Bagaimana cara menggunakan indikator volum ketika berdagang?

Bagaimana cara menggunakan indikator volum ketika berdagang?

2020-03-25 • Dikemaskini

Jika anda berdagang saham, anda menerima maklumat tentang volum dagangan yang dibekalkan oleh bursa saham. Maklumat ini membolehkan anda melihat sama ada para pemain pasaran sedang menyokong trend di pasaran atau sebaliknya. Di pasaran matawang, situasi ini berbeza tetapi para pedagang masih boleh mendapatkan wawasan dari volum.

Volum tick

Pasaran Forex sifatnya adalah terpencar (decentralized), jadi tidak mungkin untuk kita kira semua kontrak dan saiznya seperti yang dilakukan di pasaran saham. Justeru, para pedagang Forex menggunakan indikator-indikator volum tick.

Tick adalah perubahan atau pergerakan tunggal pada harga, naik atau turun. MetaTrader mengukur bilangan tick bagi suatu tempoh masa. Lantas kita boleh melihat seberapa aktifnya pasaran berdagang di satu-satu masa. Dalam perkataan yang lain, kita tidak tahu sama ada terdapat 500 atau 500,000 pesanan dalam tempoh masa tersebut, tetapi ktia tahu seberapa banyak tick yang telah menggerakkan pasaran. Inilah apa yang dimaksudkan dengan volum tick. Penting untuk kita fahami sifatnya.

Bagaimana cara mengimplementasi volum tick

MetaTrader menawarkan beberapa indikator volum tick. Untuk menggunakannya, klik pada "Insert", kemudian "Indicators" dan pilih "Volum". Ada 4 indikator:

1. Volumes

Indikator ini menunjukkan bilangan perubahan harga (ticks) di dalam setiap tempoh pada rangka masa (timeframe) yang dipilih. Bar volum diwarnakan hijau jika ia lebih besar dari yang sebelumnya, dan merah jika volum menurun.

2. On Balance Volume (OBV)

Indikator ini dizahirkan dalam rupa garisan. Jika harga penutupan candlestick semasa lebih tinggi dari yang sebelumnya, volum semasa ditambah kepada OBV sebelumnya dan garisannya ini naik ke atas. Jika harga tutup candlestick semasa lebih rendah dari yang sebelumnya, volum semasa ditolak dari OBV sebelumnya, membuatkan indikator OBV menurun. Adalah menjadi satu tanggapan bahawa perubahan OBV mendahului perubahan harga, jadi ia boleh memberikan signal.

3. Money Flow Index (MFI)

Indikator ini menunjukkan kadar pencurahan wang ke atas sesuatu aset dan kemudiannya dikeluarkan darinya. Anggap ia seperti RSI yang mengambil kira volum akaun.

4. Accumulation/Distribution

Ini satu lagi indikator yang dikira berdasarkan kepada kedua-dua harga dan juga volum. Lebih tinggi volum, lebih besar sumbangan perubahan harga (untuk tempoh masa ini) kepada nilai indikator.

arah aliran menaik pada carta candlestick

Menggunakan volum untuk analisis teknikal

Indikator volum boleh melakukan beberapa tugas yang sangat berguna:

1. Mengukur kekuatan suatu trend

Trend adalah kuat bila ia disahkan oleh volum yang meningkat kerana ini bererti minat pasaran pada trend ini adalah tinggi. Jadi, ketika uptrend, volum harus meningkat ketika harga sedang meningkat, dan menurun bila harga juga menurun, sementara di downtrend ini bererti volum meningkat ketika harga menurun dan volum mengurang bila harga sedang meningkat.

Penunjuk volum pada peringkat awal pembalikan

Di gambar di atas, anda boleh lihat volum sedang mengurang sewaktu pembetulkan di uptrend. Di bahagian penghujung carta, harga tertinggi baru tidak disahkan oleh volum. Ini bermakna ada kemungkinan untuk pembalikan menuju ke bawah.

2. Mengecam pembalikan secara awal

Membezakan antara pembetulan dan pembalikan di peringkat awal biasanya sukar. Indikator volum membantu anda melakukan ini lebih awal dan menyertai trend baru seawal yang mungkin.

penunjuk volum kandil

Harga membentuk pola "Head and Shoulders". Volum adalah rendah ketika di puncak, dan ia lebih rendah di bahu kedua: pengesahan bahawa pasaran sudah tidak mempunyai kekuatan untuk naik ke atas.

breakout

Jika terdapat capahan (divergence) antara harga dan indikator volum, Ia adalah signal kemungkinan pembalikan bagi trend semasa.

3. Mengesahkan breakout

Volum biasanya lebih rendah sewaktu tempoh pengukuhan/konsolidasi. Jika penembusan suatu julat berlaku menerusi pepaku (spike) pada volum, ada kebarangkalian besar bahawa ini semua benar dan bukan breakout palsu.

Petunjuk volum dalam Metatrader

Volum meningkat ketika harga meningkat mengatasi aras rintangan. Ini membantu harga terus bergerak dalam arah penembusan.

4. Mengenal pasti kawasan kuat bagi rintangan/sokongan

Kawasan-kawasan di mana perdagangan dengan volum tinggi adalah visual halangan besar di laluan pergerakan harga dan menjadi aras kemasukan dan keluar untuk para pedagang.

Kesimpulan

Indikator-indikator volum di MetaTrader bukanlah pemberi signal yang mandiri, tetapi boleh digunakan untuk pengesahan. Lagi pula, dinamika volum memberitahu kita keaktifan perdagangan dengan lebih baik dari cara-cara lain. Ini adalah maklumat unik yang tidak diberikan oleh indikator-indikator lain. Kesannya, indikator-indikator volum pasti menjadi pembantu yang baik bagi sistem perdagangan anda.

Serupa

Strategi perdagangan Shooting Star
Strategi perdagangan Shooting Star

Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan apakah itu pola shooting star, bagaimana cara untuk mengecamnya, dan bagaimana anda boleh menggunakannya dalam perdagangan anda. Jom kita mulakan!

Huraian sistem aksi harga

Berapa banyak perkakas yang anda gunakan dalam perdagangan? Bagaimana jika kami beritahu anda bahawa ada sistem perdagangan yang berkesan, yang tidak memerlukan apa-apa melainkan pola candlestick?

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Bagaimana cara mengaktifkan Bonus Level Up?

    Buka akaun Bonus Level Up di Laman Peribadi versi web atau aplikasi peranti mudah alih dan terima sehingga $140 percuma di akaun anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Ketahui lebih lanjut

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera