
Apa yang harus kita lakukan bila harga memasuki zon yang belum pernah ia terokai – tanpa harga terendah dan tertinggi untuk bertindak sebagai aras sokongan dan rintangan? Inilah panduan anda untuk menerokai dunia yang asing
2020-08-17 • Dikemaskini
Mari kita bincangkan tentang strategi yang efektif, yang terbentuk dari gabungan idea-idea terbaik para pedagang terkenal seperti Larry Williams, Ralph Elliott dan Alexander Elder. Kita akan telusuri strategi ini, selangkah demi selangkah, supaya ia lebih jelas untuk anda. Anda sudah bersedia? Mari kita mulakan.
Pertama sekali, mari kita takrifkan beberapa istilah penting yang kita akan gunakan di dalam strategi ini.
Maksimum adalah sebatang candlestick, yang terletak di antara dua batang candlestick lain yang mempunyai harga tertinggi yang lebih rendah. Sebagai tambahan, adalah penting untuk kedua-dua candlestick yang mengapit "maksimum" mempunyai harga rendah yang lebih rendah.
Minimum adalah sebatang candlestick, yang terletak di antara dua batang candlestick lain yang mempunyai harga terendah yang lebih tinggi. Sebagai tambahan, adalah penting untuk kedua-dua candlestick yang mengapit "maksimum" mempunyai harga tinggi yang lebih tinggi. Sila lihat contoh di bawah.
Trend adalah arah gerakan secara umum bagi suatu aset di pasaran. Uptrend (trend bullish) terdiri dari serangkaian harga tinggi yang lebih tinggi dan harga rendah yang lebih tinggi – harga sedang meningkat naik. Downtrend (trend bearish) diklasifikasikan sebagai rentetan harga rendah yang lebih rendah dan harga tinggi yang lebih rendah – harga sedang menurun. Masa terbaik untuk masuk ke pasaran adalah ketika trend menyongsang arah.
Ada dua cara untuk mentakrifkan penyongsangan:
1. Jika ada uptrend dan anda temui minimum, lukiskan satu garisan merentasi harga penutupannya. Jika selepas garisan ini ditembusi (breakout) dua candlestick yang berikutnya tutup lebih rendah dari garisan ini, ia harus dianggap sebagai penyonsangan trend.
2. Jika ada downtrend dan anda temui maksimum, lukiskan satu garisan merentasi harga penutupannya. Jika selepas garisan ini ditembusi (breakout) dua candlestick yang berikutnya tutup lebih tinggi dari garisan ini, ia harus dianggap sebagai penyonsangan trend.
Okay, sekarang kita boleh takrifkan penyongsangan. Mari cari masa terbaik untuk masuk ke pasaran. Kita akan gunakan konsep strategi Tiga Saringan (Triple Screen) Elder. Berdasarkan strategi itu, bila ada signal di rangka masa yang lebih besar, nantikannya di rangka masa yang lebih kecil dan buat kemasukan. Beri perhatian kepada semua syarat-syarat berkaitan. Anda mungkin berasa keliru dengan sesetengah langkah, tetapi gambarajah akan membantu menjadikannya lebih jelas.
Di bawah diberikan panduan yang terperinci:
1. Cari penyongsangan trend di carta harian seperti yang ditulis di atas.
2. Beralih kepada carta 4 jam.
3. Kes pertama: uptrend berlaku di carta harian.
4. Kes kedua: downtrend berlaku di carta harian:
*Di carta 4 jam, anda tidak perlu menunggu untuk dua candlestick berturutan selepas penembusan aras maksimum atau minimum kerana kita telah menunggu di carta harian. Anda hanya perlukan penembusan untuk aras ini.
Bagus! Anda telah pelajari strategi baru yang efektif! Ia benar-benar unik kerana keringkasan dan keberkesanannya Renti rugi akan mengelakkan anda dari kegagalan. Bagaimana pun, sila waspada untuk mengelak dari menggunakan strategi ini di waktu acara penting ekonomi seperti pengumuman NFP. Sebagai tambahan, anda boleh gunakan bukan hanya keseluruhan strategi, tetapi juga komponen-komponennya: mentakrifkan penyongsangan trend, mencari minimum dan maksimum, dan meletakkan pesanan tertangguh. Selamat berdagang!
Apa yang harus kita lakukan bila harga memasuki zon yang belum pernah ia terokai – tanpa harga terendah dan tertinggi untuk bertindak sebagai aras sokongan dan rintangan? Inilah panduan anda untuk menerokai dunia yang asing
Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan apakah itu pola shooting star, bagaimana cara untuk mengecamnya, dan bagaimana anda boleh menggunakannya dalam perdagangan anda. Jom kita mulakan!
Berapa banyak perkakas yang anda gunakan dalam perdagangan? Bagaimana jika kami beritahu anda bahawa ada sistem perdagangan yang berkesan, yang tidak memerlukan apa-apa melainkan pola candlestick?
Tingkatkan kemahiran berdagang anda dengan $100 percuma dari FBS. Untuk aktifkan opsyen ini, buka akaun Trade 100 Bonus yang mengandungi $100 di dalamnya. Gunakan wang ini dalam tempoh 30 hari aktif berdagang dan dagangkan lima lot. Jika anda berjaya, anda boleh dapatkan keuntungan $100 anda. Ia tawaran yang menang-menang! Bukan sahaja anda mendapat peluang untuk meraih keuntungan, tetapi anda juga boleh menguji pasaran sebenar dan uji kemahiran FX anda.
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau seksyen Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.
Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam 00:30:00
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!
Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.
Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.