Sistem Perdagangan Tiga Saringan (Triple Screen System)

Sistem Perdagangan Tiga Saringan (Triple Screen System)

Orang-orang yang baru bermula dalam Forex sering mencari perkakas ajaib, misalnya satu indikator yang boleh membantu mereka membuat segudang wang. Jika mereka kebetulan bertuah seketika, mereka fikir mereka telah menemui jambatan Gunung Ledang. Namun bila "kuasa ajaib" itu pudar dan amatur-amatur ini mula mengalami kerugian, mereka pun berputus asa dengan indikator ini dan mencari "ibu duit" baru. Realitinya, itu adalah pendekatan perdagangan yang salah. Pasaran terlalu kompleks untuk dianalisa dengan cuma satu indikator. Mungkin sebaik membaca ayat terakhir tadi anda berkata: "Baiklah, tapi saya sudah pernah cuba untuk menggunakan gabungan beberapa indikator, tetapi signal-signal yang diberi saling bertentangan". Dan kata-kata anda itu memang benar pun, indikator-indikator memang seolah-olah saling bergelut antara satu sama lain dan memberikan pedagang signal palsu.

Untuk membantu anda menangani situasi mengelirukan ini, Alexander Elder, salah seorang lelaki terpintar di dalam masyarakat pedagang, telah menciptakan apa yang dinamakan sebagai sistem perdagangan tiga saringan. Ia menggabungkan indikator-indikator pengikut trend bersama-sama dengan osilator, dan gabungan ini akan menghapus kelemahan-kelemahan setiap indikator serta dalam masa yang sama mengekalkan kekuatan yang ada. Pintar sungguh!

Sama seperti sistem saringan tiga peringkat di dalam sains perubatan (sebelum terlibat di dalam perdagangan kewangan, Elder berkerja sebagai ahli psikiatri), sistem perdagangan tiga saringan menggunakan beberapa ujian unik, atau saringan, kepada setiap keputusan perdagangan. Justeru ia meminimakan risiko anda dan menawarkan keuntungan yang lebih besar.

Bagaimanakah sistem ini berfungsi?

Pertama sekali anda harus tentukan pada rangka masa (timeframe) mana anda mahu berdagang. Ada tiga trend utama – jangka panjang, sederhana dan pendek. Robert Rhea, juruteknik pasaran yang masyhur dekad 1930an, membandingkan trend-trend pasaran ini dengan arus, ombak dan riak. Beliau percaya bahawa para pedagang perlu berdagang mengikut arah arus (yang dikenalpasti pada saringan pertama, iaitu pada rangka masa terbesar), ambil kesempatan ke atas ombak (yang menunjukkan perubahan pada pola perdagangan) dan memantau riak (jangan abaikan signal perdagangan kecil yang tertera pada carta saringan ketiga).

Sebagai contoh, jika anda mahu berdagang selama beberapa hari, rangka masa sederhana anda akan ditentukan oleh carta harian. Carta mingguan akan membantu anda menentukan trend jangka panjang (arus), dan carta sejam akan membolehkan anda mencari masa terbaik untuk membuka dagangan anda. Anda akan temui kombinasi rangka masa yang anda boleh gunakan di dalam jadual di bawah.

screens.png

Saringan Pertama

Setelah anda tentukan rangka masa anda, anda boleh terjun ke carta untuk merungkai pola dagangan. Mulakan dengan menganalisa carta jangka panjang untuk menentukan trend yang dominan. Gunakan indikator yang menunjukkan trend – purata bergerak eksponen 13 tempoh (EMA13, klik 'Insert' - 'Indicators' - 'Trend' - 'Moving Average'). Jika garisannya condong ke bawah, ia sebuah downtrend. Jika ia condong menaik, ia sebuah uptrend. Anda juga boleh menambahkan MACD (klik 'Insert' - 'Indicators' - 'Oscillators' - 'MACD') untuk mengesahkannya. Lihat pada kecerunan histogram MACD. Bila pancang-pancang pada MACD semakin meninggi, bulls sedang menguasai pasaran. Begitu juga sebaliknya, bila pancang-pancang semakin pendek, ia menandakan downtrend.

Ingat peraturan penting: sewaktu uptrend, buka dagangan BELI (BUY) sahaja; sewaktu downtrend, anda buka hanya dagangan JUAL (SELL) sahaja.

Elder1.png

Saringan Kedua

Saringan kedua (rangka masa kedua) membantu kita mengenalpasti ombak yang melawan arus. Dalam bahasa yang mudah, jika trend mingguan adalah downtrend, kita perlukan pembetulan (correction) ke atas pada carta harian dan ambil peluang bila pembetulan ini berakhir dan downtrend keseluruhan bersambung.

Di sini kita gunakan osilator untuk tentukan pelencongan dari trend mingguan. Tugas anda adalah untuk mencari hanya signal harian yang menuju searah dengan trend mingguan yang dominan.

Sebagai contoh, jika trend mingguan adalah negatif, adna harus mengambil kira hanya signal jual dari osilator harian dan abaikan signal beli. Untuk lakukan ini, anda boleh gunakan Osilator Stokastik. Bila EMA13 di carta mingguan dan MACD menurun, cari momen bila mana Osilator Stokastik harian meninggalkan zon terlebih beli dan mula turun ke bawah 70. Ini akan menjadi signal jual. Begitu juga sebaliknya, cari situasi di mana Stokastik harian keluar dari zon terlebih jual, dan ia meningkat lebih dari aras 30. Ini akan menjadi signal beli.

Saringan Ketiga

Saringan ketiga digunakan untuk menentukan titik masuk. Skrin ketiga tidak memerlukan sebarang perkakas teknikal Ia membantu anda masuk sebaik sahaja Saringan Pertama dan Saringan Kedua memberikan signal beli atau jual. Untuk menjadikan kemasukan (entry) anda setepat yang mungkin, gunakan apa yang dipanggil "teknik trailing" (teknik merentet).

Bila trend mingguan adalah downtrend dan trend harian bertukar dari uptrend ke downtrend, anda harus rujuk rangka masa (timeframe) ketiga anda. Bila anda buka carta ketiga, anda tidak perlu masuk pasaran waktu itu juga, tetapi gunakanlah pending order (pesanan tertangguh). Letakkan pesanan Sell Stop 1-2 pip di bawah harga terendah pada candlestick sebelum ini. Ini akan membantu anda menjerat penembusan (breakout) ke bawah. Tambahan pula, jika pasaran berubah arah sebelum anda buka pesanan anda, anda akan selamat dari melakukan dagangan yang merugikan. Jika pasangan tersebut bergerak ke atas tanpa menyentuh pesanan anda (posisi JUAL/SELL tidak terbuka) gerakkan Sell Stop anda 1-2 pip di bawah candlestick berikutnya. Bila dagangan anda akhirnya terbuka (jadi aktif, jerat sudah mengena), letakkan Renti Rugi (Stop Loss) 1-2 pip di atas harga tertinggi 2 kandil terakhir. Ilhat gambarajah di bawah untuk melihat bagaimana cara kerjanya berfungsi.

Elder2.png

Taktik yang sama tetapi dengan tindakan berlawanan boleh digunakan bila trend dominan menuju ke atas. Dengan menggunakan strategi Elder seperti yang dinyatakan di dalam artikel ini, anda akan terpelihara dari risiko kehilangan wang (risiko tertipu dengan signal perdagangan palsu) dan dalam masa yang sama anda akan mampu memperoleh lebih (dengan bantuan indikator-indikator dan osilator anda tidak akan terlepas keuntungan anda).

 

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera