telah memilih salah satu dari saham S&P. Ini kerana tindak tanduk pasaran saham lebih teratur berbanding matawang dalam tindak balasnya terhadap trend global. Itu memudahkan kita mengaitkan turun naik harga yang dicerap dengan faktor-faktor fundamental dan menyaring keluar hingar. Selain dari itu, kami mahu mengelakkan tanggapan berat sebelah kesan dari prestasi merosot di kalangan kebanyakan saham baru-baru ini akibat dari penularan virus. Itulah sebab-sebab mengapa kami pilih Amazon: ia tidak pernah bullish atau bearish dengan terlalu ketara, dan dalam pada itu, ia telah terbukti cukup anjal untuk pulih dari kerugian dan mendaki kembali ke paras tertinggi sepanjang masa baru-baru ini.

Untuk menganalisa carta harga, kami akan gandingkannya dengan Osilator Awesome dari Bill William. Walaupun terdapat banyak osilator seperti MACD juga sesuai digunakan, Osilator Awesome tampak lebih responsif kepada harga dan justeru dari itu memberikan lebih banyak kes capahan/divergence.

Dari segi pemilihan masa, kami akan melihat pada prestasi harga yang paling terkini – itu lebih relevan kepada pergerakan semasa dan paling berguna untuk orang yang mencerap.

Rangka masa

Rangkamasa H1, H4, dan Harian digunakan di dalam penyelidikan ini. Itu pokoknya kerana tiga rangkamasa ini memberikan wawasan yang seimbang untuk pedagang jangka masa pendek, jangka masa sederhana, dan strategik. Selain dari itu, saham tidak begitu sesuai dengan rangka masa minit, berbeza dengan rangkamasa jam dan harian. Dari sudut pandang analitikal, faktor-faktor fundamental lebih terserlah di rangkamasa yang lebih besar.

Kriteria

"Kepadatan-melawan-tempoh" adalah paksi pertama penilaian capahan. Ia merujuk kepada bilangan capahan yang muncul dalam julat 100 tempoh di carta. Sebagai contoh, jika kita lakukan cerapan untuk 200 tempoh, dan 5 capahan muncul sepanjang julat masa ini, maka "kepadatan melawan tempoh" adalah sebanyak 5/200=2.5%. Sebaliknya, jika cerapan selama 400 tempoh memberikan kita 12 capahan, maka "kepadatan melawan tempoh" adalah 12/400=3%. Ini bererti bahawa untuk setiap 100 tempoh akan ada 3 capahan secara purata.

Kerencaman (variety) menunjukkan seberapa banyak setiap dari empat jenis capahan yang muncul di skrin. Kekerapan yang lebih oleh mana-mana jenis mencerminkan mood yang lebih bullish atau bearish yang mendorong kenaikan harga kebelakangan itu.

Bilangan ramalan yang betul merujuk kepada total bilangan kes di mana harga benar-benar bergerak di dalam arah seperti yang tertakrif di dalam skema pentafsiran yang diterima pakai oleh umum. Sebagai contoh, jika capahan bearish biasa ditemui, dan selepas itu harga bergerak ke arah bawah di dalam trend bearish, itu dikira sebagai satu ramalan yang betul. Secara logiknya, jika selepas suatu capahan bullish tersembunyi (hidden bullish divergence), harga bergerak mendatar (sideways) atau ke bawah, itu tidak boleh dikira sebagai satu ramalan yang betul.

Nisbah "capahan melawan natijah" yang betul adalah peratusan bilangan ramalan yang betul dari kesemua jumlah kes yang dicerap. Sebagai contoh, jika 9 dari 10 capahan yang muncul benar-benar pergi ke arah yang sepatutnya seperti yang diramalkan oleh skema tafsiran, ini bererti 9 dari 10 ramalan adalah betul. Dalam senario ini, nisbahnya adalah 90%. Sebaliknya pula, jika 2 dari 10 capahan memberikan ramalan yang betul, manakala selebihnya bergerak sama ada mendatar atau pergi ke arah yang bertentangan, itu menjadikan nisbah "capahan melawan natijah" hanyalah 20%.

Dapatan

Div 1.png

Tafsiran

Nampaknya carta H4 amat sesuai sekali untuk mencari capahan walaupun ia tidaklah lebih baik dari rangka masa lain dari segi nisbah "kepadatan melawan tempoh". Jelas sekali, bilangan capahan yang ditemui di setiap rangka masa tidaklah begitu penting sehingga boleh dijadikan faktor penentu. Pemeriksa yang lebih teliti mungkin akan menemui lebih banyak lagi. Bagaimana pun, realiti bahawa hanya ada 1 capahan bagi setiap 100 tempoh di semua rangka masa bererti inilah yang akan diemui oleh rata-rata pedagang di mana-mana carta, secara rawak.

Capahan bearish biasa nampaknya lebih lazim berbanding yang lain, manakala capahan bullish tersembunyi tidak pernah muncul di skrin. itu mungkin satu anomali bagi tempoh cerapan kita akibat dari impak besar koronavirus. Bagaimana pun, banyaknya bilangan capahan bearish tidak harus dikaitkan secara mutlak dengan pergerakan harga bearish yang dominan di carta.

Satu lagi kesimpulan adalah carta H4, memberikan kebarangkalian ramalan yang betul yang jauh lebih tinggi berbanding di carta H1 dan Harian. Dengan H4, kita mendapati lebih dari 50% ramalan yang betul (62.5%), manakala rangka masa H1 dan Harian memberikan kurang dari 50% ( masing-masing 37% dan 33%). Supaya praktikal, ia boleh digunakan sebagai pengesahan bahawa capahan lebih andal di rangka masa H4 dan ia boleh digunakan dengan selamat di rangka masa ini.

Aplikasi

Mengambil kira dapatan kita, mari kita lihat prestasi harga saham Amazon baru-baru ini.

Carta H1 memberikan kita satu kes capahan bearish biasa di bawah, yang kemudiannya terbukti betul: episod akhir carta menunjukkan downtrend.

Div 2.png

Carta H4 memberikan kita satu lagi capahan bearish biasa yang besar dan baru sahaja terbentuk. Mengingati bahawa capahan H4 mempunyai nisbah kebarangkalian ketepatan 62.5%, kita simpulkan di sini bahawa kita bakal menyaksikan downtrend yang besar pada masa terdekat, dalam jangka masa sederhana.

Div 3.png

Carta harian mencerminkan capahan bearish biasa yang sama seperti yang kita dapat cerap di carta H4.

Div 4.png

Kesimpulan

Capahan, sama seperti formasi carta dan indikator lain, digunakan sebagai perkakas teknikal untuk membantu pembacaan carta. Dalam masa yang sama, ia tidak harus dijadikan pegangan secara tunggal, tetapi haruslah dilihat dengan konteks fundamental. Dengan mempertimbangkan yang tersebut, walaupun setelah kita menyaksikan harga saham Amazon gagah menepis wabak virus dan dengan megahnya mendaki ke atas, kita perlu berhati-hati bila melakar jangkaan dan harapan terhadap uptrend ini, dan dengan teliti memantau petanda-petanda kemungkinan berlakunya penyongsangan. Itu akan menjadi satu lagi ujian yang bagus dipertimbangkan untuk indikator capahan.

                                                                                               LOG MASUK

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera