INDIKATOR-INDIKATOR TEKNIKAL YANG SETIAP PEDAGANG HARUS TAHU

INDIKATOR-INDIKATOR TEKNIKAL YANG SETIAP PEDAGANG HARUS TAHU

Kejayaan datang dari ilmu – inilah kebenarannya dalam kebanyakan hal dalam kehidupan, terutamanya perdagangan Forex. Untuk berjaya, seorang pedagang harus pelajari analisis teknikal. Indikator-indikator teknikal adalah sebahagian besar dari analisis teknikal.
Masalahnya, sekilas dengar, nama-nama indikator teknikal bunyinya sangat rumit, sebagai contoh, MACD, RSI, atau Stokastik. Namun, kami sarankan agar anda tidak prejudis. Kami akan sediakan penerangan yang mudah dan ringkas mengenai indikator-indikator teknikal yang paling popular. Kami jamin anda akan faham cara-cara menggunakannya. Anda berminat?

Mari kita mulakan!

cat.jpg

Indikator-indikator teknikal terbaik untuk para pedagang Forex

Indikator-indikator teknikal terbahagi kepada beberapa kategori bergantung kepada kegunaannya. Oleh kerana kegunaan indikator berbeza, seorang pedagang perlukan bukan satu, tapi kombinasi beberapa indikator untuk membuka dagangan. Di dalam artikel ini, kami akan beritahu tentang 3 indikator teknikal yang paling popular.

1. Purata Bergerak (Moving Average, MA) - indikator untuk mengenal pasti trend.

Purata Bergerak (MA) adalah sebuah indikator trend. Ia membantu mengenal pasti dan mengikuti trend.
Kelebihan Purata Bergerak:

• mengenal pasti arah trend;

• mencari titik pembalikan trend;

• menunjukkan aras rintangan dan sokongan yang mungkin.

Kekurangan Purata Bergerak:
• ia bergerak lamban di belakang harga semasa (ia berubah lebih perlahan dari carta harga kerana indikator ini berdasarkan kepada harga lalu).
Tips:

• Kami cadangkan anda gunakan Purata Bergerak Ringkas (SMA, Simple Moving Average) kerana kebanyakan pedagang menggunakan garisan ini.

• Tempoh masa paling popular untuk MA adalah 200, 100, 50 and 20. MA 200 tempoh boleh membantu menganalisa trend silam jangka panjang, sementara MA 20 tempoh untuk mengikut trend jangka pendek.

Kaedah mentafsir
Secara ringkasnya, suatu trend sedang bullish bila harga suatu pasangan matawang berada di atas MA dan ia sedang bearsih – bila harga berada di bawahnya. Sebagai tambahan, perhatikan bagaimana perbezaan tingkah laku antara Purata Bergerak dengan tempoh yang berlainan.
Pembiasan ke atas disahkan bila MA jangka lebih pendek (cth. 50 tempoh) menaik ke atas MA yang tempohnya lebih panjang (cth. 100 tempoh). Sebaliknya, Pembiasan ke bawah disahakn bila MA jangka pendek turun ke bawah MA jangka panjang.
Kesimpulan
Purata Bergerak menunjukkan sama ada anda perlu membeli atau menjual pasangan matawang (beli ketika uptrend, dan jual ketika downtrend). MA tidak akan memberitahu pada aras mana anda perlu buka dagangan anda (untuk ini anda perlukan indikator lain). Kesannya, menggunakan indikator lain harus menjadi antara langkah pertama analisis teknikal anda.

MA1.png

2. Jalur Bollinger (Bollinger Bands) – sebuah indikator untuk mengukur kemeruwapan

Jalur Bollinger membantu anda mengukur kadar kemeruwapan (tahap kesenjangan harga dagangan).

Kelebihan Jalur Bollinger:

• Indikator ini sebenarnya bagus di dalam pasaran yang sedang menjajar/mendatar (bila pasangan matawang didagangkan di dalam satu julat harga). Di dalam kes sebegini, garisan-garisan indikator boleh digunakan sebagai aras sokongan dan rintangan, di mana para pedagang boleh buka posisi mereka.

Kekurangan Jalur Bollinger:

• Sewaktu pergerakan trend yang kuat, harga boleh menghabiskan masa yang panjang di satu garisan Bollinger dan ia tidak pergi ke garisan satu lagi. Kesannya, kita tidak mengesyorkan Jalur Bollinger untuk pasaran yang trending.

Kaedah mentafsir Lebih dekat jarak harga dengan garisan atas jalur, pasangan matawang itu menjadi lebih terlebih beli (overbought). Secara mudahnya, pada waktu ini para pembeli sudah pun telah membuat wang dari kenaikan harga dan menutup dagangan mereka untuk mengambil keuntungan. Kesannya pasangan yang sudah terlebih beli berhenti menaik dan mula menurun. Kenaikan harga ke atas dari garisan atas boleh menjadi signal untuk menjual, sementara penurunan ke bawah jalur bawah - signal untuk membeli.
Jalur sebelah luar melebar secara automatik bila kemeruwapan meningkat dan ia mengecut bila kemeruwapan menyusut. Waktu-waktu kemeruwapan tinggi dan rendah berselang seli, jadi pengecutan jalur sering bermakna kemeruwapan akan meningkat mendadak.

Tips:

• Kami tidak mengesyorkan penggunaan Jalur Bollinger tanpa pengesahan dari indikator/perkakas teknikal lain. Jalur Bollinger serasi dengan pola candlestick dan lain-lain signal aksi harga.

Kesimpulan
Jalur Bollinger sangat berkesan bila pasaran sedang tidak trending. Indikator ini boleh menjadi asas yang kukuh untuk suatu sistem perdagangan, tetapi ia secara bersendirian tidak mencukupi, anda perlu menggunakan perkakas lain juga.

MA2.png

3. MACD - sebuah indikator yang menunjukkan fasa pasaran

MACD (Moving Average Convergence/Divergence) mengukur daya dorongan di belakang pasaran. Ia menunjukkan bila pasaran sudah penat bergerak di dalam satu-satu arah, dan perlu untuk berehat (pembetulan, correction).

Kaedah mentafsir

1. Kenaikan/Penurunan Dramatik. Jual bila bar-bar histogram mulai menyusut selepas kenaikan besar. Beli bila bar-bar histogram mulai menaik selepas penurunan besar.

2. Persilangan antara histogram dan garisan signal boleh menjadikan kemasukan ke dalam pasaran lebih tepat. Beli bila histogram MACD naik di atas garisan signal. Jual bila histogram MACD berada di bawah garisan signal.

3. Garisan sifar sebagai pengesahan tambahan. Bila MACD menyilang garisan sifar, ia menunjukkan kekuatan bull atau bear. Beli bila histogram MACD meningkat ke atas dari 0. Jula bila histogram MACD jatuh ke bawah dari 0. Namun sila beringat bahawa signal ini adalah lebih lemah dari yang sebelum ini.

4. Capahan (Divergence). Jika harga meningkat dan MACD jatuh, ini bermakna peningkatan harga tidak disahkan oleh indikator dan rally ini akan berakhir. Sebaliknya, jika harga jatuh dan MACD menaik, harga akan menjadi bullish di masa yang terdekat.

Tips

• Persilangan antara histogram dan garisan signal adalah signal terbaik dari MACD.

• Cari capahan (divergences) antara MACD dan harga: ia petanda yang kuat pembetulan akan berlaku..

Kelebihan MACD:

• MACD boleh digunakan ketika pasaran sedang dalam trend dan juga menjajar

• Jika anda faham MACD dengan baik, anda boleh belajar bagaimana osilator lain berfungsi dengan mudah: prinsipnya lebih kurang sama.

Kekurangan MACD:

• Indikator ini lamban dan ketinggalan di belakang carta harga, jadi sesetengah signal mungkin tiba lambat dan tidak diikuti oleh pergerakan pasaran yang kuat.

Kesimpulan Adalah bagus untuk mempunyai MACD di carta anda kerana ia mengukur trend dan juga momentum. Ia boleh menjadi komponen yang kuat sesebuah sistem perdagangan, walaupun kami mengesyorkan anda tidak membuat keputusan perdagangan berdasarkan indikator ini sahaja.

MA3.png

Apa yang telah kita pelajari tentang indikator-indikator teknikal

• Indikator-indikator teknikal mempunyai kelebihn dan kekurangan

• Satu indikator teknikal tunggal tidak akan memberikan anda signal perdagangan yang baik. Anda perlukan 2-4 indikator untuk berdagang.

Serupa

POLA 2B TRADER VIC

Sebuah breakout yang gagal barangkali salah satu perkara paling menyakitkan hati dan malangnya ia fenomena yang sering berlaku

Promosi yang akan anda minati

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera