Istilah yang semua pedagang wajib tahu

Istilah yang semua pedagang wajib tahu

Dunia perdagangan penuh dengan perkataan-perkataan besar yang susah dan sulit difahami. Bila newbies menemui perkataan sebegini mereka fikir bahawa berdagang bukanlah untuk mereka dan putus harapan untuk mendapatkan wang yang banyak dari Forex. Namun, itu kesilapan yang besar! Kami telah menghimpunkan istilah-istilah perdagangan yang paling lazim dan takrifannyauntuk membantu anda maju lebih dekat dengan impian anda, mengaut keuntungan yang besar.

Bear atau bearish

“Bear” adalah pedagang yang percaya bahawa harga suatu pasangan matawang akan bergerak ke bawah. Strategi pedagang seperti ini adalah untuk menjual pasangan ini. Mengapa "bear"? Banyangkan seekor beruang yang sedang marah, yang bersandar pada carta harga dengan kuku tajamnya dan menariknya ke bawah. Kata adjektif "bearish" boleh merujuk kepada suatu trend menurun.

Bull atau bullish

“Bull” adalah lawan kepada bear. Ia adalah nama panggilan untuk para pedagang yang percaya bahawa harga bagi suatu aset akan meningkat. Istilah ini adalah berdasarkan kepada idea bahawa seekor lembu jantan yang melambung-lambung harga suatu aset dengan tanduknya. Terdapat juga perkataan "bullish": suatu uptrend (trend menaik) dipanggil trend bullish.

Sistem Bretton Woods

Ini adalah sistem monetari antarabangsa yang dimulakan pada tahun 1944 di sebuah tempat bernama Bretton Woods. Ia telah menggantikan sistem kewangan sebelumnya yang berasaskan kepada standard emas. Idea utama di sebalik sistem Bretton Woods adalah dolar AS yang memainkan peranan utama dalam dunia kewangan. Ia telah ditukar kepada emas pada kadar tetap $35 bagi setiap auns. Matawang negara-negara lain telah ditambat kepada USD. Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF) telah dilancarkan untuk mengawal sistem ini. Anda masih akan terserempak dengan nama “Bretton Woods” bila anda membaca artikel tentang matawang. Anda cuma perlu ingat bahawa ia adalah nama lain bagi hegemoni dolar Amerika Syarikat.

Bank pusat

Sebuah bank pusat adalah pihak berkuasa bebas nasional, yang bertanggungjawab bagi matawang sesuatu negara, bekalan tunai, dan kadar faedah. Institusi ini mengendalikan dasar monetari, mengawal bank-bank komersil dan menyediakan perkhidmatan kewangan. Matlamat utama suatu bank pusat adalah untuk menstabilkan matawang domestik dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Campur tangan bank pusat

Ada masanya suatu bank pusat itu perlu mempengaruhi kadar tukaran dengan membeli atau menjual matawang di dalam pasaran Forex. Biasanya itu berlaku bila matawang nasionalnya meningkat terlalu tinggi dan terlalu pantas, atau sebaliknya bila ia merosot.

Ada dua jenis campur tangan:• Bank pusat cuba untuk melemahkan suatu matawang domestik dengan membeli suatu matawang asing. Cara ini digunakan bila bank pusat tersebut mahu membantu eksport.• Bank pusat mahu menguatkan matawang domestik dengan menjual suatu matawang asing dalam pasaran. Kesannya, pelanggan domestik akan perlu membayar harga yang lebih rendah untuk barangan yang diimport.

Bila suatu bank pusat masuk campur tangan, pasaran Forex biasanya bertindak balas dengan swing yang besar. Kerana itulah para pedagang perlu awas dengan risiko yang terkait dengan campur tangan matawang oleh bank pusat.

Wang murah (cheap money)

Ini adalah nama dasar monetari bila mana suatu bank pusat menetapkan kadar faedah yang rendah. Kesannya, kredit menjadi lebih murah dan pinjaman menjadi mudah untuk perniagaan. Ia merangsang pelaburan dan pengembangan operasi. Dalam jangka sederhana, wang murah boleh menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Dalam masa yang sama, jika bank pusat mengekalkan dasar monetari sebegini terlalu lama, akan wujud risiko kenaikan inflasi yang menjulang pantas.

Kadar silang

Suatu kadar tukaran yang tidak melibatkan dolar AS. Pengiraan kadar silang dijalankan menerusi nisbah setiap satu dari dua matawang melawan matawang yang ketiga – biasanya ia adalah USD. Sebagi contoh, pasangan EUR/USD dan USD/JPY digunakan untuk mengira kadar silang EUR/JPY. Jadi, walaupun dolar AS tidak terlibat di dalam pasangan matawang silang, ia mempunyai impak tidak langsung ke atasnya. Contoh: EUR/JPY, EUR/GBP, EUR/CHF, GBP/JPY, GBP/CHF, dan AUD/NZD.

Bakul matawang (Currency basket)

Satu set matawang yang digunakan untuk menentukan nilai suatu matawang nasional relatif kepada matawang-matawang lain yang ada di dalam bakul. Contohnya, indeks dolar AS adalah satu bakul matawang yang menjejak dinamika dolar AS melawan matawang 6 buah negara rakan dagang Amerika.

Dovish

Perkataan ini berasal dari burung merpati, "dove". Dovish merujuk kepada sifat suatu bank pusat terhadap kadar faedah. Bila anda terdengar perkataan "dovish", ia bermaksud bahawa bank pusat tersebut menyasarkan kepada kadar faedah yang rendah untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Bila anda dengar bahawa suatu bank pusat itu dovish dalam laporannya, itu bermakna ia tidak akan meningkatkan kadar faedah dalam masa yang terdekat. Kesannya, matawang domestik akan merosot.

Hawkish

Istilah "hawkish" berasal dari burung "hawk" (helang). Ia adalah lawan kepada "dovish". Bila suatu bank pusat bernada hawkish, itu bererti ia berpendirian anti-inflasi dan menyasarkan kenaikan kadar faedah. Bila anda terdengar suatu bank pusat itu "hawkish" dalam laporannya, ia bererti bahawa ia merancang untuk menaikkan kadar faedah tidak lama lagi. Kesannya, matawang domestik akan meningkat.

Standard emas

Standard emas adalah suatu sistem monetari, di mana nilai wang kertas dan syiling ditambat kepada sejumlah emas yang ditentukan. Pada masa kini, standard emas tidak digunakan lagi. Ia telah digantikan dengan apa yang dipanggil wang fiat yang digunakan dan diterima sebagai kaedah pembayaran hanya kerana kerajaan yang mengeluarkannya memerintahkannya begitu. Contohnya, lira adalah wang fiat bagi Turki.

Pam dan Tinggal (Pump and Dump)

Bila harga suatu aset meningkat kerana pernyataan yang palsu, mengelirukan atau dibesar-besarkan dengan melampau, ia adalah fraud. Matlamat mereka yang membuat pernyataan sebegitu adalah untuk memanaskan sentimen di pasaran supaya mereka boleh menjual aset tersebut pada harga yang lebih tinggi. Praktis ini adalah salah di sisi undang-undang.

Pelonggaran Kuantitatif (Quantitative easing, QE)

Pelonggaran Kuantitatif adalah sejenis dasar monetari yang luar biasa di mana suatu bank pusat menyasarkan untuk merendahkan kadar fedah dan meningkatkan bekalan tunai. Untuk melakukan itu, ia membeli aset dari pasaran. Dengan bertindak sebegitu, ia mencipta tunai tambahan. Bekalan tunai yang bertambah menjadikan matawang nasional kehilangan nilainya.

Dasar monetari yang ketat

Ini adalah sejenis dasar monetari. Ciri-ciri utamanya, suatu bank pusat merancang untuk mengurangkan permintaan untuk tunai dan menghadkan kadar pengembangan ekonominya. Untuk tujuan ini, ia meningkatkan kadar faedah. Matawang nasional pun meningkat nilainya.

Seperti yang anda dapat lihat, takrifan-takrifanini tidaklah serumit mana dan mudah untuk diingati. Kini masanya untuk beramal dengan ilmu anda. Baca analisis fundamental dari FBS dan cari perkataan-perkataan yang anda baru pelajari tadi.

Anda boleh temui lebih banyak definisi yang menarik dalam glosari Forex kami. 

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera