Strategi perdagangan OZ

Strategi perdagangan OZ

2023-04-14 • Dikemaskini

Semua orang pasti pernah mendengarkan suatu cerita dongeng rakyat tentang seorang gadis yatim piatu, Dorothy Gale, bersama anjing kecil beliau, Toto, di mana rumah beliau telah diterbangkan angin taufan ke Dunia Oz.Walaupun kami tidak tahu sebab sebenar di sebalik nama yang sebegitu eksotik untuk strategi ini, kami percaya ia boleh membawakan saiz keuntungan di luar jangkaan seperti rumah Kansas yang mendarat di atas ahli sihir jahat di dalam kisah tersebut. Jadi, apa sebenarnya yang anda perlu tahu sebelum menggunakan strategi ini?

Persediaan 

Rangkamasa: Harian, H4

Pasangan matawang: sistem ini digunakan dengan meluas untuk mendagangkan EUR/JPY, tetapi ia juga berfungsi dengan baik dengan pasangan-pasangan matawang lain. 

Perkakas: Osilator Awesome ciptaan Bill Williams dengan tetapan standard, Osilator Accelerator dan Osilator Stokastik dengan tempoh %K = 5, tempoh %D = 3 dan "slowing" = 4. Kami mencadangkan agar Osilator Stokastik di pasang ke atas Osilator Accelerator. 

Untuk melakukan itu, anda tidak perlu memuat turun mana-mana indikator tertentu secara spesifik. Apa yang anda perlu lakukan untuk adalah memilih Osilator Accelerator di menu MT anda (Insert – Indicators – Oscillators – Accelerator Oscillator). Pastikan tetingkap navigator anda terpapar (View – Navigator). Di langkah terakhir, anda perlu klik dan seret Osilator Stokastik dari tetingkap Navigator ke Accelerator (lihat gambar di bawah). Semudah itu!

1_1_1.jpg

Mengapa kita perlukan sebegitu banyak indikator untuk strategi ini? Untuk menjadikan magik ini berkesan, kita perlu benar-benar pasti tentang penyongsangan. Itulah sebabnya signal ini perlukan pengesahan. Walaupun Osilator Accelerator bertindak balas terhadap perubahan gerakan lebih pantas dari Awesome, kombinasi kedua-duanya menjadikan signal lebih andal. Osilator Stokastik menunjukkan aras-aras terlebih beli dan terlebih jual.  Aras-aras ini penting untuk menentukan titik-titik kemasukan dan keluar.

 Sekarang, mari pelajari algoritma asas. 

1) Tunggu sehingga osilator Stokastik menyilang aras 20 dari bawah ke atas.

2) Selepas itu, nantikan hingga kedua-dua osilator Accelerator dan Awesome bertukar menjadi hijau.

3) Buka posisi anda di harga pembukaan candlestick bullish. 

4) Kita tutup posisi kita bila Stokastik menyilang aras 80 ke atas bersama dengan osilator Accelerator. 

5) Kita pasang renti rugi sekitar sokongan yang terhampir dengan titik masuk.  

Nota: kita tidak akan buka posisi jika Stokastik menyilang garisan 20 tetapi osilator Accelerator tidak berubah warna.

Mari lihat pada carta harian EUR/JPY. Di situ kita dapat lihat semua syarat dipenuhi. Bial Stokastik menyilang aras 20 dari bawah ke atas, kita tidak terburu-buru memasuki pasaran kerana Osilator Awesome berwarna merah. Bila ia akhirnya bertukar menjadi hijau, kita buka posisi di harga pembukaan candlestick di 126.24. Kita tunggu beberapa hari untuk indikator Stokastik dan Accelerator menyilang aras 80 dan mengambil keuntungan di 129.3. Kita pasangkan renti rugi di 125.65, sedikit di atas sokongan signifikan. 

2.jpg

Sekarang mari lihat bila anda perlu buka posisi short 

1) Mula-mula sekali, Osilator Stokastik harus menyilangi aras 80 dari atas ke bawah.

2) Kemudian osilator Accelerator dan Awesome harus bertukar jadi merah. 

3) Buka posisi anda di harga pembukaan candlestick bearish. 

4) Kita tutup posisi kita bila jalur Stokastik menyilang ke bawah aras 20 bersama dengan Osilator Accelerator.

5) Renti rugi boleh dipasang di atas aras rintangan yang terdekat dengan titik masuk.  

Nota: kita tidak akan buka posisi jika Stokastik menyilang garisan 80 tetapi osilator Accelerator tidak berubah warna.

3.jpg

Mari pertimbangkan gerakan harian EUR/JPY sekali lagi. Pada 4 Julai 2011, indikator Stokastik menyilang di atas aras 80. Kita tunggu sehingga kedua-dua AO dan AC bertukar menjadi merah dan masuk pasaran di aras 116.97. Kita pasang renti rugi sedikit lebih tinggi dari aras rintangan 118.18. Selepas itu kita rentetkan stop kita (trailing stop) dan ikuti pergerakan harga. Bila Stokastik membentuk persilangan dengan zon terlebih jual dan osilator Accelerator menguji aras 20 kami putuskan adalah lebih selamat untuk menutup posisi di 105.2. Hasilnya, kami telah meraih 1177 pips, satu jumlah yang besar! 

Kesimpulan 

Ketika membuat analisis, kami dapati kombinasi tiga osilator ini boleh membawakan hasil yang amat bagus sekali. Namun begitu, anda harus membuat keputusan yang munasabah dan rentetkan renti rugi anda.

BERDAGANG SEKARANG

Baca lebih lanjut

Serupa

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

  • Bagaimana cara untuk mula berdagang?

    Jika anda berumur 18+, anda boleh sertai FBS dan mulakan kembara FX anda. Untuk berdagang, anda perlukan sebuah akaun perbrokeran dan ilmu yang mencukupi tentang tindak-tanduk aset di pasaran kewangan. Mulakan dengan mempelajari ilmu-ilmu asas menerusi bahan-bahan pengajian percuma kami dan buka akaun di FBS. Mungkin anda mahu mencuba suasana perdagangan dengan wang maya di akaun Demo terlebih dahulu. Apabila anda sudah bersedia, masuk ke pasaran sebenar dan berdagang untuk berjaya.  

  • Cara-cara mengeluarkan wang yang anda raih di FBS?

    Prosedurnya jelas dan mudah. Pergi ke laman Pengeluaran di laman web, atau bahagian Kewangan di Laman Peribadi FBS dan akses Pengeluaran. Anda boleh dapatkan wang yang anda raih menerusi sistem pembayaran yang sama yang anda gunakan untuk deposit-deposit anda. Sekiranya anda mendanai akaun anda menerusi pelbagai kaedah, keluarkan keuntungan anda menerusi kaedah-kaedah yang sama, berkadaran dengan nisbah amaun deposit-deposit anda.

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera