Cara-cara untuk menjadi seorang pedagang

Cara-cara untuk menjadi seorang pedagang

2020-06-15 • Dikemaskini

Motivasi

Anda pasti pernah menonton filem seperti "Margin Call", "The Wolf of Wall Street" dan banyak lagi di mana para profesional pasaran menempuhi pelbagai masalah peribadi biar pun mereka pada waktu itu menjana pendapatan berjuta-juta dolar hanya dengan melihat carta kewangan. Mungkin, anda mahu melakukan perkara yang sama. Idea itu memang menarik. Siapa yang tidak ingin memperolehi wang dengan mengkaji pergerakan pasaran di skrin dan membuat perdagangan berdasarkan analisis? Ini memang suatu yang realistik dan berbaloi untuk dicuba, jadi mari kita lihat bagaimana anda dapat menjadikannya satu realiti.

Persis seperti di dalam filem

Wujudnya pelbagai jenis peranti dan ketersediaan Internet menjadikan perdagangan Forex secara teknikal sangat mudah. Apa yang dilakukan oleh pedagang, sama ada sebagai hobi seminggu sekali atau pekerjaan sepenuh masa, adalah membaca berita, memahami bagaimana ia mempengaruhi harga, melihat pelbagai carta yang mewakili harga tersebut, dan membuat perdagangan mengikut maklumat yang diperoleh. Semua itu boleh dilakukan menggunakan desktop, komputer riba, atau peranti mudah alih. Sebuah telefon pintar dan sambungan ke Internet sudah cukup untuk membentuk satu set "toolbox" yang lengkap untuk seseorang pedagang.

Anda putuskan

Berkaitan dengan gaya hidup, perdagangan amat fleksibel. Anda boleh menjadi pedagang sepenuh masa yang hidup 100% dari keuntungan yang anda hasilkan di pasaran, anda boleh melakukannya sebagai sumber pendapatan sambilan, anda boleh menikmatinya hanya sebagai wadah untuk bersenang-senang atau apa jua alasan lain, sama ada untuk membuat keuntungan, rasa ingin tahu, atau pengembangan diri. Kebebasan dalam cara menggandingkan perdagangan Forex dengan  gaya hidup anda satu lagi kelebihan yang menjadikannya wajar dipertimbangkan.

Bukan masalah

Dari sudut teknikal, semuanya cukup mudah jika anda ingin mencuba perdagangan: anda mendaftar, sahkan maklumat pengenalan dan kontak anda, deposit dana, dan mula membuat pesanan. Mulai dari saat itu, anda boleh menganggap diri anda sebagai seorang pedagang. Sekiranya anda benar-benar baru dalam perdagangan, tidak terbiasa dengan terminal perdagangan atau laman peribadi - jangan risau: anda akan menguasai semua perkara ini dalam masa yang pendek. Luangkan sedikit masa untuk membaca panduan untuk pemula - kami telah menyediakan teks dan video yang akan menjadikan langkah pertama anda dalam perdagangan lancar.

Ukur baju di tubuh sendiri

Sekarang, anda mungkin sedang memikirkan tentang satu persoalan: bagaimana saya boleh menjadi sebagus semua pedagang terkenal yang, seperti di dalam filem, menghasilkan jutaan dolar? Jawapannya: tidak ada keperluan untuk itu. Yang harus anda lakukan hanyalah berazam dan berusaha untuk menjadi versi diri anda yang lebih baik. Maksudnya, jika seseorang pedagang itu bermula di permulaan suatu bulan dengan $100,000 dan berakhir di akhir bulan tersebut dengan $105,000, itu bagus. Sekiranya pedagang lain bermula dengan $100 dan menutup buku bagi bulan tersebut dengan $105, itu juga bagus. Oleh itu, jangan bandingkan diri anda dengan pedagang lain dan jangan terkhilaf berfikir dengan mentaliti penjudi. Ukur kejayaan anda hanya dalam peratusan relatif antara jumlah awal dan akhir anda sendiri – pendekatan ini akan menjadikan penilaian diri anda efektif, mudah, dan jujur, sebaik yang mungkin.

Gelanggang latihan

Cuba akaun demo dahulu, ia sangat berguna. Ia memberikan anda idea bagaimana semua aspek praktikal perdagangan berfungsi – dari sudut teknikal. Ia juga salah satu alat terbaik untuk membiasakan dan menselesakan diri dengan terminal perdagangan, laman peribadi, dan aplikasi yang berkaitan. jadi anda akan cekap dan bersedia secara teknikal dan praktikal untuk melakukan perkara yang sama dengan wang sebenar. Anggap ia seperti simulator penerbangan yang harus dikuasai oleh juruterbang sebelum memegang stereng pesawat yang berisi penumpang. Pasti sekali, akan ada perbezaan antara demo perdagangan dan wang sebenar, sama seperti ada antara terbang pesawat sebenar dan simulasi. Yang penting di sini ia membantu anda membuat peralihan itu selancar yang mungkin, bukan? Jika ya, maka akaun demo direka untuk anda.

Emosi

Ini mungkin tidak masuk akal bagi anda, tetapi ketahuilah bahawa emosi anda akan menjadi masalah anda yang paling utama semasa anda berdagang. Bukan teknik, bukan kurangnya pengetahuan, bukan kemeruapan pasaran, atau apa jua perkara lain. Semua faktor luaran di luar sana agak mudah dikendalikan: ada yang boleh diurus, jadi anda uruskannya; ada yang muncul seadanya, jadi anda hanya bertindak balas terhadap mereka seperlunya. Walau bagaimanapun, hal ini menjadi lebih rumit bila emosi mula mencelah, dan ia memang akan mencelah setidak-tidaknya pada masa yang tertentu kerana nasib wang anda sedang menjadi pertaruhan. Ingatlah dan bersiaplah: walaupun terdapat banyak perkara yang perlu diuruskan di dunia luar, dunia dalaman anda adalah perkara yang perlu difokus. Sekiranya anda membuat keputusan pasaran yang dada yang lapang, perdagangan anda akan membuahkan hasil.

Naluri

Sama seperti mana-mana seni atau profesion, ada beberapa perkara yang diperolehi hanya setelah sekian waktu berlalu. Naluri pasaran salah satu di antaranya. Tidak ada yang istimewa mengenainya, tetapi ramai pedagang yang tidak mempunyainya – biasanya kerana mereka berpendapat bahawa teknik adalah segala-galanya, tidak perlu yang lain lagi. Sama seperti mengendalikan penerbangan pesawat, hanya memandu arah pesawat dan memeriksa indikator sudah cukup untuk menjadi seorang juruterbang. Bagaimana pun, seorang juruterbang yang baik akan berusaha keras untuk belajar, mencuba, dan menunggu. Perkara yang sama juga terpakai di sini: untuk mula memupuk naluri pasaran, anda memerlukan masa, pemerhatian, kesabaran, dan ketenangan fikiran. Hadirkan diri di hadapan carta untuk bergiat dengan ikhtisas pilihan anda, khususkan diri anda hanya untuk berdagang pada minit, jam atau hari yang anda telah peruntukkan untuk Forex. Anda pasti akan meraih ganjaran yang besar kelak, dan naluri yang anda bentuk di dalam diri anda akan membantu anda. Anda tidak perlu menang melawan pasaran sepanjang masa. Malahan, pedagang yang terhebat sekali pun ada membuat kesilapan. Yang anda perlukan hanyalah membuat keputusan yang tepat tidak kurang dari 50%.

                                                                                                BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera