Pelaburan cemerlang dengan logam berharga

Pelaburan cemerlang dengan logam berharga

Sejak zaman purba lagi, logam berharga seperti emas, platinum dan perak telah menjadi sumber kestabilan kewangan bagi manusia, terutamanya di waktu yang tidak menentu. Perang bermula dan berakhir, kurun demi kurun, logam-logam ini kekal menjadi aset perlindungan yang harus menjadi pelaburan. Mengapakah ia begitu diiktiraf oleh para pelabur? Mari kita singkap.

Emas (XAU)

Jika anda merancang untuk melabur pada emas, jangan fikir anda akan membeli atau menjual jongkong-jongkong emas. Sebaliknya, anda akan melakukan operasi dengan harga spot emas. Ia boleh didorong oleh pelbagai faktor dan mencerminkan perubahan di pasaran secara global. Mari kita selidik mengapa emas adalah pilihan yang baik untuk strategi pelaburan anda.

"Logam kuning" ini telah berada di dalam pasaran kewangan untuk satu masa yang lama. Di zaman dahulu, ia digunakan untuk menyokong matawang fiat. Di era "gold standard", wang kertas haruslah disandarkan dengan sejumlah banyak emas di dalam rizab.

Dari 1980an sehingga 2000an, minat terhadap logam berharga ini sangat rendah kerana saham meningkat popular dan ekonomi yang kuat dan stabil. Kerana itulah harganya berada di dalam julat antara sekitar $300 dan $500 dalam tempoh tersebut. Minat terhadap pelaburan emas meningkat selepas krisis kewangan pada 2008. Harga malah mencapai $1,907 pada Ogos 2011. Ekonomi AS yang memulih serta kenaikan kadar Fed sejak 2013 melemahkan emas, namun logam berharga ini terus menarik perhatian para pelabur.

Xauusd.png

Jadi mengapakah para pelabur memilih Emas?

- Ia adalah aset perlindungan yang kekal stabil di waktu yang tidak menentu, termasuk kemerosotan di pasaran pelaburan, hutang nasional yang terlalu tinggi, matawang yang lemah, inflasi yang tinggi, dan ketidakstabilan sosial;

- Sejarah "gold standard" (standard emas) menjadikan aset emas dianggap lebih seperti matawang berbanding komoditi;

- Emas menjadi subjek spekulasi;

- Emas bersifat universal: tahan lama, mudah alih dan diterima dengan meluas.

Faktor-faktor yang mempengaruhi harga emas.

Tidak seperti matawang-matawang utama, emas tidak disokong oleh tahap penggajian, pengeluaran dan infrastruktur. Ia boleh dibandingkan dengan aset-aset lain seperti minyak atau jagung kerana ia semua memilik karakteristik fizikal. Namun, harga emas biasanya tidak terikat dengan bekalan dan permintaan industrinya. Berikut, kami jelaskan pendorong-pendorong paling utama bagi harga emas.

  1. 1. Rizab bank pusat. Bank-bank pusat menyimpan logam kuning ini untuk tujuan pemelbagaian. Emas juga boleh digunakan untuk membiayai kecairan kecemasan atau campurtangan matawang. Sebagai tambahan, bank-bank pusat memantau situasi ekonomi negara bila memutuskan untuk membeli atau menjual emas.Contohnya, jika suatu bank pusat memutuskan untuk mempelbagaikan rizab monetarinya, harga emas meningkat.

    2. Mengelak risiko. Sentimen di pasaran ekuiti juga memainkan peranan penting untuk harga logam kuning. Jika dinamik "risk-off" meningkat, para pelabur lebih gemar menjual saham dan berpaling kepada emas yang lebih selamat dan stabil.

    3. Kadar faedah bank-bank pusat. Ini adalah faktor historikal yang memberi kesan kepada harga emas. Bila kadar faedah sebenar ditetapkan pada paras yang rendah, pelaburan alternatif lain boleh memberikan pulangan yang rendah atau negatif, mendorong pelabur beralih kepada emas. Jika kadar faedah adalah tinggi, daya tarik pelaburan bagi aset perlindungan berkurangan.

    4. Dinamika USD. Oleh kerana harga emas disebut dalam dolar AS, terdapat korelasi songsang yang besar, iaitu keduanya bergerak dalam arah bertentangan. Jika para pelabur menjual greenback kepada pasaran, emas menjadi lebih menarik dan kesannya ia lebih mahal. Sebaliknya, jika USD menguat, harga emas cenderung jatuh. Namun anda harus tahu bahawa ini tidak berlaku setiap masa, tetapi biasanya sewaktu krisis dan ketidaktentuan besar dalam ekonomi.

    5. Inflasi. Indeks harga konsumer cenderung terkorelasi secara langsung dengan perubahan pada harga emas. Jika inflasi tinggi, para pelabur mencari aset yang lebih andal dan "kental" lalu memilih untuk melabur pada emas. Sebaliknya, jika suasana ekonomi baik-baik sahaja, permintaan untuk emas menurun dan aset ini menjadi lebih murah.

    6. Negara-negara pengeluar emas. Ketidaktentuan politik di negara-negara pengeluar emas, serta sebarang sekatan ke atas mereka, boleh memberikan kesan kepada paras pengeluaran emas dan justeru dari itu meningkatkan harganya. Bagaimana pun, oleh kerana tiada dokumen rasmi yang diketahui wujud yang membentangkan paras pengeluaran untuk tatapan para pelabur, faktor ini adalah yang paling tidak informatif untuk tujuan pelaburan.

Perak (XAG)

Xagusd.png

Perak adalah logam yang kedua paling popular di kalangan para pelabur. Seperti saudara kuningnya, ia telah dianggap sebagai matawang untuk masa yang lama. Contohnya, pound British dipanggil pound kerana ia bersamaan dengan satu paun perak. Kebanyakan faktor yang memberi kesan kepada harga aset ini adalah sama dengan faktor-faktor bagi emas, sungguh pun begitu ada sedikit perbezaan dari segi kemeruwapan. Dinamika harganya sama, namun perak kurang meruwap berbanding emas.

Platinum

pl.png

Platinum adalah logam yang paling jarang digunakan untuk urusan kewangan. Harganya biasanya terkesan dengan permintaan industri dan proses perlombongan. Oleh kerana produksinya terpusat di beberapa negara sahaja, berbanding dengan pengeluaran emas, kemeruwapan platinum adalah lebih tinggi berbanding pasaran logam lain. Tambahan lagi, ia cenderung terkesan dengan ketidaktentuan global berbanding logam lain.

Sebagai kesimpulan, para pelabur memilih logam sebagai aset selamat di waktu ketidakstabilan. Ia boleh membawa keuntungan yang lebih stabil dan kurang terkesan dengan perubahan-perubahan di dalam pasaran.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera