Strategi perdagangan "Multi Major"

Strategi perdagangan "Multi Major"

Hari ini kita akan membincangkan tentang satu lagi strategi, yang sesuai untuk perdagangan pasangan-pasangan major. Ia dipanggil strategi "Multi Majors" kernaa anda tidak perlu menyesuaikannya dengan setiap pasangan secara spesifik. Ia berfungsi sempurna sekali dengan semua pasangan tersebut dan ia membekalkan anda lebih banyak signal berbanding strategi lain.

Mari pertimbangkan apakah yang anda perlu implementasikan untuk mula mengambil manfaat dari strategi ini.

Strategi ini memerlukan penggunakan indikator berikut:

• Heiken Ashi. Baca tentang indikator ini di sini.

RSI dengan tempoh ditetapkan sebagai 3.

Indikator Stokastik dengan tetapan berikut: %K = 6 tempoh, %D = 3 tempoh, dan Slowing = 3

• Purata Bergerak jenis SMA bertempoh 150.

Anda boleh impelentasikan strategi ini bila berdagang semua major dan pasangan-pasangan silang popular di rangka masa H4 atau D1.

Bilakah anda perlu buka posisi long?

• Harga harus terletak di atas SMA.

• RSI meninggalkan zon terlebih jual (menyilang aras 20 dari bawah ke atas).

• Salah satu garisan indikator stokastik meninggalkan zon terlebih jual. Sila maklum bahawa signal di kedua-dua indikator RSI dan Stokastik mungkin tidak muncul serentak kerana stokastik biasa muncul lewat sedikit. Anda boleh pertimbangkan signal-signal ini juga. Bagaimana pun, adalah penting untuk RSI tidak memasuki zon terlebih beli ketika signal stokastik muncul.

• Heiken Ashi digunakan sebagai penyaring. Candlestick haruslah hijau kerana ia menandakan pasaran sedang naik ke atas.

Contoh di bawah menunjukkan bagaimana caranya untuk menggunakan strategi ini.

Di rangka masa H4 EUR/USD, carta terletak di atas SMA. Kedua-dua RSI dan Stokastik telah meninggalkan zon terlebih jual pada 9 Januari. Kami menantikan candlestick harga menembusi rintangan sebelum ini dan membuka posisi di 1.1943 (harga penutupan candlestick hijau). Kami letakkan renti rugi di bawah harga terendah sebelum ini di 1.1912. Ambilan untung kami diletakkan di aras rintangan sebelum ini di 1.2070. Kesannya, dengan risiko sebanyak 31 pip, kami telah memperoleh 127 pip.

1 (9).jpg

Sekarang, mari pertimbangkan situasi di mana anda boleh membuka posisi short:

• Carta harus terletak di bawah SMA.

• RSI meninggalkan zon terlebih beli (menyilang aras 80 dari atas ke bawah).

• Salah satu garisan indikator stokastik meninggalkan zon terlebih beli.

• Candlestick dengan Heiken Ashi berwarna merah, justeru harga sedang menurun.

Di carta H4 EUR/USD, harga bergerak di bawah SMA pada 31 Julai 2018. Selepas RSI dan Stokastik menyilangi zon terlebih beli, kami menantikan untuk harga menembusi ke bawah garisan sokongan masa lalu, lantas membuka posisi pada aras 1.1671. Renti rugi kami diletakkan di atas rintangan sebelum ini pada 1.1718. Ambilan untung dipasang di aras sokongan 1.1599. Hasilnya, kami memperoleh 72 pip dengan risiko 47 pip.

2.jpg

Kesimpulan

Strategi perdagangan "Multi Majors" membantu anda berdagang dengan lebih banyak pasangan tanpa perlu implementasi tambahan. Kami hanya boleh nyatakan satu kelemahan pada strategi ini. Ia adalah betapa ia tidak mampu untuk diadaptasikan dengan sifat pasangan yang anda dagangkan.

Serupa

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Buku Pemula Forex

Buku Panduan Forex untuk pemula baru akan membimbing anda ke dunia perdagangan.

Buku Pemula Forex

Perkara-perkara penting untuk mulakan perdagangan
Masukkan emel anda, dan kami akan hantarkan anda senaskhah Buku Panduan Forex percuma

Terima kasih!

Kami telah emelkan kepada anda sebuah pautan istimewa.
Klik pautan tersebut untuk sahkan alamat emel anda dan terima panduan Forex untuk pemula secara percuma.

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera