POLA 2B TRADER VIC

POLA 2B TRADER VIC

Sebuah breakout yang gagal barangkali salah satu perkara paling menyakitkan hati dan malangnya ia fenomena yang sering berlaku di dalam hidup seorang pedagang. Para pedagang telah mencipta banyak kaedah untuk menanganinya. Di dalam tutorial kami, kami akan memberitahu anda tentang kaedah yang paling mudah namun paling meluas digunakan – pola 2B ciptaan Trader Vic (pola ini kadangkala disebut juga sebagai "spring"). Ia dinamakan sempena penciptanya Victor Sperandeo yang dikenali di kalangan komuniti pedagang sebagai Trader Vic.

Victor-Sperandeo-1-240x300.jpg 

Di dalam bukunya, “Prinsip-prinsip spekulasi profesional” (“Principles of professional speculation”), Victor Sperandeo menjelaskn pola 2B Trader Vic seperti berikut: "Di dalam sebuah uptrend, jika harga menembusi harga tertinggi sebelumnya, tetapi gagal meneruskannya dan dengan cepat jatuh di bawah harga tertinggi sebelum ini, trend itu hendak menyongsang." Senario sebaliknya adalah benar untuk downtrend.

Pola 2B boleh ditemui dengan mudah di dalam carta intrahari. Untuk pola 2B dianggap telah berlaku, harga harus mencipta paras tertinggi yang baharu atau paras terendah yang baharu. kemudian harus ada pengunduran yang diikuti dengan percubaan menguji paras tertinggi/terendah tadi. Jika ujian tersebut gagal, ia adalah signal pembetulan dan mungkin penyongsangan trend. Sekarang mari kita lihat peraturan perdagangan pola ini bagi downtrend/uptrend.

Peraturan 2B Atas Trader Vic

Katakan ada satu uptrend; pasaran membentuk paras tertinggi baru (tertinggi bagi 20 bar terkini) kemudian ia cuba mengundur pada 5-8 bar seterusnya. Selepas pengunduran, harga berlegar sekitar paras tertinggi tadi, dan tutup di atas paras tersebut. Di sini anda perlu menandakan bar ini sebagai bar breakout. Penembusan tidak harus berlanjutan sehingga ada bar yang tutup mengatasi harga tertinggi bar breakout. Ini adalah peringkat terakhir pola 2B Atas Trader Vic, di mana selepas ini anda perlu membuka pesanan dagangan short. Renti rugi harus diletakkan pada harga tertinggi swing tinggi terkini - sasaran pula pada swing rendah sebelum paras tertinggi terbaru.

1.png

Peraturan 2B Bawah Trader Vic

Harga cuba membentuk paras terendah baru (terendah bagi 20 bari terkini). Bila ia terbentuk, harus ada pengunduran dalam 5-8 bar untuk pengunduran yang dianggap bagus. Pasaran cuba untuk membuat pembetulan di dalam arah trend permulaan (iaitu menurun) dan tutup di bawah paras terendah sebelum ini. Anda boleh tandakan bar ini sebagai bar breakdown. Harus tidak ada penerusan yang tutup lebih bawah dari harga terendah bar breakdown; harga akan tutup di atas harga terendah bar breakdown. Anda boleh masuk dengan posisi long di atas harga tertinggi bar breakdown. Letakkan renti rugi d bawah swing rendah terkini. Titik sasaran boleh ditemui berdekatan swing tinggi sebelum titik terendah yang terbaru.

2.png

Anda boleh gunakan gambar di bawah untuk menyurih aturan formasi pola 2B.

 3.png

Untuk setup long

1 – paras terendah baru

2 – pengunduran yang mencukupi

3 – satu bar lain yang tutup di bawah harga terendah Bar 1

4 – tandakan harga tertinggi Bar 2 dan tunggu penutupan di atas titik 4.

5 – buka posisi long di atas harga tertiggi Bar 4

6 – Sasarkan pada harga tertinggi swing yang baru berlalu

Untuk setup short

1 – Cari harga tertinggi yang baru

2 – tunggu pengunduran yang mencukupi

3 – sebatang bar akan tutup di atas harga tertinggi Bar 1

4 – tandakan harga terendah Bar 3 dan tunggu penutupan di bawah titik 4

5 – buka posisi short di bawah harga terendah Bar 4

6 – Sasarkan pada harga terendah swing yang baru berlalu

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera